Thursday, June 30, 2011

suci dalam debu

lihat akal
rasa nawaitu
jangan sangkal
hidung tu, bau

buka mata
celik minda
guna fakta

tengok lagak
jangan berlagak
ushar tapak
bukan kepak

baju dah cuci bersih...betul ke bersih?

bukan pro bukan anti
jua bukan seorang pengundi
cuma tak mahu keharmonian
tercemar dek hasutan

Monday, June 27, 2011

serigala segala

Suatu hari, aku telah bertandang ke rumah saudara.di situ ada sedikit kenduri-kendara.niat hati mahu menolong apa yang patut.tapi disebabkan ramai pulak saudara-saudara yang lain hadir, maka aku memilih untuk melayan kanak-kanak yang ada.agak letih sebenarnya melayan kerenah mereka.macam-macam pe'el.ada yang menangis, ada yang merengek, berebut permainan dan macam-macam lagi la.seketika kemudian datang 2 orang anak dara.mengambil alih 'tugasan' aku.makanya aku melangkah keluar untuk menyedut asap rokok sambil melepas lelah.

sedang aku melayan perasaan datang seorang kanak-kanak perempuan.umurnya aku agak dalam 5 atau 6 tahun.sambil memeluk anak patung, dia datang menghampiri aku.ana namanya.anak kepada duapupu aku, karim.

"pakcik tengok apa? tengok marka(perempuan) ea."
"eh tak lah.pakcik tengok orang buat kerja nie.kenapa?"

"pakcik, pakcik pernah menangis tak?"
"ha? kenapa ana tanya camtu?"

"semalam ana ada ternampak abah menangis."
"kenapa abah menangis?"

"entah.tapi lepas abah cakap dengan along dalam telefon, ana nampak abah masuk bilik lepas tue menangis."
"oo ana mengintai ea.along ada buat salah apa-apa ke kat abah?"

"ana ada dengar mak berborak dengan makcik pe'ah tadi.mak cakap along kena buang kolej."
"owh patut la abah menangis."

"tapi kan pakcik, abah tue kan lelaki.mana boleh dia menangis."
"siapa cakap lelaki tak menangis? mari pakcik cerita."

*****
lelaki.susah nak tengok diorang menangis.kerana ego mereka melebihi segala-galanya.tapi tak bermakna diorang tak menangis.seganas mana pun mereka hati tetap taman.jika tak menangis depan-depan mungkin menangis dalam hati.lelaki tak akan keluarkan airmata kalau sakit.tapi jika hati mereka disakiti atau terguris, susah bagi mereka menahan airmata dari keluar.lelaki menangis bukan sebab lemah.tapi sebab hatinya tersentuh dengan sikap/perangai yang tersayang.jadi, airmata lelaki nie sangat berharga.
*****

"haa? maknanya along dah buat abah sakit la ea? sebab tue abah menangis?"
"lebih kurang macam tue la.dan ana bertuah.boleh tengok abah menangis."

"kenapa pulak?"
"sebab susah nak tengok lelaki dewasa menangis.pakcik pun tak pernah tengok abah pakcik menangis."

"oo macam tue ke."
"nanti bila ana dah besar dan dah ada teman lelaki, kalau dia menangis sebab ana, tue tandanya dia betul-betul sayang ana."

"ha? apa?"
"hehe tak ada apa-apa la."

"hmm pakcik nie buat ana pening la.tapi kan pakcik, buruk la abah menangis."
"memang pun.hehe"

perbualan kami terganggu bila bapa kepada ana datang minta pemetik api untuk membakar rokoknya.bila aku berpusing ke arah ana, ana sudah tiada.mungkin sambung bermain agaknya.dan aku pula sambung melayan perasaan.tak dapat aku bayangkan wajah karim yang bengis tue bila menangis.

Thursday, June 23, 2011

sampaikan salam

bila jari menjadi kaku
kaki sudah kematu
mata telah layu
otak menjadi tepu
telinga hilang daya
mulut masih ternganga
lidah terjelir rata
hidung hilang rasa

saat itu aku pohon
ajari aku kalimah itu

tinggalkan aku
jauhi aku
lupakan aku

jangan disebut lagi
cerita-cerita basi
yang pernah ada aku
bakarkan biar jadi habu

Tuesday, June 21, 2011

setitis madu

mencari makna kehidupan
dalam kekalutan jiwa tertekan
semuanya seperti buta makna
semuanya serba rabun rasa

bila matahari tak mampu lagi
memberi apa yang dihajati
bulan langsung menghilangkan diri
tinggal keseorangan berteman sunyi

kerinduan itu menggelapkan akal
kegelapan itu mencipta kerakusan
kerakusan itu datang mencari bakal
bakal mangsa-mangsa ketakutan

siapa yang tak takut mati?
tapi mati itu kan pasti?

