Friday, December 21, 2012

island of shame

i.
berapa tuan mahu dipatuh
berapa tuan mahu disembah
tangan menghidang kelak jatuh
kaki menampung kelak rebah

asal luar tuan berlagak
bagai british di tanah malaya
sedar diri dimana berpijak
setiap benda ada empunya

ii.
perang seribu malam tiba
aman yang dibangga hilang kemana
duabelas waktu bersurai
keluar si raja berantai

apa sudah lupa tigabelas dulu?
jalan merah langit kelabu?
keturunan tersadai bergelimpang
melutut atasnya selendang terbang

*sp! bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Monday, December 10, 2012

stories from the past

sambungan...

we all got stories from the past,
we all got memories to share,
we all got tales from our hearts.

Tiga
Bijan mengerang.terasa kepalanya dihantuk dengan benda keras.lambat-lambat dia bangun.otak Bijan ligat berfikir."hoi! apa ni! main langgar-langgar orang! buta ke apa!".Bijan tersedar.dia menoleh.disebelahnya terjelupuk seorang gadis."mintak maaf kak, saya tak nampak tadi.saya nak cepat.saya mintak maaf sangat-sangat.".pantas tangannya memegang tangan gadis itu untuk membantunya bangun."hoi! apa pegang-pegang ni! kau ingat aku ni girlfriend kau?!".gadis itu merentap tangannya dari pegangan Bijan."maaf-maaf.saya cuma nak tolong".Bijan cuma mampu memerhati gadis itu bangun dengan sendirinya.sebuah teksi berhenti betul-betul di hadapan mereka.gadis itu seperti mencari sesuatu.setelah jumpa apa yang dicari, gadis itu memasuki teksi lalu bergerak meninggalkan Bijan.Bijan menyoroti teksi itu dengan matanya.kemudian dia tersedar.di raba-raba seluruh badan mencari handphone.matanya tertacap dipinggir longkang."oh kat situ rupanya kau".pantas Bijan mengutip handphonenya lalu melangkah laju ke destinasinya.

Empat
Hanim menyumpah-nyumpah dalam hati.geram dan marah kerana dilanggar hingga membuatkan dia jatuh terjelupuk.mukanya merona merah."bodoh punya mamat punk! buta kayu!".omel Hanim sendirian."kenapa dik?".pemandu teksi yang sedar dengan keadaan Hanim bertanya sekadar mengambil tahu."takda apalah pakcik.hantarkan saya ke taman gemilang".hatinya panas.balik nanti harus dia mengadu dengan umi.sakit betul hatinya kala itu.tiba-tiba handphonenya berdering.pantas Hanim menjawab."woi bro! kau kat mane? sume orang dah sampai.tinggal kau je.lepas 2 band ni turn kita lak.cepat bro!".Hanim tersentak lalu membalas."apa woi-woi?! tak reti bagi salam ke? dah la salah nombor! nak suruh aku cepat lak! aku seligi kang!" butang merah ditekan.memang molek sangat.reda sedikit panas hatinya.pemandu teksi hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.


Lima
Bijan melangkah laju.kerana pelanggaran tadi, kepalanya sakit.kerana pelanggaran tadi jugak dia terlambat."mampos aku kena tiaw jap lagi.adoiyai".Bijan mengeluarkan rokok lalu membakarnya.sambil melangkah Bijan menyedut asap dalam-dalam.kepalanya masih sakit.Bijan menggosok-gosok kepalanya.tiba-tiba handphone berdering.mungkinkah bersama..dua jiwa ini..dalam mencari cinta sejati...Bijan pelik."umi?"namun dijawab juga panggilan tersebut."hello, hanim kat mana ni? tadi kenapa umi call tak jawab? hanim ok ke tak ni?" Bijan sekali lagi pelik."err makcik salah nombor ni.saya bukan hanim".Bijan menjawab membetulkan fakta."eh macam mana pulak boleh silap ni? takpelah nak, makcik minta maaf".Bijan mengeluh."takde apalah makcik.silap nombor tu memang biasa".Bijan mengakhiri perbualan dengan memberi salam.Bijan tersedar."alamak! gig dah start.aku kena cepat ni!".Bijan berlari sekuat hati.

bersambung...

Thursday, November 29, 2012

kabus ribut

Pengenalan
busuk.selekeh.rambut pacak.seluar koyak-koyak.pemakan sampah.itu pandangan masyarakat terdahap golongan itu.malah ada yang melabelkan mereka sebagai sampah masyarakat.people under new kingdom.slogan yang sering dilaung-laungkan oleh golongan ini.berpaksikan sub budaya dari penjajah, mereka mengolah agar sedikit bersesuaian dengan cara hidup timur.mereka tidak jahat.mereka cuma minat.

Satu
usai membayar tambang teksi, Bijan melangkah laju.langkahnya sengaja dipanjangkan agar cepat sampai ke destinasi.sambil-sambil itu dia meraba poket belakang seluar mencari rokok.destinasinya hampir sampai.dia hanya perlu melintas sebatang jalan besar yang agak sibuk.kira-kira 10meter dari tempat dia berdiri, berdiri gagah sebuah jejantas binaan kerajaan negeri.bijan memandang jejantas tersebut seraya tersenyum sinis."anti-goverment".satu ucapan terlahir dari lubuk hatinya.Bijan berpeluh.hatinya panas.kereta lalu lalang seakan melambatkan dia.dibakar sebatang rokok sambil otak ligat berfikir.handphone dikeluarkan dari poket.sudah jam 2.15minit.bererti dia sudah terlewat 10minit.bijan merengus.dia nekad.seraya kakinya melangkah pantas.berlari.

Dua
Hanim berdiri dipinggir jalan.sambil itu matanya memerhati kereta yang lalu lalang, mencari teksi.dia perlu lekas pulang.dia sudah berjanji mahu menolong uminya membuat persiapan majlis cukur jambul anak saudaranya yang pertama.dalam pada itu, Hanim teruja sangat.dia kini bergelar makcik.namun dia terkandas di situ.tiada kelibat teksi yang kosong melintasinya.semuanya penuh dengan penumpang.Hanim tersenyum kelat.ini semua angkara kakaknya.beriya nakkan sekeluarga memakai baju berwarna biru di majlis itu nanti.Hanim pula tidak berapa suka dengan warna biru.namun dia terpaksa demi kakaknya.kerana itu dia keluar mencari baju berwarna biru.banyak songeh! bentak hati Hanim.kira-kira 8meter dari tempat Hanim berdiri, dia melihat kelibat teksi.hatinya berdoa agar teksi itu tiada penumpang.lalu tangan dilambai-lambai untuk menarik perhatian pemandu teksi.sedang dia melambai, handphonenya berdering.tertera nama umi.baru sahaja dia mahu menjawab panggilan itu, tiba-tiba...dumm!


bersambung...

