Thursday, April 12, 2012

suatu masa

aku pejamkan mata dengan harapan dapat belayar ke alam mimpi.sedetik dua aku buka mata kembali.kemudian tersenyum sendirian.semenjak dua menjak aku selalu terkenang zaman lampau.zaman jahiliah, zaman lepasan spm, zaman sambung belajar, zaman gila-gila remaja.memang seronok.kenangan yang mampu buat aku tersenyum sampai ke pagi.dan malam nie aku mahu mengembara dalam buku zaman-zaman lampau.aku mahu senyum sepuasnya.susah senang suka duka aku dan mereka.

melewati zaman persekolahan, aku terkenang sewaktu bekerja mencuci bas parkmay di bagan.time tue aku baru tingkatan dua.sekarang aku tak tahu la bas parkmay tue macam mana tapi kalau dulu warna merah.aku, tajri (sepupu) dan seorang lagi kawan sepupu aku, apit chai.bertiga kami menubuhkan satu kumpulan cuci-cuci bas hehe.memang seronok walaupun penat.balik pukul 2 pagi kot.esoknya sekolah pagi pulak.last-last abah aku bising suruh berhenti sebab keputusan exam aku merudum teruk.maunya tak, asyik tidur dalam kelas je.

sekarang sepupu aku tue dah kahwin tahun lepas.apit chai pulak hilang tanpa khabar berita.last time aku jumpa dia dengan awek korea cakap loghat penang masa sambutan merdeka kat padang kota lama.yang aku ingat masa tue, dia ada pinjamkan aku jaket jeans dengan patches taiping hura-hara.habis budak-budak taiping dengan ipoh datang interview aku.ah rindu pulak nak tengok apit chai.kat mana lu bro?

5 comments:

ghost writer said...

try cari dia kat Taiping, bandar hujan tuh, bro.

Arai Lekir said...

mungkin apit chai kini berada di korea bersama isteri tercinta..

dill said...

mmg merindui kawan2 lama. awak pun sile rindu saye. sekian~

dill.

Tukang Karut said...

ce cari kat face book...

ishiko said...

kenangan.. mana boleh lupa kalau dah terkesan kat hati