bermacam persoalan bergelimpangan
seperti bangkai-bangkai korban
tiada lagi ruang untuk bernoda
tertutup terus jendela maruahnya

Sunday, June 19, 2011

zahir tak terucap

kalau bercakap pasal kebal, leman memang orangnya.seluruh kampung tahu leman memang kebal.semenjak khatam menuntut ilmu batin dengan mahaguru sarip, semua ceruk kampung mencanang cerita leman.orang-orang kampung menggelarnya leman gajah.tiada ditahu apa kaitan gajah dengan kebal.

dulu, kampung leman pernah diterjah seekor harimau.habis berselerak orang-orang kampung lari sembunyikan diri.tapi leman tidak.dia menanti dengan muka yang langsung tiada gentar.bila harimau tu menerkam, leman dengan pantas menangkap lalu memeluk kepala harimau tersebut lantas merebahkan harimau itu ke tanah.mungkin kerana terkejut, harimau itu bertempiaran lari masuk ke hutan.

sebelum cerita leman bergusti dengan harimau, leman pernah menangkap orang minyak.lunyai orang minyak tu dikerjakan leman.mulanya leman cuma buat endah tak endah.tapi selepas tipah, anak dara pak mat dirogol, leman tak duduk diam.habis satu kampung diamuk mencari orang minyak.manakan tidak, sudah lama leman mengidamkan tipah.akhirnya orang minyak juga merasa.

tapi itu cerita 5 tahun lepas.sekarang heboh tentang cerita leman gajah bunuh diri.karim besi jumpa leman menangis teresak-esak ditepi reban ayam pak kaduk.ditangannya pisau toreh getah.disebelahnya tali lembu yang sudah putus.bila ditanya kenapa menangis, leman menjawab.

"aku sayang dia.aku cinta dia.tapi dia mintak putus.aku nak bunuh diri tapi tak mati."

Wednesday, June 15, 2011

semalam yang hangat

dalam bersenandung lagu rindu
hati menjadi sayu, pilu
menegah untuk menjadi keras
segala perbuatan terlihat batas

mendayu bunyi gitar
bersama suara yang bergetar
mengalun irama cinta berela-ela
terpendam satu rasa dalam dada

merenung ke luar jendela
terlihat jauh cahaya kejora
entah bagaimana agaknya dia
masih tahankah atau tiada?

Monday, June 13, 2011

segenggam setia

bukan mudah mahu setia
andai terpisah jarak dan masa
andai hati tak kuat sayang
gadis genit depan lalu lalang

bukan mudah mahu setia
jika tiap hari tak bertentang mata
jika tiap malam mengenang hiba
pelepas rindu suara cuma

bukan mudah mahu setia
diluar banyak dugaannya
hari-hari ketemu yang baru
longgar lutut luruh setiaku

bukan mudah mahu setia
banyak cubaan datang melanda
ditambah dengan cemburu buta
hari-hari bergaduh la gamaknya

tapi itu bukan alasan
mahu mencurang pasangan
kerna bagi setiap yang setia
mahligai bahgia menanti gembira

Saturday, June 11, 2011

ranggi metropolitan

keluar saja dari panggung, hati husin tiba-tiba berombak.dengan pantas dia mengeluarkan sebatang rokok lalu dikepit di bibir.husin meraba poket seluarnya.mencari lighter.sambil itu otaknya ligat berfikir tentang adegan filem yang baru ditonton tadi.semangatnya membuak.laju saja dia menyalakan rokok di bibir.menghisap rokok dalam kawasan yang bertutup atau lebih senang difahami, dilarang merokok.itu sudah dikira langsi bagi husin.

esoknya husin melepak bersama kawan.cerita semalam belum habis.dengan suara lantang dia menceritakan balik adegan dalam filem yang ditontonnya semalam.habis tangannya ke sana ke sini menggayakan aksi.sambil di tangan terkepit rokok.kawan-kawan husin terpegun mendengar ceritanya.seakan melihat siaran langsung disebalik tabir.

tanpa husin dan kawan-kawannya sedar, meja disebelah memandang perlakuan dari mula mereka duduk lagi.husin masih ralit bercerita.jari yang mengepit rokok dihalakan ke setiap sudut.gaya ceritanya bak abang-abang.semuanya dia tahu.itu tanda apa.ini buah nangka.meja sebelah makin panas.mungkin ada gelas yang pecah malam itu.

seperti yang dijangka, husin di 'kutip' oleh mamat-mamat meja sebelah.itupun selepas mereka kenalkan diri.husin telah diceramah dengan mulut, kaki juga tangan.dan malam itu husin dapat satu pengajaran dalam hidup.jangan terbawa-bawa dengan filem.

dengar kata yang putrajaya nak saman filem.apa motif?