Wednesday, October 17, 2012

tunggu sekejap

ilmu dan hidup
masih banyak tak terhirup
masih luas berbatu batu
buat hidup sibuk menimba ilmu

ada perkara kita lupa
ada perihal kita alpa
aku hirup dengan tenang
ilmu yang lama aku buang

aku pergi seketika
kelak lapang kita bersapa
jangan jemu datang bertandang
langkah kanan, ada lauk terhidang

*mintak maaf tak sempat menjengah blog kawan2

Saturday, October 6, 2012

i write sins not tragedies

saat kau lafazkan kata
aku diam seribu bahasa
hampir mengalir airmata
sungguh aku bangga
bangga dan bahagia
lagi-lagi aku yang pertama

*moga semua perancangan berjalan dengan lancar
**aku macam tak percaya bro! haha

Sunday, September 30, 2012

kekal

masih segar.saat-saat kita sedang dalam proses tumbesaran.aku si-suka-pencari-pasal.dan kau berdua si-penyelesai-masalah aku.waktu tue kita di Pulau Pinang.lebih spesifiknya kem tentera Sg. Ara.aku sangat minat membaca komik.namun kekangan wang saku, aku diasak dengan perangai meminjam.tiada sifat malu waktu itu.yang ada sifat bangga bila berborak dengan rakan sebaya tentang watak-watak pedang setiawan, dewata raya, raja rimba, wira tunggal.hebatkan? di usia semuda itu aku sudah pandai mengikuti kegilaan arus zaman.tak mahu di gelar si kolot kononnya.

tika itu, sewaktu kelas diadakan dalam bilik perpustakaan sekolah, cikgu menawarkan pada sesiapa yang ingin membeli komik kawan secara tunai.ada yang mengeluh kerana tidak membawa wang saku lebih pada hari itu.setelah proses pujuk memujuk antara cikgu dan murid, cikgu membenarkan murid-murid berhutang.tapi harus dilangsaikan dalam masa 3 hari mulai hari tersebut.ramai rakan-rakan aku berlari ke depan mengambil komik kawan dari cikgu.tanpa berfikir panjang aku menyambar sebuah dengan niat tak mahu ketinggalan.

pulang ke rumah, aku dengan penuh semangat mengadap komik tersebut di bilik yang kita berkongsi tiga.bilik itu saja privasi yang kita ada.sedang kusyuk aku menyelak helaian komik itu, otak aku ligat berfikir.bagaimana harus aku cari duit untuk melangsaikan hutang komik.mahu minta pada abah, bertentang mata pun aku tak sanggup.apatah lagi mahu memberitahu aku berhutang harga sebuah komik.lalu aku adukan pada si-penyelesai-masalah aku.dengan muka buntu tak tahu malu aku ceritakan satu persatu.

"hang jangan risau.kak ada simpan seringgit.kak ngah ada simpan lima kupang.esok kak ngan kak ngah simpan lagi sorang lima kupang.lusa kami simpan lagi.jadi, lusa dah boleh bayaq.semua tiga ringgit setengah kan? cukup la tue.jangan risau k." satu penjelasan dari si penyelesai-masalah cukup membuatkan aku tidur lena malamnya.dua tahun kemudian, ketika proses tumbesaran dan sel-sel otak aku ligat berfikir tentang dunia, aku terfikir.kami diberi wang saku seorang lima kupang setiap hari.maknanya, ohhh.aku lepaskan keluhan sesalan atas kebodohan aku.

sekarang tiada lagi istilah si-pencari-pasal atau si-penyelesai masalah.semuanya kita tempuh sendiri.cuma sekali sekala kita habiskan hampir satu jam di telefon berborak tentang mak, abah, saudara dan anak-anak.kak,aku benar-benar rindu.rindu dengan zaman keanakan kita dulu.selamat ulang tahun kelahiran.

*Nor Zairah & Nor Zahanum 30 Oct 1985

*entri sebelum nie untuk seseorang.tiada kaitan dengan politik.

Saturday, September 22, 2012

janjiku pada bulan

indah bulan kerna mentari
tiada mentari bulan menyendiri
begitu juga diriku ini
tanpa dikau apalah erti

gelap angkasa bintang kejora
warnanya indah ditatap mata
begitulah jika hendak diumpama
aku angkasa engkau bintangnya

ombak memukul memecah sunyi
datang bergulung pantai menanti
begitu juga perhubungan ini
pasang surut tak ku berubah hati

hamba lindungi anda...
...dengan seribu daya

sebatang lilin penerang jalan
kaki melangkah batas usia
andai niat diperkenan tuhan
moga bersatu jiwa berdua

*satu malam tak cukup untuk othello

Sunday, September 16, 2012

santapan terakhir raja bersiong

tika hati gundah gulana
aku pulas mencipta bahaya
tak endah tentang mereka dan mereka
asalkan kurang sakit di dada
sanggup meredah beribu ela
mengikut rentak ke mana dibawa
mata kabur dek air mata teruna
berhenti sejenak menilik trauma

tanah rumput aku genggam aku kepal
ramai melihat aku bebal tak berakal
biar aku saja tahu apa yang aku kesal
harus ku cari sesuatu untuk menyental
peperangan jiwa tembok masa sundal
berlari bogel menganjing muka tebal
aku silang antara kulit dan tanah gumpal
dimana tahap kita, wahai si berakal

ku renung langit beratap kelabu
damai malam menusuk ke kalbu
cahaya bulan tampak suam kuku
tak betah berdiri lama di situ
langkah ku orak setengah batu
aku pernah sampai di situ, dahulu
bertingkah saling berbalah tak sebulu
antara hidup, sahabat dan seteru

ratapan subuh menghening jiwa
rasa yang tak mampu diolah kata-kata
hanya mereka yang pernah rasa mengerti
suasana sebenar berkampung di hati
satu kata dua penerima tiga makna
sebatang duri kalah perang, itu akibatnya
ke mana hilang jiwa-jiwa prejudis dan iri
mari ke sini, mahu di adili atau mahu mati

kan ku himpunkan satu kehidupan
misteri petaka yang dilupakan

*Selamat Hari Malaysia

Saturday, September 8, 2012

the memory remains

petang itu aku berdiri di tepi jendela rumah.dengan hanya mengenakan seluar pendek bunga-bunga tanpa baju, aku memerhati kanak-kanak riang bermain air di kolam renang yang bertentangan dengan rumah sewa aku.seronok menjadi kanak-kanak.tiada masalah.tiada tanggungan.tiada duit pun tak mengapa.tiba-tiba pintu rumah diketuk kuat.aku melangkah laju ke arah pintu.sebaik pintu dikuak terpacul wajah si doli.segaris senyuman aku lemparkan pada doli tapi disambut dengan soalan."boleh doli masuk? ada something doli nak borak." aku cuma mengangguk perlahan sambil memberi laluan untuk doli masuk.

aku mengekori doli dari belakang terus ke ruang tamu.doli melabuhkan punggung di atas sofa dan aku mengambil tempat di sofa bersebelahan dengannya.riak wajah doli sedikit muram.namun masih terserlah kecantikan gadis kacukan ini."awat doli? macam ada masalah je.gaduh dengan balak ke?" aku membuka bicara.doli menghembus nafas pendek."bukan la bro.balak pun takde macam mana nak gaduh.hmm papa tue.doli mintak belikan samsung galaxy note 2 yang baru.tapi dia cakap mahal.dia taknak belikan." jawab doli sambil membuat muka merajuk.aku ketawa kecil.comel pulak aku tengok si doli nie.

