Monday, November 18, 2013

persada cintamu

kasihku,
bagaimana bisa aku mencapaimu
haruskah aku berkelana beribu ribu
atau menerjah lurah dan liku
atau harus aku diam membatu

kasih,
mahukah akan aku ini
yang berpaling berkali kali
yang mengotor berkendi kendi
masih pantaskah aku disisi?

kasih,
benar aku selemah iman
benar aku tlah menduakan
dalam kelalaian dan kesedaran
sujudku sembah mohon pengampunan

kasihku,
usahlah aku dijauhkan
usahlah aku dibutakan
usahlah aku disesatkan
dengan fitnah keduniaan

Tuesday, October 15, 2013

'itiraf

"Allahu akbar! Allahu akbar!" hati hasan bagai dipalu.tiba-tiba kenangan yang bertahun lama menerpa.kenangan ketika dia masih hingusan. ketika itu emaknya sedang menyiapkan dia untuk ke satu majlis.hasan yang ketika itu masih tidak tahu menahu apa yang akan dilakukan untuk majlis itu nanti, hanya menurut bagai kerbau dicucuk hidung.

setibanya mereka di majlis itu, hasan disuruh ke belakang tabir sambil ditemani emak tersayangnya.emaknya masih sibuk membetulkan baju hasan sambil mengomel yang hasan tak reti menjaga baju.hasan mendongak melihat emaknya.bibir itu bergerak-gerak.seketika kemudian nama hasan dipanggil.hasan melangkah dengan yakin.

"Allahu akbar! Allahu akbar!" dengan sepenuh hati hasan melaungkan azan.sempat dia mengerling ke arah emaknya sebelum turun dari pentas. "baguih anak mak.camni la mak sayang.sedap sora anak manja mak ni." hasan tersenyum bangga.tiba-tiba pipi hasan ditujah dengan ciuman. hasan bahagia diperlakukan sebegitu.

air mata hasan berlinang.masih asyik dengan perasaan.hasan tersedar saat bahunya dicuit.dia menoleh dengan mata yang berair.warga pakistan itu tersenyum sambil menunjukkan ke arah jemaah yang sudah dalam saf.cepat-cepat hasan mengesat matanya lalu beriringan dengan warga pakistan tersebut. "ya Allah, jadikan aku hamba-Mu yang sebenar benar hamba.jadikan aku anak yang soleh, ya Allah." hasan berdoa dalam hati.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Wednesday, October 9, 2013

sepi seorang perindu

usah bertanya bila itu dan ini
sedangkan kau sendiri tidak ketahui
apa yang tertulis sejak azali
ketentuan itu mesti juga kau lalui

setiap baharu, perubahan tidak lari
setiap permulaan itu akan diakhiri
kecuali apa yang tlah diberitakan
dan jangan timbulkan lagi persoalan

sejauh mana kakimu melangkah
mencari cinta yang tidak kalah
tegapkan jiwa ingatlah seperkara
dan lupakanlah seperkara lainnya

"sejengkal kau hampir, sehasta
sehasta kau dekat, sedepa
berjalan kau datang, berlari"

Tuesday, October 1, 2013

seribu bayangan

cinta
resah ku mencari merata
tidak berjumpa tiada bersua
namun ku yakinkan jiwa
cintaku ada dimana-mana

rindu
lama leka ku makin tersedu
tika siang juga malamku
tidak pernah aku jemu
rindu bertandang mencari cintaku

kasih
tiada apa yang akan tersisih
tatkala terlalai merudum pedih
terbit rindu menangis sedih
"apakah sukatanku, wahai kekasih?"

kerana cinta kekasih, aku lari
kerana rindu kekasih, aku mencari
kerana kasih kekasih, aku pergi

ku bawa lari sekeping hati
azam terus berusaha mencari
sejauh manapun aku tetap pergi
andai itu aku beroleh cinta abadi

Wednesday, September 25, 2013

Satu


kenapa kau sombong hai diri?
kenapa kau takbur hai diri?
kenapa kau riya' hai diri?
kenapa kau 'ujub hai diri?

kau berjalan mendabik dada
kau berselisih senyum pun tiada
kau melangkah penuh rasa bangga
kau duduk ibarat raja-raja

hai diri insani manusia
bukankah kita ini banduan dunia?
yang sedang menunggu giliran mati?
jadi mengapa perlu angkuh hai diri?