Thursday, June 9, 2011

suratku untukmu

cinta
waktu bercinta semuanya indah
segala baik comey terserlah

cemburu
marah geram bila kekasih diganggu
padahal bukan dilayan pun budak tue

rindu
terasa saat mata tak bertemu
tidur malam mimpi sering bertamu

gaduh
lumrah dalam hubungan manusia
gaduh pujuk gaduh perkara biasa

impian
setiap hubungan diletak harapan
moga bertahan dengan segala cubaan

harapan aku, seorang lelaki yang pernah kecewa, cinta yang disemai jangan dibiar layu.cemburu itu aku cuba kurangkan.rindu ini tak dapat aku bendung.gaduh dengan kamu acuba aku elakkan.dan impian kita yang dianyam moga diperkenan yang Esa.amin.

Wednesday, June 8, 2011

when the sun sleep

antara duit dan manusia
antara kawan dan harta
antara seronok dan kongsi
antara sahabat dan balaci
antara mewah dan percaya
antara baru dan lama

mana yang kau pilih?

Tuesday, June 7, 2011

rajawali terbang tinggi

"selamat datang ke kampung buta".itu yang tertulis pada papan tanda yang dipacakkan di depan jalan masuk ke kampung tersebut.benar seperti apa yang tertulis pada papan tanda tersebut.orang kampung itu memang buta kesemuanya.buta sejak dari dalam kandungan.penduduk kampung tersebut langsung tak pernah tahu bagaimana rupa bentuk alam dan isinya.mereka melihat hanya menggunakan sentuhan jari.ada 3 orang sahabat baik, budin,nordin dan sudin, yang selalu bercerita tentang rupa dunia walaupun tak pernah melihatnya walau sesaat.

pada satu hari, 3 orang sahabat ini sedang bercerita mengenai rupa gajah.budin, nordin dan sudin yang pada mulanya berbincang tiba-tiba seperti berkelahi.masing-masing punya pendapat sendiri.akhirnya perbalahan tamat apabila mereka sepakat untuk keluar mencari gajah.pada hari yang ditetapkan, mereka pun keluar dari kampung menuju ke tengah hutan untuk mencari gajah.setelah penat berjalan, budin mengajak mereka berehat sebentar.nordin dan sudin bersetuju lalu mereka menyandar pada sebatang pokok.sedang mereka berehat, kedengaran bunyi senapang disusuli bunyi gajah menjerit.

budin, nordin dan sudin serentak bangun dan menuju ke arah bunyi gajah yang masih lagi berbunyi.sesampainya pada bunyi tersebut, budin meraba-raba lalu terpegang telinga gajah.lalu diusap penuh rasa ingin tahu.nordin pula meraba pada kaki gajah.dipeluk dan dihidunya.manakala sudin pula meraba pada ekor gajah.dibelai dan ditarik-tarik ekor gajah itu.setelah masing-masing berpuas hati, mereka pun berjalan pulang ke kampung tempat asal mereka.sesampainya di kampung, mereka di sambut dengan meriah kerana menjadi orang pertama yang pernah keluar dari kampung.kemudian budin, nordin dan sudin dikelilingi oleh 'peminat' masing-masing.maka berceritalah ketiga-tiga sahabat ini tentang rupa gajah mengikut sentuhan jari masing-masing.

sebulan kemudian, kampung buta berpecah tiga.puak al-budin yang mengagungkan ideologi budin.puak al-nordin yang memegang ketat mazhab nordin dan puak al-sudiniah yang mengamalkan prinsip sudin.maka berperang lah ketiga-tiga puak tersebut setiap hari dalam membenarkan apa yang didengar dari mulut ketua puak masing-masing.dan peperangan itu masih berterusan sehingga ke hari ini.