"kenapa bro gelak? bukan doli buat cerita lawak pun." tanya doli.sedikit kehairanan dengan perlakuan aku. "kau la yang lawak.ingatkan ada masalah besar tadi.rupanya tak dapat note 2 je pun." aku menghabiskan sisa ketawa yang masih berbaki.doli membulatkan matanya ke arah aku."kau tahu doli, aku mula rasa susah payah cari duit seawal usia empat belas tahun.masa tue aku mintak abah aku belikan skateboard tapi dia taknak.dia suruh aku cari duit sendiri.apa-apa yang aku nak, aku kena dapatkan sendiri." doli mendengar aku bercerita dengan tekun.

"masa tingkatan dua, aku buat part-time cuci bas parkmay dekat bagan.pergi pukul 9 malam balik pukul 2 pagi.tidur 3 4 jam kena bangun pergi sekolah pulak.dengan duit hasil kerja tue, aku beli baju raya sendiri, kain pelikat untuk abah, tudung untuk mak,mak tiri dan kakak-kakak aku untuk pertama kalinya.dari situ aku belajar berdiri atas kaki sendiri.namakan saja kerja apa yang aku tak pernah buat.pelayan kedai makan? pengutip sekerap? penjaga kereta sewa? pengecat? penebas semak? pekerja kantin sekolah? meniaga burger? penanam ubi kayu? semuanya pernah aku rasa.aku belajar susah mencari sekeping kertas yang ada nilai.kerana aku sedar aku bukan dari keluarga yang berada." mata doli bergenang.namun matanya tetap ke arah aku.aku cuma tersenyum sambil mencapai kotak helang merah.

aku menyedut dalam-dalam asap helang merah.lalu aku hembus perlahan."doli, kau kena faham macam mana susahnya mencari sesuap nasi baru kau faham rasa papa kau.penat dia keluar rumah cari rezeki untuk keluarga.cuba mencukupkan apa yang kurang.kau pulak habiskan dengan benda yang ntah apa-apa.cuba hargai apa yang papa kau buat demi keluarga." doli tertunduk.menitis air matanya jatuh ke lantai."dah pergi balik mintak maaf dengan papa kau.lepas nie jangan mintak bukan-bukan lagi.fikir sama rasa dia." perlahan doli bangun terus berjalan ke arah pintu.sempat dia menoleh sambil melemparkan secubit senyuman menggegar iman.

Friday, August 31, 2012

basikal tua

kerana terasa hati
kerana patah kaki
kerana keinginan meninggi
melebihi tinggi diri
nasib, aku perjudi

telah lama memendam rasa
telah lama mencuba-cuba
telah lama hasrat disimpan cuma
namun asyik gagal mencuba
hingga terasa mahu putus asa

dipujuk hati agar ketawa
dipujuk jiwa agar menerima
dipujuk muka agar tak mencuka
melekat satu kata dalam kepala
"sabar-sabar, rezeki belum ada"

Alhamdulillah, ini rezeki aku
Alhamdulillah, ada membantu
Alhamdulillah, mudahnya begitu
walau tak mewah ini saja mampu
cukup untuk apa yang diperlu

*ada open blog tak? aku nak datang beraya.hehe

Thursday, August 23, 2012

tangisan salju di khatulistiwa

kalau mampu aku buka hijab cerita
sebaris demi sebaris empunya rahsia
yang ditulis dengan dakwat usia
dapatkah kau bezakan keduanya?
antara pembela dan penderhaka?

mesti tak tertanggung jiwa dek kerananya
tidur malam mengigau menjerit menganga
hasutan syaitan terdengar enak di telinga
menjentik saraf akal menimbulkan propa
senyuman lenyap dipermukaan wajahnya

mahukah kau berkongsi?
mahukah kau mengerti?
mahukah kau selami?

ke mari rapat jika kawan
pergi menjauh andai lawan
usah ditambah hati nan rawan
sudah cukup banyak persoalan...
...tentang aku,dia dan kehidupan

Thursday, August 16, 2012

cahaya aidilfitri

malam disimbah cahaya bulan
anak-anak berlari berkejaran
ibu-ibu sibuk membuat persiapan
ayah-ayah pula bersembang kawan-kawan

suasana kampung begitu meriah
menyambut syawal tiada bergundah

anak kecil itu duduk sendiri
beralas batu beratap pokok meranti
matanya berkaca hatinya sepi
mengenang ibu ayah tiada di sisi

"ayah..ibu dah lama pergi
pergi menyahut seruan ilahi
tinggal hamba seorang diri
tiada siapa ingin hampiri"

tersentak tatkala bahu dicuit
diangkat muka senyuman terpalit

...dalam banyak-banyak manusia
masih ada manusia yang manusia...


Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir & Batin

*bonus3
*wowowo balik kampung!

Monday, August 13, 2012

someone like you

malam minggu malam untuk berlibur.angin gelodak nafsu datang menampar muka.aku sibuk bercerita tentang dia pada seorang sahabat.kataku, tak pernah aku mencintai wanita selama aku mencintai dia.mantan-mantan kekasihku malahan buah hatiku sekarang pun tidak aku cintai selama aku mencintai dia.bagi aku, sampai ke kubur aku bawa rasa cinta nie.

menyelak kenangan aku dengan dia, terlampau banyak yang aku kesalkan.banyak salah dan silap aku terhadap dia.segunung permata belum tentu dapat menebus kesemua kesilapan aku dahulu.namun, walau sedalam lautan atau setinggi awan dosa aku akan dia, tetap dia tersenyum memaafkan.apa jua yang aku lakukan, tetap dimaafkan.betapa malaikatnya dia pada aku.

aku tahu, dalam banyak-banyak, aku kesayangan yang utama.aku harapan, aku kemusnahan.aku madu, aku racun.dalam apa jua keadaan atau pilihan yang aku buat, sentiasa dia dibelakang menompang aku dari terlentang.betapa dia syurga anugerah tuhan yang dipinjamkan pada aku saat ini.untuk nikmat yang sementara ini, aku cuba sedaya mungkin menggembirakan hati dia.semoga kita bersatu di alam sana sebagaimana kita bersatu di alam nie.amin.

tiada sesiapa selain dia.cuma dia dan hanya dia.

*Noraini Binti Ayob 13 Ogos 1963

Thursday, August 2, 2012

biasan

bangun pagi gosok gigi
cuci muka terus mandi
pakai baju kemas diri
depan cermin tegak berdiri

pandang kanan tengok kiri
rambut sikat belah tepi
pegang dagu usap pipi
balik cermin muka sendiri

selamat hari jadi, diri.

Friday, July 27, 2012

putihnya lukisan

aku dongak ke langit biru
dulunya biru sekarang kelabu
pekat warnanya menyakitkan mata
lalu aku menjauh melihat bumi melata

dia atas bukit aku nampak segala
warna-warna dunia manusia
aku lakarkan di atas kanvas putih
gambaran rasa yang sedikit perih

di sini kita bersuka ria, gembira
bermacam lauk pauk untuk berbuka
sedikit kita terlupa makna sebaliknya
rezeki tuhan bukan untuk kita sahaja

di sana mereka menangis air mata
secebis roti dikongsi sekeluarga
sedikit tidak menyalahkan tuhan
malah merintih berdoa minta keamanan

setiap tahun kita di sogok berita
masih ingat  palestin,afghanistan,iraq,bosnia?
bulan mulia saudara kita menderita
sedangkan kita leka memilih baju raya

menangis hati melihat kekejaman
hilang anak, bapa, ibu juga teman
bayangkan malaysia diserang taufan
apakah nasib kita juga demikian?