"tiada aku daya upaya dan kekuatan...
...memiliki juga menolak sesuatu...
selain dari kehendak tuhanku, ALLAH semata-mata."

Tuesday, September 17, 2013

perjalanan hidup

sejauh mana perancangan kita
Allah lebih mengetahui disebaliknya
kerana Allah sebaik-baik perancang
semoga niat yang murni tidak terhalang

andai esok tidak bersua muka
andai esok tiada lagi bernyawa
harapnya dimaafkan segala salah dosa
kepadamu aku halalkan kesemuanya

kepermergianku bukanlah lari
hanya aku mahu merubah diri
seperti angan-anganku dahulu
ku harap kau jua begitu

biarlah aku tenang sebegini
dari aku bersuka gembira hati
tenang aku melayari Agungnya Dia
walau senyum tak lekat di muka

selitkan sabar dibalik hati
agar kau tak kecundang nanti
aku jua dalam proses pembelajaran
dan aku sedang menunggu jawapan Tuhan

Sunday, August 18, 2013

layu

bersatulah wahai umat melayu Islam
kita di pertengahan zaman kelam
persiapkan diri oleh mu wahai sahabat
perang-perang itu semakin dekat

perkukuhkan kuda-kuda langkah sembah
perlimaukan keris parang pedang dakwah
perisikan dengan kalimah La ila haa ill Allah
kerana tanpa Islam melayu itu musnah

usah dicanang tentang parang terbang
itu kehebatan datuk nenek moyang
pergilah cari ilmu dan guru mursyid
harapnya perang nanti ke pintu syahid

wahai umat melayu Islam ku sayang
sejarah itu terus berulang-ulang
carilah kajilah dan hayatilah ilmu terdahulu
kelak kau mampu menjaga keluarga dan hartamu

Tuesday, August 6, 2013

dari jauh ku pohon maaf


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin

sambutlah dengan kesederhanaan
jangan diikut nafsu yang bersetan

*ho ho ho balik kampung!

Tuesday, July 30, 2013

puisi cinta

Tidak ku janjikan kapal mewah
Apatah lagi nama bergah
Atau harta melimpah ruah

Aku hanya kumbang biasa
Hidup tidak sesempurna mana
Harta yang ada cuma kau saja

Terima kasih sayang
Mencoret cerita berkarang
Harapnya masa masih panjang
Untuk kita duduk dan mengenang

Wednesday, July 24, 2013

Sufi

Puasa itu adalah diet yang paling elok untuk kesihatan. Jadi rata-rata insan yang berpuasa yang mengikut logik aqli-nya, akan sedikit kurus berbanding sebelum bulan Ramadhan. Dan jika kita mengikut logik aqli lagi sekali, selepas bulan Ramadhan tibanya bulan Syawal. betulkan? jadinya kemungkinan ada diantara kita yang akan naik berat badan.

Disini aku menyeru kawan-kawan dari setiap pelusuk blog-blog dan link-link untuk mencuba produk dari Cattleya Secret. Kesan mampu dilihat selepas 5 minit pemakaian.



Aku pun dah try. Apa tunggu lagi kawan-kawan ku yang budiman? klik je link kat bawah nie.

Cattleya Secret Official Facebook
Cattleya Secret Official Blog
Cattleya Secret Official Webpage

atau korang boleh call,mesej
En Haidar 013-3772518
Cik Ella    017-3982877



Sunday, July 14, 2013

Khidmat Pesanan Cepat

Perhatian adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik, pakcik-pakcik

ini bukan iklan. ini adalah peluang.


boleh cuba pakai. kalau sedap tolong-tolong promote. kalau rasa nak buat duit tepi pun boleh.