Monday, June 6, 2011

hiasan kiasan

ada sahabat marah bila
sahabatnya dikutuk dikata

ada sahabat yang lainnya
hanya biasa-biasa seperti tiada apa

ada kawan sanggup pertahankan
walau salah berpihak pada kawan

ada kawan yang lainnya
kunci mulut tutup mata

ada teman mahu berjaya
lalu di ajak temannya bersama

ada teman yang lainnya
penuh dengki cemburu buta

adat berkawan

Saturday, June 4, 2011

aku masih disini

menunggu menanti
apa ada lagi mentari pagi?
apa masih mampu berdiri?

menunggu menanti
apa masih mampu mengecap nikmat ini?
atau hanya yang ada sengsara tak terperi?

menanti menunggu
setiap hari duduk melengu
memikirkan kehidupan yang tak menentu

menanti menunggu
masih percaya pada yang satu
masih kental rasa yang membelenggu

aku mahu
mengecap kehidupan itu

seorang isteri yang setia
tiga orang anak yang ceria
kerja yang cukup sederhana
mengabdi diri pada yang Esa

aku begitu inginkan kehidupan seperti itu
dan aku masih menanti menunggu

Friday, June 3, 2011

tangis darah

malam itu aku balik kerja seperti biasa.masuk je rumah harum semerbak bau najis kura-kura menusuk lubang hidung.banyak pulak anak-anak aku nie berak.dengan malasnya aku pun cuci rumah diorang.selamat la kecik lagi.aku buka baju dengan seluar lalu aku gantungkan pada belakang pintu.orang bujang.macam nie la gayanya.aku ambik sebatang rokok lalau kepitkan pada bibir.baru je nak nyalakan rokok, pintu rumah aku diketuk.dengan muka yang agak tak puas hati, aku buka pintu.oh doli rupanya.

aku: kau nak pe doli? aku penat la.
doli: releks la bang.lepak la dulu.baru bujang.

seperti biasa, tanpa disuruh doli terus menuju ke ruang tamu aku.duduk je terus ditekan punat televisyen.di arahkan remote control pada televisyen lalu menekan butang 101.aku hanya perhati tingkah laku doli.suka hati dia je buat macam rumah sendiri.aku bergerak ke doli dan duduk sebelah dia dengan hanya memakai boxer.sebabkan dah selalu sangat dia melepak kat rumah aku, jadinya aku dah hilang segan.

doli: bro, bro pernah main tak?
aku: main pe?
doli: main la.laki pompuan.
aku: perlu ke aku jawab soalan kau tue?
doli: suka hati bro la nak jawab ke tak.tapi doli dah.
aku: ha? kau pernah main?
doli: a'ah.dengan mamat dalam gambar yang bro tengok aritu.tapi sekarang dah putus.
aku: bangangnya kau nie.dah tue kau tak rasa apa-apa ke?
doli: entah.biasa je.walaupun masa mula-mula tue sakit, tapi best.
aku: adoi.lain aku tanya lain kau jawab.(sambil menepuk dahi)

aku diam.terfikir sejenak.budak zaman sekarang memang macam nie ke? langsung hilang rasa malu.terang-terangan mengaku sudah tiada dara.boleh bangga pulak tue.kalau lelaki aku tak kesah sangat.sebab budak laki nie memang kurang sikit ke-ma-lu-an .

aku: kau tahu tak? orang dulu kalau buat jahat simpan ketat-ketat.
doli: apa? ketat?

aku bangun sambil habiskan sisa rokok lalu padamkan dalam estray.aku tinggalkan doli dengan kebingungan terus menuju bilik.sambil aku berpesan "nanti kau nak gerak, tutup tv dengan kipas.pintu aku tue tutup slow-slow.jangan macam hari tue." aku pun baring terus terlelap.seketika kemudian.BAMM!! kurang akal betul budak doli nie.

Thursday, June 2, 2011

sekeping kertas bermaruah

dengan kertas maya
dia bermain dengan kata
diukir dengan dakwat hitam
tentang dunia yang semakin kejam

anak sekarang sudah hilang pedoman
dilayan mak ayah semacam setan
adik abang kakak saling bermusuhan
ibu abah mendera anak dengan bermacam seksaan

sana sini bencana melanda
kononnya bumi sudah tua
walhal dalam negara maksiat merata
langsung tiada diingat tentang dosa

dia terus melontar kata hati
demi melampias rasa yang sebati
walau tiada seorang manusia peduli
dia tetap menulis dengan gaya sendiri

dia adalah mereka
mereka adalah dia
yang berbeza cuma gaya
cuma kenal pada nama

Wednesday, June 1, 2011

kita peng-yu

telah banyak wilayah terbina
kerana aku kurang selesa
dengan mata yang menjamu
ada antaranya kenal aku

bila wilayah itu di jenguk mereka
aku seakan hilang punca
takut kalau ada yang terasa
maka penulisan menjadi terkongkong rasa

aku lebih selesa begini
di daerah tiada siapa kenali
menjadi orang terasing
biar tak ramai yang ambik pusing

biar aku dikenali dengan nama
itu sudah cukup untuk berkongsi rasa

*aku sedang larikan diri