Saturday, July 21, 2012

harapan ramadhan II


aku menyandar kekenyangan.seluruh badan aku terasa sengal-sengal lemah.nasi berlauk ayam masak sambal pemberian doli petang tadi cukup untuk aku jadikan juadah berbuka hari ini.aku mencapai kotak helang merah sambil mata aku larikan keluar bangunan pejabat.cuba memerhati jalan raya yang sedikit basah akibat hujan renyai petang tadi sedangkan fikiran aku jauh meninggalkan jasad.

"seronok jadi kawan-kawan.kampung semua dekat-dekat.boleh berbuka puasa dengan keluarga.boleh rasa suasana masa kanak-kanak." aku mengeluh dalam hati.kalau tidak memikirkan kerja dan hati rakan sekerja, mahu saja aku ambik cuti 4 5 hari pulang ke kampung.sayu bila hari pertama puasa kena berbuka sorang diri.sedang melayan kerenah hati, tiba-tiba aku teringat perbualan aku dengan abah tempoh hari.

aku: abah dah beli baju raya?
abah: belum.poket asyik demam ja.
aku: hehe.adik-adik dah beli?
abah: kak cik ja dah beli.yang lain dak lagi.
aku: bulan depan abah pi la beli baju raya kat depa.guna duit yang cek bagi.
abah: orite.kat abah bila nak beli?
aku: abah punya seluaq jean tunggu cek balik sana la kita pi beli.abah saiz brapa la ni?
abah: seluaq tahun lepaih 33 dah tak boleh pakai.kena beli hat 34 pulak.
aku: (sambil tengok perut)err ok.nanti kita pi cari.tunggu cek balik raya nanti.

bila abah cakap ayat last tue, aku jadi risau.aku berdiri depan cermin tanpa mengenakan baju.dari depan bahagian tengah mendadak mengembang.aku pusing melihat sisi.pun sama dengan sedikit bonggol di bahagian tengah membuatkan aku seperti askar pencen yang dah 5 6 tahun tak bersenam.aku geleng kepala sambil berfikir."macam mana kalau abah tanya saiz seluaq aku? takkan aku nak cakap nak sama saiz macam dia?" dalam diam aku menyimpan satu nekad.lepas raya saiz 29/30 jadi sasaran.chaiyok-chaiyok!

*salam ramadhan kepada kawan-kawan beragama islam.


**harapan ramadhan I

Saturday, July 14, 2012

luhur

ceritakan pada aku
beritakan dan beritahu
aku mahu tahu semuanya
aku mahu hayati segala
tentang apa dan kenapa
mengenai bila dan siapa
ajari aku semua itu
pelajari aku untuk itu

kerna...

aku gelisah melihat bulan
aku kaget menghadap kehidupan
aku pusing yang ketidaktenteraman

aku membaca kata-kata
aku melihat banyak cerita
tetap aku ralat dengan jiwa

aku mendengar tiga puluh pintu
yang diberitakan cuma satu
terasa kosong pada sesuatu

sebiji benih sebuah pulau
setitis mani segumpal daging
sebatang titi seberang jalan
setitik noktah usai sudah

Sunday, July 8, 2012

kembara di tanah gersang

pagi
terbitnya matahari
dengan sejuk tak terperi
membangunkan sekalian isi
atas bawah kiri kanan bumi
untuk memulakan hari
samada ketua atau kuli
masing-masing punya persepsi
gaya dan cara tersendiri
barokah tidak bererti
walau ada yang ambil peduli
bilangannya kecil sekali

tengah hari
cahaya panas mentari
peluh menempek di dahi
terkejar ke sana sini
untuk urusan peribadi
atau urusan kroni
berpusu-pusu memenuhi
lorong dan jalan diselusuri
ramai terlupa akan urusan hakiki

petang
mentari kurang menggarang
condong ke barat bayang-bayang
ada yang beransur pulang
ada yang masih berperang
memerah keringat membuahkan wang
demi keperluan yang tersayang
teralpa dengan suasana sekarang
sedangkan hidup tidak panjang

senja
memuntahkan cahaya
gemerlapan warna jingga
unggas memenuhi angkasa
pulang menemui keluarga
masih berpeleseran sini sana
sakan bergelak ketawa suka
musuh mendakap angguk kepala
tertunai sudah janji berkota

malam
matahari kelam
namun tidak hitam
beraksi aksinya seram
meniti lerengan curam
datang berpusu-pusu menikam
lemah kuat semua diterkam
berbaki sedikit yang muram
mengenang esok mulut tergamam
menggeletar tangan membaca kalam
menitis tangis matanya sebam

*di simpang berbuai persoalan

Monday, July 2, 2012

join me in death

"bro buat apa kat sini? selalu cuti lepak rumah je." doli membuka perbualan.aku cuma tersenyum sambil mengangkat bungkusan plastik tertera nama popular.dengan muka yang sedikit kehairanan doli menyambar bungkusan plastik lalu menilik isi di dalam."eh sejak bila bro layan novel cintan cintun nie?" lily cuma memerhati dengan muka tak ambil pusing."kau nie jangan serkap jarang boleh tak? tengok dulu sinopsis kat belakang tue." lantas doli cepat-cepat memusingkan buku tersebut sambil mulutnya kumat kamit membaca perkataan yang tertulis sambil aku mengeluarkan kotak helang merah dari beg silang.

"ooo bro suka baca novel ganas-ganas ea." doli bersuara setelah menamatkan pembacaannya."baru-baru nie je minat tue datang." aku membalas sambil menyedut asap dari batang helang merah.lily seakan dalam alamnya sendiri.merenung lantai sambil bermain-main dengan rambut."kenapa lily? macam orang putus cinta je." aku cuma membuka perbualan dengan lily.tak semena-mena, riak wajah lily berubah.seperti menahan empangan airmata kesedihan dari pecah.aku menoleh ke arah doli.dia mengisyaratkan supaya aku mengunci mulut.dalaman aku rasa bersalah dengan situasi yang aku wujudkan.

beberapa minit kemudian, setelah lily agak tenang, doli membuka cerita yang tersirat.katanya lily baru ditinggalkan kekasih yang agak jauh beza umurnya.aku sekadar mendengar dengan teliti.memang seperti yang dijangka.cuma aku agak tersentak bila doli menyatakan sewaktu hangat bercinta dahulu lily telah menyerahkan mahkotanya pada sang kekasih."manusia nie mudah suka.tapi lagi mudah lupa." aku bersuara setelah agak lama kami mendiam."nak diundur masa, bukan kuasa kita.nak ditangis sampai keluar airmata darah sekalipun tak guna.cuma yang boleh dibuat, berjaga-jaga di hari muka.aku nak cakap lebih-lebih pun aku bukannya baik sangat." aku diam sejenak mengingatkan sesuatu sambil menelan liur.

"abah aku pernah cakap, cinta tue ibarat mencampak batu ke dalam air.letakkan diri kau sebagai batu, air sebagai suasana/situasi dan kedalaman air sebagai pengukur rasa cinta.kau lontarkan diri kau dalam suasana cinta kemudian dengan rasa cinta itu kau makin jauh tenggelam menghampiri dasar air.makin kau cinta makin kau menghampiri dasar.bila kau tersedar cinta yang kau kejar itu palsu, mampukah kau kembali ke atas untuk bernafas?" doli mengerutkan dahi.lily pula hanya tunduk memandang lantai."jadilah sesuatu yang kurang tumpat dari air tapi tidak pula terapung seperti sabut.memang susah tetapi ironinya begitu." aku menghabiskan kata.kala itu fikiran aku menerjah lipatan noda sendiri sambil pandangan aku buang keluar kedai memerhati rintik-rintik hujan menimpa dada bumi.