Ada peluang menang duit nie!!!


Cattleya Secret Official Blog

Cattleya Secret Offial Website

Cattleya Secret Official Facebook

Tuesday, July 9, 2013

Rindu Dari Kejauhan

Sayup angkasa irama berseni
Tidak sesayup hati nurani
Ucapan mesra senyum terisi
Selamat kita berpuasa lagi


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

terima kasih atas kesempatan yang kesekian kali, ya Allah.

Thursday, June 27, 2013

vicinity of obscenity

ibu,
aku pulang membawa berita
aku pulang bersama derita
aku pulang untuk menghilang
segala yang menjadi pertualang

ibu,
aku merasa berdosa
aku telan makna siksa
meraih simpati bak si gila
melempar sumpah bak penderhaka

ibu,
aku minta restu
aku sujud dikakimu
berilah aku sedikit waktu
untuk aku belajar menjadi anak itu...

...anak yang kau idam-idamkan dahulu.

Thursday, June 6, 2013

belenggu irama

tika aku melayani hujan turun membelasah bumi tanpa belas, seakan cerita-cerita drama mahupun filem, fikiran aku mengulang tayang perkara yang berlaku dalam seminggu.perkara ini terjadi tak mengira masa.sedang mencangkung pun jika nak datang, tetap ia datang.saat itu, aku terkadang tersenyum, terkadang aku mengetap bibir, terkadang mengeluh.

pertambahan usia tidak meletakkan aku dalam zon matang alias zon serba tahu.masih juga aku tersadung kaki, jatuh kemudian bangkit memarahi batu yang statik dan menendang batu tersebut lalu mengaduh kesakitan.itu aku klasifikasikan sebagai 'bodoh sendiri'.masih aku memegang fitrah manusia normal, khilaf wujud dalam setiap helaian kamus hidup.

sekian lama aku pendam niat untuk tidak menjadi 'bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh ditumpang', namun niat itu sekadar berlegar dalam kotak hati ekoran dek panasnya darah yang mengalir disetiap urat saraf.mungkin aku perlu menuntut ilmu lagi.nak diharapkan ilmu jatuh dari keturunan, memang mustahil.tiada seorang dari lelaki dalam keluarga besar aku yang menuntut ilmu itu.

terkenangkan adik aku yang bongsu, aku jadi takut untuk melihat dia memilih langkah menjalani setiap tahap kehidupan.harap dia tidak seperti aku.

Sunday, May 26, 2013

sang pencinta

awak, sudah lama kita kenal
awak, yang buat sayang saya kental
awak, yang buat saya tiada kesal
awak, yang buat saya rasa normal

saya sudah penat begini
saya sudah bosan hari-hari

hari-hari saya mengira
entahkan cukup atau tiada
harap awak sabar menunggu
saya sedang usaha ke arah itu

"gelap angkasa bintang kejora
warnanya indah ditatap mata
begitulah jika hendak diumpama
aku angkasa engkau bintangnya"

Tuesday, April 23, 2013

slip away

kelegaan yang tak mungkin diperolehi dengan campuran dosa dan suka
semakin hari semakin bertambah catatan raqib yang sedia ada
pusingan paksi insani yang makin tenggelam dalam pembohongan
benar kata guruku si bijak berbicara, dunia indah khabar dari rupa
namun masih belum ku temu maksudnya yang tersirat dalam kata
hidupku untuk matiku.matiku untuk hidup selama-lamanya
terasa jurang dalam pembahagian azimat antara kami berlima
dia dengan kata pegangnya, dia pula dengan langkah sembahnya
dan aku yang bongsu dalam segala hal, dibekalkan cangkul sumbing

