Thursday, January 26, 2012

take a look around

kata yang kau kata untuk berkata-kata
tahu asalnya mana? tahu maksudnya kata?
tak tahu, selak buku buka kitab tengok makna
asal ada sejarah kejadian manusia, baca saja
hidup nie penuh dengan tunggu dan dungu
aku benci hidup menunggu
tertunggu-tunggu macam penunggu
tapi ya, aku banyak dungu
tak payah tengok kiri kanan dalam baju
kau kau kau pun ada dungu, mengaku?

aku suka memerhati tidak diperhati
kejadian aturan ciptaan ilahi, aku perhati
perhati kenapa dan mengapa begitu begini
pantang nampak dara sunti, mesti perhati
hilang apa difikir dalam fikiran
hilang tumpuan juga daya ingatan
jantung berentak pola palu-paluan
sekadar perhati tak jadi kesalahan
lainlah aku berdiri jalan pegang tangan
mahu memiliki? huh jauh dari angan-angan

harimau mati tinggalkan belang, kata orang
kalangan kita pula banyak tikam belakang
masih segar menjadi layang-layang
rela bersahabat dengan bayang-bayang
pantang datang gelap mula tunjuk garang
kecut perut tutup mulut kala terang, berang?
panah dipanah tepat ke lubuk hati
tak-kah terasa terkena hati sendiri?
katanya hati besi bercampur keluli
mana mungkin bisa ditembusi
oh ini bukan sesi perli memerli
sekadar hilangkan bosan hari-hari
jangan ada yang makan hati, mengerti?

Thursday, January 19, 2012

last man standing

luar pemikiran jumud bersendi logik
ditarik senyum hati pula rasa jelik
menabur kata umpama tuan empunya
setitik tidak memihak perasa minda
umpama periuk kosong bergolekkan
didengar boleh dipercaya jangan
indah kata tajam lidah menyulam
buta telinga pekak mata, diam

tersembul mata hati diterajang
bisik bicara langsung tak hilang
penat memekik bahasa telanjang
hakikatnya hati sendiri yang berang
atas nama kasta yang direka
masih banyak perilaku tak kena
bermandi iri dan sakit hati
terjerat iman bergantungan mati

simpang dunia punya tiga
mana kau pilih, ikut suka
apa cara, langgar saja
suka duka, kau punya
maka perang pun, bermula!

Friday, January 13, 2012

layar impian

bayang bayang hitam
hilang dalam kelam
tembok iman dibina
apa musibah menjelma
hanyut dan khayal
fikiran dalaman akal
beradu dengan aku
tiada jawapan jitu
menanti sinar pagi
datangnya dan pergi
tak bersapa sang bulan
terasa hati dan ke-malu-an
malam terasa bahang
siang memanggil sayang
mimpi menggangu tidur
penyesalan penuh tersadur
hati kental rasa risau
berdarah tangan ditoreh pisau
katanya belati lebih pintar
mengadun jiwa hingga pusar
tak dijamah walau sepatah
penat kakinya melangkah
bersandar tiang rapuh
patah tiang jatuh bersimpuh

bijak mengait bahasa bangsa
tak bererti kau kau raja
tanam pokok insaf
lakon watak mualaf
senyum penuh dendam
esok lusa mati ditanam
kerusi meja disepak terajang
bukan kau sorang badang
masih banyak wayang ada
buat apa bukak baju besar kepala
longgar baju dipakai
seluar terlondeh jangan lalai
tengok cermin nampak hantu
kalau bukan hantu mesti aku
selalu marah bila kalah
belum buat sudah mengalah
dapat bunga macam kera luku
riang sorak menang belum tentu
tengok bulan teringat pungguk
tahu geleng-geleng angguk-angguk
rela dicucuk hidung macam lembu
biarkan orang lain memacu, maju
lihat kiri tengok kanan
siapa yang dipertuankan
duduk selesa baca berita
masih terasa dunia suka-suka

i'm a man who left alone
without pride without bones
told the world how i die
remember my name and goodbye.

Monday, January 9, 2012

sahabat sejati


selepas beberapa minit aku balas mesej doli, pintu rumah aku diketuk agak kuat.segera aku bangun menuju bilik.aku sarung kain pelekat dengan singlet untuk menutup badan aku yang agak menggiurkan.setelah itu baru aku membuka pintu.doli mencebik.marah sebab aku lambat buka pintu.

doli melangkah pantas menuju ke sofa di ruang tamu terus melabuh bontotnya.aku mengambil tempat di sebelahnya sambil mencapai kotak helang merah putih.doli pandang aku dengan muka hairan."bro tawu ke pakai kain pelekat?" aku tersenyum sipu sambil pandang ikatan kain pelekat yang macam ikatan kain batik.siap tuck in singlet lagi.

aku: so apa yang kau pening sangat nie?
doli: kawan doli nie.doli risau tengok dia.belajar entah kemana.kelas pun asyik monteng jek.asyik nak berkepit dengan balak je keja dia.
aku: kau dah nasihat dia?
doli: dah.tiap kali jumpa doli selalu tanya pergi kelas ke tak.then doli ceramahkan dia sikit.
aku: kau tawu? kita boleh bawak kuda ke sungai.tapi kita tak boleh nak paksa kuda tue minum.
doli: ha? apa kena mengena kuda ngan kawan doli?
aku: haishh.maksudnya kita boleh tegur je.tapi kita tak boleh paksa dia ikut cakap kita.
doli: dah tue camne bro?
aku: kau dah jalankan tugas kau sebagai kawan.tue sudah cukup.yang lain serahkan pada tuan punya badan.

doli mengangguk sambil bangun menuju ke pintu rumah dengan wajah sedikit kelegaan.aku bakar sebatang nyawa dan sedut sedalam-dalamnya.teringat perbualan aku dengan kawan doli enam bulan lepas.macam dejavu.cuma wataknya tertukar antara doli dengan kawannya.aku senyum sendiri sambil mendongak ke atas.tiba-tiba doli terpacak depan aku.terangkat sedikit kaki aku gara-gara terkejut."thanks bro! tadi lupa cakap." aku balas dengan senyum.

Thursday, January 5, 2012

if i die tonight

jika esok aku tiada
masihkah ada yang menjaga
emak abah kakak-kakakku
adakah mereka akan merindu?

jika esok aku tiada
apa akan jadi pada kita?
masihkah aku kau ingati?
atau kau pergi cari pengganti?

jika esok aku tiada
tolong khabarkan pada teman
betapa aku sayang mereka
betapa aku hargai semua kenangan

jika esok aku tiada
maaf kamu kamu kamu aku pinta
jangan disimpan benci di dada
agar tenang aku di alam sana

jika esok aku tiada
jangan dititis airmata
kerna aku takkan gembira
melihat kau dan mereka berduka