Tuesday, June 26, 2012

dari tuhan


tersentak dari menungan panjang
bersadur rasa yang tak terbayang
segaris senyuman minta dilayang
terpujuk hati resah segera terbuang
melantun azam yang tak pernah hilang

manusia didatangkan bersama masalah
harus di ingat ini cubaan dari Allah
walau sehebat mana dilanda musibah
ketenangan menanti yang cekal dan tabah
putus asa cuma untuk yang lemah
jangan berhenti mencuba dan berserah
sebalik tiap kejadian terselit hikmah

jika apa terhajati tak menjadi
andai cubaan gagal berkali-kali
setiap lecongan jalan penuh duri
berpatah balik pula menyiksa diri
jangan baring jangan kaku berdiri
ambil kata malique dalam cuba lagi
tukar niat baca bismillah mesti jadi
walau ada yang cemburu sakit hati
terus mencuba dan menyerah pada ilahi

jika masih lagi gagal dalam mencuba
usah gusar usah gundah gulana
mungkin ini petunjuk yang maha Esa
kita tak mampu menampung apa diusaha
mungkin kita berjaya di lain masa
persoalannya cuma bila dan dimana
sabar menanti ketentuanNya...
...dan jangan berhenti, terus mencuba

*pandai nasihat tak pandai buat

Thursday, June 21, 2012

balada pemuzik jalanan


sinar pagi mentari terang
angin menghembus suasana tenang
burung-burung bersiul riang
aku bangun mengeliat senang
ibu sediakan sarapan, kenyang!

indah sungguh dunia ini, nikmatnya
menyuap sarapan sambil melihat berita
kelmarin bergaduh kerana kuasa, harta
hari ini berjabat tangan berpeluk mesra
tiada kata pengkianat atau penderhaka
tiada langsung wujud dalam kamus, tiada

muka surat seterusnya, baju seragam
segak bergaya tangan menggengam
membantu yang susah melayan segala ragam
senyum di bibir tak pernah lekang
wang dihulur tangannya menghalang
selagi kotor belum bersih, perang tetap perang

selak muka seterusnya, rasa gembira
bola sepak didominasi negara tercinta
tua muda bersorak gembira tak terkata
gawang dibolos bergegar searena
kembang dada suka, sangat-sangat bangga
piala dijulang, seantero dunia kita juara!

sebenarnya cuma cerita reka mereka
dunia yang ada sudah mati nadinya
mana mungkin ini terjadi di malaysia
kerana kita lebih suka dengan suka-suka
mudah alpa dengan 'dah terhantuk baru terngadah'

Thursday, June 14, 2012

ku membisu

petang tue agak redup.aku mengagak sekejap lagi mesti awan akan memuntahkan isi yang berupa cairan ke dada bumi.aku mempercepatkan langkah menuju ke tenggiling putih kesayangan aku.sewaktu mahu melintas ke seberang jalan dimana aku tinggalkan tenggiling putih, aku terdengar suara memanggil.sekilas aku menoleh.gadis yang berada di salah satu meja makan starduck itu melambai ke arah aku.sambil membuat muka hairan bin ajaib, aku menunjukkan jari telunjuk ke arah badan sendiri untuk memastikan orang yang dilambai gadis tersebut adalah aku.gadis tue mengangguk lalu aku lambat-lambat berjalan ke arahnya.

hampir saja aku ke arah gadis tersebut, aku kaget."doli? lain benar gayanya.macam mana aku boleh tak perasan?" sempat lagi aku bermonolog.ada seorang gadis turut bersama dengan doli yang aku kira sebaya dengannya.gadis tue memakai seluar jeans dan berbaju t warna kelabu dengan handbag/bag seperti budak-budak basikal kaler maler.manakala doli pula mengenakan baju kebaya moden berwarna biru laut tanpa hijab.sungguh doli terlihat seperti bidadari yang sering muncul dalam mimpi aku.

tatkala aku sampai pada mereka, doli bangun lantas menghulurkan tangan untuk bersalam.aku menyambut lambat-lambat.saat tangan doli dalam genggaman aku, doli merendahkan kepala lantas meletakkan dahi di antara tangan dia dan tangan aku.layaknya bagai seorang adik bertemu abang.gadis disebelah doli pula pantas bangun lalu menyambar tangan aku dan meniru perlakuan doli sebentar tadi.tak semena-mena dada aku kembang kucup.terharu? bangga? heh jangan cakap la.

doli memperkenalkan aku pada gadis disebelahnya.namanya lily.aku cuma tersenyum sambil mempersilakan mereka duduk.aku berganjak sedikit ke belakang untuk mengambil kerusi kosong di meja belakang.setelah memastikan tiada empunya, baru aku menarik kearah meja doli dan lily.aku terdengar doli berbisik pada lily "nie la bro xxex aku aku selalu cerita tue." lily kelihatan hanya mengangguk lemah.aku jadi curiga dengan perlakuan doli.takpa lah.balik nanti aku tanya sendiri dengan doli.

bersambung....

Wednesday, June 6, 2012

begitu indah

kenangan rasa yang tercipta
walau sedetik cuma
walau serba sederhana
walau dalam maksud sebenarnya
tidak terasa oleh mereka
mungkin kerana tidak suka
atau sengaja pura-pura lupa
mampukah kita menahan?
bila terjentik saraf pemikiran
kita dan mereka berpasangan
tetapi hati jiwa tidak sehaluan
bisakah meneruskan perjalanan?

dihiris rasa ngilu
dipotong rasa pilu
dibuang rasa sayang
disimpan rasa bimbang


mahu tak mahu, ke depan itu perlu
meskipun tak tahu kemana hala tuju
angan tersimpan dalam saku, beku
buat kenang kenangan bila berlalu
ketika itu baru tahu lalu terharu
setiap butir bicara tingkah laku
buatkan kita rindu
pada satu...pada sesuatu...

Sunday, May 27, 2012

prison song

aku melayu, asal melayu
walau kacuk, masih aku melayu
darah yang mengalir darah melayu
yang selalu layu dan melungu
goyang kaki, duduk menunggu
pulau kawan peluk seteru
walau mereka bukan melayu
kerna beralas kata malaysia itu satu
itulah aku, anak melayu

aku melayu, asal ketuanan
tegar bertumbuk sesama keturunan
tegar berebut tampuk pimpinan
tegar tuduh menuduh demi menjatuhkan
tegar melihat kawan teman bermusuhan
tegar membiarkan saling berbunuhan
bangsa lain bersorak bertepuk tangan
sampai masa aku pupus, mereka keriangan
kala itu kata-kata Tuah tinggal kenangan

aku melayu islam, sedikit perkauman
walau punya bangsa lain sebagai teman
apa yang aku tutur tolong dengarkan
ambil sedikit masa untuk fikir-fikirkan
perbalahan demi perbalahan
untuk nama, wang dan tampuk pemerintahan
kesudahannya bangsa lain miliki kemenangan

cerita andalusia bukan rekaan
buat pengajaran selit di fikiran


*sudah-sudah la tue...

