Sunday, April 15, 2012

aku maafkan kamu

dan semalam lena ku telanjang
berbantalkan rasa sayang hilang
diselimuti kesal memanjang
berteman mimpi malang
sudahnya, dalaman berperang

bukan kata tiada rasa
tidak juga kata tiada hati
mungkin muak sesak didada
atau ego merasuk diri
entah terserah-lah, adili sendiri

ada atau tiada
satu atau dua
buta atau buka
sedih atau gembira
suka atau terasa
dosa atau pahala
beban atau jasa...

...aku pilih, aku rasa.

Thursday, April 12, 2012

suatu masa

aku pejamkan mata dengan harapan dapat belayar ke alam mimpi.sedetik dua aku buka mata kembali.kemudian tersenyum sendirian.semenjak dua menjak aku selalu terkenang zaman lampau.zaman jahiliah, zaman lepasan spm, zaman sambung belajar, zaman gila-gila remaja.memang seronok.kenangan yang mampu buat aku tersenyum sampai ke pagi.dan malam nie aku mahu mengembara dalam buku zaman-zaman lampau.aku mahu senyum sepuasnya.susah senang suka duka aku dan mereka.

melewati zaman persekolahan, aku terkenang sewaktu bekerja mencuci bas parkmay di bagan.time tue aku baru tingkatan dua.sekarang aku tak tahu la bas parkmay tue macam mana tapi kalau dulu warna merah.aku, tajri (sepupu) dan seorang lagi kawan sepupu aku, apit chai.bertiga kami menubuhkan satu kumpulan cuci-cuci bas hehe.memang seronok walaupun penat.balik pukul 2 pagi kot.esoknya sekolah pagi pulak.last-last abah aku bising suruh berhenti sebab keputusan exam aku merudum teruk.maunya tak, asyik tidur dalam kelas je.

sekarang sepupu aku tue dah kahwin tahun lepas.apit chai pulak hilang tanpa khabar berita.last time aku jumpa dia dengan awek korea cakap loghat penang masa sambutan merdeka kat padang kota lama.yang aku ingat masa tue, dia ada pinjamkan aku jaket jeans dengan patches taiping hura-hara.habis budak-budak taiping dengan ipoh datang interview aku.ah rindu pulak nak tengok apit chai.kat mana lu bro?

Sunday, April 8, 2012

gone with the sin

satu dua tiga kira sampai lima
belum habis menyusu mula nak bangga
cakap cakap mahal macam brader prada
walhal dalaman kosong belaka
woops, kalau tak tepat jangan terasa
kalau sipi-sipi jangan mengata
cuma luahan apa penulis rasa
lu rasa tak guna? apa wa kesah?

mari layan wayang cerita cina
duduk pegun tepuk tangan sama-sama
wayang orang lain punya cerita
kau tengok guling-guling ketawa
apa kau tahu? kau tak pernah kena

karut, semua tue karut belaka
tak tahu cerita masih mahu cuba
atas fakta apa untuk berkata?
sedangkan telinga pekak mata buta
masih mahu naga atau emas kura-kura?
masih mahu cuba? atau saja pura-pura?
lupakan sajalah, buang masa
balut badan dari jadi mangsa
baik fikir hidup senang kala tua

*yang baru selalu buat aku haru

Sunday, April 1, 2012

sorrow

bayu laut menampar muka
kala senja pasir berwarna jingga
sayup kedengaran ombak bersuara
membisik kata-kata rahsia
pada si kecil yang berjaga mata
menahan diri dari terlena
tersengguk sesekali terjaga
menanti tiba sesusuk tubuh manusia

datang si kakak memanggil pulang
namun si kecil berdegil bukan kepalang
mahu juga menanti ayahnya pulang
mahu didakap penuh rasa sayang
harapan si kecil seperti dedaun melayang
tiada arah tuju mahupun bebayang
pasrah dalam resah yang tak menghilang

tubuh si kecil dipeluk kemas
jari jemari diusap dan diramas
si kakak seakan mengerti si kecil
dipandang mata kecil yang terkebil-kebil
si kecil yang tidak tahu apa-apa
yang baru-baru mengerti soal dunia
tapi satu rasa yang sama-sama mengerti
resah gelisah risau tak sudah menanti
kepulangan ayah yang dikasihi

"ayuh pulang dik.hari dah gelap.
kejap lagi ayah pulang bawa ikan besar."

pembohongan demi pembohongan
merasuk minda membina tumbesaran