semakin hilang punca bila berhadapan musuh pembawa bencana
mahu ku lari mengikut daeng menyusur ke keramat puaka
tiada ku sanggup bersoal jawab dengan pemberi makna manusia
mahu ku tentang dengan langkah lincah jebat penderhaka
rasanya tiada berdaya.ditangannya kerambit tidak nampak di mata
sedangkan ditanganku cangkul sumbing berhulukan mantera
bagaimana bisa aku calarkan rohnya agar kemenangan milik aku
walhal baru digertak aku, putus nafas senak perut terbaring kaku

tikaman halimunan ke arah kiri dan kanan rusuk menusuk tembus
rasanya seperti meletak cili api ditumbuk ke dalam hidung
teringat kata ayahku yang tidak suka bermain sembah tari
disaat aku menceritakan hal hantu berkaki panjang, mimpi
serangan yang disambut dengan serangan, hanya kepantasan menjadi ukuran
lalu aku ukir katanya menjadi tangkal azimat  perang
disana aku kebal senjata, kebal tuju-tuju tapi bebal memanjang
tiada ku sangka bulu beracun pantang tujuh petala
menyembur darahku rebah tubuhku mencium asal

phoenix hanya mitos yang mengkhayalkan minda
tapi mampu meniup semangat ke dalam jiwa

Tuesday, April 9, 2013

ride the lightning

sunyi yang membingitkan
tenang yang merunsingkan
masih mengolah penceritaan
kaku, buntu masih jawapan

dekat yang menjauhkan
lapang yang menyesakkan
tidak, bukan lari dari kewajipan
sekadar menurut angan-angan
mahu berkongsi kemenangan
mencurah ilmu pada memerlukan
walau dihadapan ada tentangan
doa kudus benteng pertahanan

berdialog dengan aku dalam aku
ah! semuanya serba keliru
asbab menikam minda tepu
tak mahu menjadi melayu-layu

*untuk mencapai sesuatu, perlu korbankan sesuatu-TomWankers

Sunday, March 24, 2013

valley of love

sini kawan disini aku
bukan disana, disana berpenunggu
orang bilang cerminnya retak seribu
jangan berhias nanti nampak hantu

kawan sini, sini ada aku
usah berlama kau disitu
kelak ada yang mengganggu
mulut sopek tangannya berbulu

aku disini kawan, disini
jangan biar aku sendiri
tidak betah sakit menanti
atau sememang minta aku mati?

Thursday, March 21, 2013

malam pesta

goyang kiri gelek kanan
terangguk-angguk kepala
bertegur sapa bagai kenalan
dengan pakaian menjolok mata

mata terpejam jari cucuk langit
bergesel badan keringat melekat
pandangan bersentuh dia mengenyit
aku senyum lalu kening terangkat

sedikit pendapat peribadi
mereka-mereka ini
umpama parasit atau daki
walau dibunuh pasti tumbuh lagi

mereka sememangnya tak mengerti
sini gig bukan kelab joli

Tuesday, March 12, 2013

obat oh obat

untuk akak-akak, adik-adik atau abang-abang yang berminat untuk membeli beg tangan wanita berjenama Parlontis dengan harga yang berpatutan.

klik gambar untuk ke dimensi lain

*sekadar menolong sesama insan.

Saturday, February 23, 2013

sesat dalam rindu

Pangg!! penampar yang entah keberapa kali hinggap di muka.berdesing sekejap telinga."aku bagi pensel.aku bagi buku.hantaq hang pi sekolah.nie yang hang bagi aku??".aku menepis penampar yang menghinggap.abah dah naik hantu.matanya merah.urat-urat dileher dan tangan menimbul ibarat nak pecah.aku hanya mampu berserah apa yang akan jadi seterusnya.terus menerus aku diasak dengan penampar, penumbuk dan penerajang.aku cuba menepis seberapa banyak mungkin serangan yang menyakiti tubuh.tiba-tiba abah berhenti.mukanya penuh dengan perasaan tak puas hati.manakan tidak, dari sepuluh serangan berupa penampar, penumbuk dan penerajang cuma dua tiga yang mengenai sasaran.abah berlalu ke dapur kemudian datang kembali dengan wayar av/tv di tangan.aku dah nampak nasib aku seterusnya.