Thursday, May 17, 2012

kemelut di muara kasih

bulan lepas aku dengan sorang sahabat bertandang ke downtown cheras bertemankan amoi masing-masing.tujuan ke sana agak kabur sebab ongkos dalam poket menipis angkara hampir hujung bulan.motif sekadar jalan-jalan cuci mata melihat barangan yang dijual.sesampainya saja disana, kami berpisah membawa haluan masing-masing.satu yang menarik perhatian aku tatkala melintas didepan gerai-gerai jualan kat sana, bila gerai tue menjual baju T yang ada gambar band-band muzik, seluar jeans dan haiwan-haiwan yang aku klasifikasikan sebagai eksotik.

tatkala melintas gerai handbag, amoi aku menarik tangan masuk ke gerai tersebut.selepas puas menilik bag-bag yang ada disitu dan melalui proses tawar menawar, kami pun melangkah keluar dengan muka kepuasan berpihak pada dia dan muka tawar takda gula oleh aku.selang beberapa gerai, mata aku tertangkap satu imej gerai yang selalu aku singgah tapi jarang membeli sesuatu.aku pun melangkah laju untuk membelek barangan yang dijual di gerai tersebut.

satu-satu barangan yang dijual aku tilik.saat leka dengan proses menilik, sekumpulan remaja lepasan spm (aku agak je) menyinggah ke gerai tue lantas salah seorang dari mereka mengambil tempat di sebelah aku.sambil membelek sambil dia menerangkan kepada kawan-kawan betapa gembiranya dia melihat barangan ditangan.satu-satu diperjelaskan sehingga jelas.tiba-tiba "bang, t-shirt kurt cobain nirvana nie berapa satu?" sambil memandang ke arah aku.

aku agak dalam lima saat mereka menunggu aku melontar kata.pelan-pelan aku menjawab tanpa memandang ke arah mereka "saya nak jawab pun saya tak tahu.sebab saya pun datang nak tengok-tengok jugak." aku dapat rasakan wajah remaja tersebut bertukar warna kemerahan.aku menoleh ke arah amoi yang sedang terkekah-kekah ketawa dengan sebuah renungan tajam.sebelum melangkah keluar aku memandang wajah mereka seorang demi seorang lalu menghadiahkan sekuntum senyuman palsu.

motif cerita nie? aku pun tak tahu.

*selamat hari ibu untuk mak-ibu
*selamat hari guru untuk cikgu-guru

Monday, May 7, 2012

masihkah kau ingat


untuk segala kesabaran
untuk semua keikhlasan
agarnya teguh ikatan
setelah menterai perjanjian
ku hulur sepotong garapan
berhias lilin-lilin kecintaan
selamat ulang tahun kelahiran

masihkah kau ingat
kita berlari-lari
di kaki langit
mencari pelangi

terima kasih tak terhingga
masih utuh menerima seadanya
masih kukuh memberi kasih dan cinta
masih sabar melayani perangai mengada
masih dan masih itu,  ku harap selamanya

*Norul Natasya Ahmad Jafri 7 May 1988

Sunday, April 15, 2012

aku maafkan kamu

dan semalam lena ku telanjang
berbantalkan rasa sayang hilang
diselimuti kesal memanjang
berteman mimpi malang
sudahnya, dalaman berperang

bukan kata tiada rasa
tidak juga kata tiada hati
mungkin muak sesak didada
atau ego merasuk diri
entah terserah-lah, adili sendiri

ada atau tiada
satu atau dua
buta atau buka
sedih atau gembira
suka atau terasa
dosa atau pahala
beban atau jasa...

...aku pilih, aku rasa.

Thursday, April 12, 2012

suatu masa

aku pejamkan mata dengan harapan dapat belayar ke alam mimpi.sedetik dua aku buka mata kembali.kemudian tersenyum sendirian.semenjak dua menjak aku selalu terkenang zaman lampau.zaman jahiliah, zaman lepasan spm, zaman sambung belajar, zaman gila-gila remaja.memang seronok.kenangan yang mampu buat aku tersenyum sampai ke pagi.dan malam nie aku mahu mengembara dalam buku zaman-zaman lampau.aku mahu senyum sepuasnya.susah senang suka duka aku dan mereka.

melewati zaman persekolahan, aku terkenang sewaktu bekerja mencuci bas parkmay di bagan.time tue aku baru tingkatan dua.sekarang aku tak tahu la bas parkmay tue macam mana tapi kalau dulu warna merah.aku, tajri (sepupu) dan seorang lagi kawan sepupu aku, apit chai.bertiga kami menubuhkan satu kumpulan cuci-cuci bas hehe.memang seronok walaupun penat.balik pukul 2 pagi kot.esoknya sekolah pagi pulak.last-last abah aku bising suruh berhenti sebab keputusan exam aku merudum teruk.maunya tak, asyik tidur dalam kelas je.

sekarang sepupu aku tue dah kahwin tahun lepas.apit chai pulak hilang tanpa khabar berita.last time aku jumpa dia dengan awek korea cakap loghat penang masa sambutan merdeka kat padang kota lama.yang aku ingat masa tue, dia ada pinjamkan aku jaket jeans dengan patches taiping hura-hara.habis budak-budak taiping dengan ipoh datang interview aku.ah rindu pulak nak tengok apit chai.kat mana lu bro?

Sunday, April 8, 2012

gone with the sin

satu dua tiga kira sampai lima
belum habis menyusu mula nak bangga
cakap cakap mahal macam brader prada
walhal dalaman kosong belaka
woops, kalau tak tepat jangan terasa
kalau sipi-sipi jangan mengata
cuma luahan apa penulis rasa
lu rasa tak guna? apa wa kesah?

mari layan wayang cerita cina
duduk pegun tepuk tangan sama-sama
wayang orang lain punya cerita
kau tengok guling-guling ketawa
apa kau tahu? kau tak pernah kena

karut, semua tue karut belaka
tak tahu cerita masih mahu cuba
atas fakta apa untuk berkata?
sedangkan telinga pekak mata buta
masih mahu naga atau emas kura-kura?
masih mahu cuba? atau saja pura-pura?
lupakan sajalah, buang masa
balut badan dari jadi mangsa
baik fikir hidup senang kala tua

*yang baru selalu buat aku haru

Sunday, April 1, 2012

sorrow

bayu laut menampar muka
kala senja pasir berwarna jingga
sayup kedengaran ombak bersuara
membisik kata-kata rahsia
pada si kecil yang berjaga mata
menahan diri dari terlena
tersengguk sesekali terjaga
menanti tiba sesusuk tubuh manusia

datang si kakak memanggil pulang
namun si kecil berdegil bukan kepalang
mahu juga menanti ayahnya pulang
mahu didakap penuh rasa sayang
harapan si kecil seperti dedaun melayang
tiada arah tuju mahupun bebayang
pasrah dalam resah yang tak menghilang

tubuh si kecil dipeluk kemas
jari jemari diusap dan diramas
si kakak seakan mengerti si kecil
dipandang mata kecil yang terkebil-kebil
si kecil yang tidak tahu apa-apa
yang baru-baru mengerti soal dunia
tapi satu rasa yang sama-sama mengerti
resah gelisah risau tak sudah menanti
kepulangan ayah yang dikasihi

"ayuh pulang dik.hari dah gelap.
kejap lagi ayah pulang bawa ikan besar."

