bayu laut menampar muka
kala senja pasir berwarna jingga
sayup kedengaran ombak bersuara
membisik kata-kata rahsia
pada si kecil yang berjaga mata
menahan diri dari terlena
tersengguk sesekali terjaga
menanti tiba sesusuk tubuh manusia
datang si kakak memanggil pulang
namun si kecil berdegil bukan kepalang
mahu juga menanti ayahnya pulang
mahu didakap penuh rasa sayang
harapan si kecil seperti dedaun melayang
tiada arah tuju mahupun bebayang
pasrah dalam resah yang tak menghilang
tubuh si kecil dipeluk kemas
jari jemari diusap dan diramas
si kakak seakan mengerti si kecil
dipandang mata kecil yang terkebil-kebil
si kecil yang tidak tahu apa-apa
yang baru-baru mengerti soal dunia
tapi satu rasa yang sama-sama mengerti
resah gelisah risau tak sudah menanti
kepulangan ayah yang dikasihi
"ayuh pulang dik.hari dah gelap.
kejap lagi ayah pulang bawa ikan besar."
pembohongan demi pembohongan
merasuk minda membina tumbesaran
10 comments:
agak sedih, cantik susunan bahasa cerita and aku suke.
menanti yg tak pasti
menanti dan terus menanti
tetiba rasa nak nyanyi lagu ayaha ku pulang dari kota...
ini puisi yang straight. ada masanya aku suka membacanya tanpa perlu merumitkan akal. :)
sabar dan terus menanti...hehe...
lama xdtg sini...;)
hoiiiiiiii...
kemana ayah?sadis :(
oh....rindu kat ayah~~~
love ur art~~~~
Teringat pd lagu kembara..
Post a Comment