ini cerita aku kantoi menghisap rokok disekolah semasa tingkatan 3.esoknya, aku diharamkan bermain skateboard, bergaul dengan rakan-rakan tatkala petang, dan lebih sadis bila balik sekolah aku harus melalui beberapa sesi spotcheck.aku dengan abah memang tak sebulu.selalu bertekak dan akan berakhir dengan bertelagah.apa saja yang aku buat tak kena dimata abah hinggakan aku rasa abah tak pernah suka aku.

kali terakhir aku bergaduh dengan abah sewaktu tingkatan 4.hanya kerana sekeping surat tak hadir ke sekolah.abah ajak aku berentap.oh lupa nak beritahu yang abah seorang penggiat silat.pencapaian paling tinggi, wasit negeri kedah ketika itu.malam tue rusuk kiri aku diterjah penyepak sendeng yang membuatkan aku tersunggur depan bilik air.seminggu aku tak bertegur dengan abah.modal abah memujuk aku, ajak makan kfc.bukan senang dia nak belanja makan.makanya aku cair dengan pujukan abah.

tapi semenjak abah hantar aku sambung belajar, aku mula paham erti hidup dalam persepsi seorang anak.aku kerap menelefon abah tapi kurang berborak panjang.cuma bertanyakan hal-hal penting.aku jadi kekok bersembang dengan dia.menyesal dengan perlakuan aku dahulu, mungkin.sampailah tahun lepas.selama bertahun aku hidup merantau disini, itu pertama kali dia datang menjengah.itupun atas urusan kerja.dan sekarang alhamdulillah aku dengan abah dah macam kawan.boleh bergurau.boleh bercerita pasal awek-awek.boleh bertukar pendapat.aku banyak merujuk pada abah sebelum membuat satu-satu keputusan yang aku ragu-ragu.

"kadang-kadang kita nak semua orang terutama mak ayah faham diri kita.tapi pernahkah kita faham mereka? pernahkah kita bertanya apa susah payah mereka besarkan kita? dari tapak kaki sekecil dua jari mereka bela kita sampailah sekarang, kenapa kita tergamak tinggi suara dengan mereka? tergamak melawan mereka? ingat satu je.anak yang mengguris hati mak ayah takkan cium bau syurga." aku mengalih pandangan ke luar tingkap.menyembunyikan mata yang bergenang.aku perasan doli sedang memerhati.dia bangun lalu mengadap tepat ke muka aku."mata aku masuk habuk." doli tersenyum."tak salah pun kalau lelaki menangis." aku buat-buat tak dengar.

Monday, February 11, 2013

diamond

kata-kata hilang bersama tingkah berbalam
kata-kata semalam membuat hati lebam
hati lebam, pergaulan berubah suram
aku kau kita tak lagi seperti semalam-semalam

jika kata-kata membunuh jiwa
kata-kata juga penyembuh lara
itu untuk yang membuka hati untuk kata
jika yang tidak, bagaimana pula?

haru biru, semak samun dalam jiwa
apa boleh buat, lihat dan tunggu saja
jawabnya...

Thursday, January 24, 2013

sesungguhnya

:: محمد سللاهو الايهي وسلم ::
تياد يڠ سسمڤورنا سڤرتي دي

جك دبري ماتهاري
اتاو بولن
اتاو دينار سكاليڤون
تيدق كو توكر اونتوق دي

Tuesday, January 1, 2013

forever and one

mengipas, beratur, berborak
api di langit, semua bersorak
anak-anak riang berlari
dengan teriak penuhi sunyi

meriah dalam haru biru
bergelak ketawa tersenyum sipu
lensa kamera di hala
mengutip kenangan yang ada

tersudut aku bersandar tiang
terkedu hati rasa meriang
walau poket kering berlubang
demi melihat mereka, aku senang
sekurang-kurang.

Selamat Datang 2013.

*azam tahun nie mahu kumpul duit hantaran- untuk dia hey! untuk dia hey!