pembohongan demi pembohongan
merasuk minda membina tumbesaran

Sunday, March 25, 2012

nostalgia curang rock 'n' roll

hari tue matahari terik.angin yang ada cuma angin panas.aku mengipas mencipta angin dengan surat khabar milik mak bedah, empunya kedai makan.pakcik-pakcik jiran sebelah menyebelah meja memandang sinis.geram sebab tak dapat baca surat khabar.aku buat muka selamber.aku memandang jam dengan sekilas pandang.masih berbaki 25minit sebelum habis waktu rehat.aku mencapai kotak helang merah.

temanku sibuk membelek surat khabar yang lain.tekun benar dia.sesekali dia menyelak helaian surat khabar kemudian tekun kembali.aku cuma memerhati perangai temanku."kedah kalah dengan negeri sembilan.apa dah jadi nie?" tiba-tiba dia menyoal sambil memandang ke arah aku.aku diam."bukan ke dulu kedah hebat? 3 piala dia rembat." aku teringat zaman kegemilangan pasukan bola sepak kedah ketika tue.memang kedah gah dibawah pimpinan azrai khor.

"sekarang kedah dah tak boleh blah kan? pehal ha?" aku memerhati muka kepelikkan temanku sambil menyedut baki nyawa yang tersisa.aku hembus perlahan."dulu kedah hebat sebab ada pak itam".temanku buat muka musykil lagi.aku menyambung "sekarang pak itam dah takda.dia buka kedai makan kat belakang opis kita nun." agak lama dia memikirkan cakap aku tadi.kemudian dia tergelak besar.aku hanya senyum sambil menyedut nyawa terakhir sebelum buang ke luar kedai mak bedah.

*sapa paham, angkat berat.hehe

Wednesday, March 14, 2012

hasutan syaitan

termenung sendiri di beranda
berteman rokok gulung tembakau jawa
sambil jari bergerak-gerak, mengira
esok? lusa? tulat? ah entah bila
penat mencongak yang bukan depan mata
dibiar hanyut dengan satu kata, tanda tanya
lelah selelahnya dengan kerenah jiwa, manusia
saratnya fikiran dengan pemikir pembuah dosa
puas sudah dihitung dikira, hilang punca
tapi aku masih percaya, nescaya ada

hidup penuh dengan ketawa
tak bererti bahagia kau punya
hidup penuh dengan derita
tak bermaksud tiada hujungnya

menoleh tatkala bahu dicuit perlahan
terasa rasa sayang yang sangat nyaman
walau wajah itu sudah berkedutan
walau tangan itu sudah pudar kekuatan
ku genggam penuh perasaan, menahan
lantas melempar secoret senyuman
"tue la selalu lupa tuhan, nie peringatan."
aku tunduk memandang lantai, ke-malu-an.

Thursday, March 1, 2012

sebatang tongkat untuk berdiri

malam itu kelam, suram, kurang cahaya
bulan menyepi dari menunjuk muka
sepasang uda dara asyik bermain asmara
bawah rimbunan pohon rumbia, tega
tersudut agak tersorok dari mata
sesusuk tubuh duduk bersama harmonika
mengalun irama tentang masa dan luka
remuk hatinya mengalir airmata duka

sayu,pilu, rindu bercampur menjadi satu
melihat pasangan itu bermesra malu-malu
dia, ya dia, kepunyaannya satu ketika dahulu
kini dipegang, dipeluk, yang lain malah dicumbu
dia hanya mampu melirik dengan rasa berbuku
terimbas kenangan memaut hati kaku
menitis jernihan ditahan namun makin laju
dia mengerti, itu kesalahannya dulu

diam, masih diam dan terpana disana
saat uda dan dara menghilang dari mata
saat itu juga dikesat airmata semua
menyambung semula lagu yang tergendala
melayan hati jiwa rasa yang pasrah dalam rela
iramanya masih seperti yang pertama
tidak mungkin dia terlupa atau alpa
andai ditakdirkan dia miliknya semula
tidak dibiar pisang berbuah kali kedua

rindu? takkanlah kot..hehe

Wednesday, February 15, 2012

bukan kerana nama

untuk kesekian kalinya aku memandang doli.bezanya, kali ini pandangan aku berbaur persoalan bercampur geram.harus aku akui yang doli sedikit dewasa dari sebelumnya.sudah pandai bermain dengan kata-kata falsafah rekaan anak-anak muda sebayanya.tercalit sedikit rasa bangga namun masih kental rasa curiga.dimana agaknya mereka mengait bahasa pujangga era millenium.campuran dari mana agaknya ya?

tempoh hari doli datang berjumpa sambil marah-marah.bukan pada aku.err mungkin sedikit.selebihnya untuk rakan maya-nya.katanya rakan-nya itu kekwat.aku menggaru kepala dengan mimik muka yang pelik.dan ketika itulah marah si doli pada aku.kolot katanya.kekwat pun tak tahu makna.rakannya itu tak mahu berkawan lebih rapat jika dia tak hadam semua lagu m.nasir.doli bilang "siapa dia? siapa m.nasir? manusia juga.makan nasi juga.bukan makan besi."

aku terkebil-kebil.ada betulnya cakap doli.tak seharusnya berkawan mesti sealiran.doli benar.sedikit tidak aku nafikan.cumanya, aku pelik bila aku tanya doli kenalkah akan m.nasir? jawapannya tidak kenal.itu yang menimbulkan rasa geram aku pada doli.lantas aku tinggalkan doli sendirian.tiba-tiba aku rasa malas hendak melayan kerenah doli, budak zaman sekarang.

kita sama semuanya sama...apa yang ada hanyalah kehidupan...

Thursday, February 9, 2012

tentang-tentang

akhir kata usai sudah, ianya berpecah belah
penat bermadah jom berpaling tadah, menukar arah
bosan dengan kehidupan yang mengarah, meludah
berlari anak mencari cerah, jauh tinggalkan rumah
teman namanya indah, akalnya busuk bernanah
terguris pemikiran berdarah kekuningan merah
apa boleh buat rela dalam pasrah walau marah

banyak berbual mual, aku sombong
banyak kata terpalit, mereka sokong
hisap rokok sebatang minta pancung
minda pintar mereka ajak bertarung
asal kalah minta disambung, patung
dipijak lumat datang kawan mengusung
baru tahu aku gelaran si pitung!

ada yang bertanya kenapa dan mengapa
maaf, tiada jawapan sempurna untuk semua
biar apa yang ada aku simpan jadi rahsia
baru tiada yang terasa, tentang apa-apa
andai nanti satu hari bersua atau terjumpa
ingatkan aku siapa aku dulu sebenarnya
harap aku ingat asal usul dan tak lupa, tentang jasa

Wednesday, February 1, 2012

bernafas dalam lumpur

suka suka buat rasa suka
bila terkena luka buat-buat duka
mengerti perkataan tak kuasai bahasa
masih tergantung ayat-ayatnya buta
mula gerak geri langkah dibuka
mangsa tercarik umpan mengena
dibawa pulang ke singgahsana
dihadap buaya kenyang semuanya

permulaan cerita penuh suka dan angan
di akhirnya tiada lagi wujud persoalan
sebelum bermain fikirkan permainan
kalau bukan kuda jaguh buat persiapan
siap sedia dengan peta dan sarung tangan
baca bismillah mula dengan langkah kanan
jatuh tersadung bangun perlahan-lahan
kenapa masih berbaring di pembaringan?

pandangan manusia sememangnya tak sama
asal ada pro mesti ada kontranya
berlari berjalan tak usah bertanya
janji tiba ke destinasi kita empunya
disitu ambil semuanya, kita raja
kuasa dan takhta tunjuk kekuasaan
perihal yang remeh tidak dihiraukan
tangan bersilang tubuhnya berpelukan
masih qiam dengan suara bunyi-bunyian
tersedar mata hati bagai rasukan, setan!

Thursday, January 26, 2012

take a look around

kata yang kau kata untuk berkata-kata
tahu asalnya mana? tahu maksudnya kata?
tak tahu, selak buku buka kitab tengok makna
asal ada sejarah kejadian manusia, baca saja
hidup nie penuh dengan tunggu dan dungu
aku benci hidup menunggu
tertunggu-tunggu macam penunggu
tapi ya, aku banyak dungu
tak payah tengok kiri kanan dalam baju
kau kau kau pun ada dungu, mengaku?

aku suka memerhati tidak diperhati
kejadian aturan ciptaan ilahi, aku perhati
perhati kenapa dan mengapa begitu begini
pantang nampak dara sunti, mesti perhati
hilang apa difikir dalam fikiran
hilang tumpuan juga daya ingatan
jantung berentak pola palu-paluan
sekadar perhati tak jadi kesalahan
lainlah aku berdiri jalan pegang tangan
mahu memiliki? huh jauh dari angan-angan

harimau mati tinggalkan belang, kata orang
kalangan kita pula banyak tikam belakang
masih segar menjadi layang-layang
rela bersahabat dengan bayang-bayang
pantang datang gelap mula tunjuk garang
kecut perut tutup mulut kala terang, berang?
panah dipanah tepat ke lubuk hati
tak-kah terasa terkena hati sendiri?
katanya hati besi bercampur keluli
mana mungkin bisa ditembusi
oh ini bukan sesi perli memerli
sekadar hilangkan bosan hari-hari
jangan ada yang makan hati, mengerti?

Thursday, January 19, 2012

last man standing

luar pemikiran jumud bersendi logik
ditarik senyum hati pula rasa jelik
menabur kata umpama tuan empunya
setitik tidak memihak perasa minda
umpama periuk kosong bergolekkan
didengar boleh dipercaya jangan
indah kata tajam lidah menyulam
buta telinga pekak mata, diam

tersembul mata hati diterajang
bisik bicara langsung tak hilang
penat memekik bahasa telanjang
hakikatnya hati sendiri yang berang
atas nama kasta yang direka
masih banyak perilaku tak kena
bermandi iri dan sakit hati
terjerat iman bergantungan mati

simpang dunia punya tiga
mana kau pilih, ikut suka
apa cara, langgar saja
suka duka, kau punya
maka perang pun, bermula!

Friday, January 13, 2012

layar impian

bayang bayang hitam
hilang dalam kelam
tembok iman dibina
apa musibah menjelma
hanyut dan khayal
fikiran dalaman akal
beradu dengan aku
tiada jawapan jitu
menanti sinar pagi
datangnya dan pergi
tak bersapa sang bulan
terasa hati dan ke-malu-an
malam terasa bahang
siang memanggil sayang
mimpi menggangu tidur
penyesalan penuh tersadur
hati kental rasa risau
berdarah tangan ditoreh pisau
katanya belati lebih pintar
mengadun jiwa hingga pusar
tak dijamah walau sepatah
penat kakinya melangkah
bersandar tiang rapuh
patah tiang jatuh bersimpuh

bijak mengait bahasa bangsa
tak bererti kau kau raja
tanam pokok insaf
lakon watak mualaf
senyum penuh dendam
esok lusa mati ditanam
kerusi meja disepak terajang
bukan kau sorang badang
masih banyak wayang ada
buat apa bukak baju besar kepala
longgar baju dipakai
seluar terlondeh jangan lalai
tengok cermin nampak hantu
kalau bukan hantu mesti aku
selalu marah bila kalah
belum buat sudah mengalah
dapat bunga macam kera luku
riang sorak menang belum tentu
tengok bulan teringat pungguk
tahu geleng-geleng angguk-angguk
rela dicucuk hidung macam lembu
biarkan orang lain memacu, maju
lihat kiri tengok kanan
siapa yang dipertuankan
duduk selesa baca berita
masih terasa dunia suka-suka

i'm a man who left alone
without pride without bones
told the world how i die
remember my name and goodbye.

Monday, January 9, 2012

sahabat sejati


selepas beberapa minit aku balas mesej doli, pintu rumah aku diketuk agak kuat.segera aku bangun menuju bilik.aku sarung kain pelekat dengan singlet untuk menutup badan aku yang agak menggiurkan.setelah itu baru aku membuka pintu.doli mencebik.marah sebab aku lambat buka pintu.

doli melangkah pantas menuju ke sofa di ruang tamu terus melabuh bontotnya.aku mengambil tempat di sebelahnya sambil mencapai kotak helang merah putih.doli pandang aku dengan muka hairan."bro tawu ke pakai kain pelekat?" aku tersenyum sipu sambil pandang ikatan kain pelekat yang macam ikatan kain batik.siap tuck in singlet lagi.

aku: so apa yang kau pening sangat nie?
doli: kawan doli nie.doli risau tengok dia.belajar entah kemana.kelas pun asyik monteng jek.asyik nak berkepit dengan balak je keja dia.
aku: kau dah nasihat dia?
doli: dah.tiap kali jumpa doli selalu tanya pergi kelas ke tak.then doli ceramahkan dia sikit.
aku: kau tawu? kita boleh bawak kuda ke sungai.tapi kita tak boleh nak paksa kuda tue minum.
doli: ha? apa kena mengena kuda ngan kawan doli?
aku: haishh.maksudnya kita boleh tegur je.tapi kita tak boleh paksa dia ikut cakap kita.
doli: dah tue camne bro?
aku: kau dah jalankan tugas kau sebagai kawan.tue sudah cukup.yang lain serahkan pada tuan punya badan.

doli mengangguk sambil bangun menuju ke pintu rumah dengan wajah sedikit kelegaan.aku bakar sebatang nyawa dan sedut sedalam-dalamnya.teringat perbualan aku dengan kawan doli enam bulan lepas.macam dejavu.cuma wataknya tertukar antara doli dengan kawannya.aku senyum sendiri sambil mendongak ke atas.tiba-tiba doli terpacak depan aku.terangkat sedikit kaki aku gara-gara terkejut."thanks bro! tadi lupa cakap." aku balas dengan senyum.

Thursday, January 5, 2012

if i die tonight

jika esok aku tiada
masihkah ada yang menjaga
emak abah kakak-kakakku
adakah mereka akan merindu?

jika esok aku tiada
apa akan jadi pada kita?
masihkah aku kau ingati?
atau kau pergi cari pengganti?

jika esok aku tiada
tolong khabarkan pada teman
betapa aku sayang mereka
betapa aku hargai semua kenangan

jika esok aku tiada
maaf kamu kamu kamu aku pinta
jangan disimpan benci di dada
agar tenang aku di alam sana

jika esok aku tiada
jangan dititis airmata
kerna aku takkan gembira
melihat kau dan mereka berduka