Sunday, November 27, 2011

kau lupa janji

ternyata dalam perang rasa
yang nipis sabar merana
yang kaya keras kepala
menangnya tanpa banyak bicara

diam pembunuh nombor satu
bisanya umpama karat halus
menular dalam darah dan sebu
kesannya pada kulit yang mulus

bencinya aku pada diam
seperti penyakit susah hadam
selagi tak terkeluar sebarang kata
selagi itu semuanya serba tak kena

*ada sesiapa yang kenal aku aka penjajah minda?

Saturday, November 26, 2011

merindu tanpa kata

kembalinya pada masa
melihat keluar jendela
menggengam satu rasa

berdiri kaku di situ
menunggu utusan tiba
teriak hati tersedu
tempelak jiwa menggila

mengejar jiwa nurani
meskipun tak berlari
menanti tibanya hari

rasa itu kadangnya indah
bila sesekali menjengah

Tuesday, November 22, 2011

kenangan mengusik jiwa

sunyi sepi.hanya bunyi kipas kedengaran.aku sedang lali lepas melantak dua bungkus nasi lemak buatan kak peah.dengan tenaga yang sedang-sedang, aku mencapai kotak berwarna merah putih lalu aku cabut sebatang nyawa.aku halakan pada bibir hitam.bercakap pasal bibir, buat aku terkenang seseorang.seumur hidup aku, hanya dia yang pernah cakap bibir aku seksi dan diulang-ulang sampai kami tak lagi saling berjumpa.

sedutan pertama pun bermula.sedap tapi tak mampu memuaskan hati.aku sedut kali kedua.rasanya pekat sedikit.aku hembus bersama angin keluhan sambil memejam mata.dalam kepala terbayang wajah dia.terngiang kata-kata 'bibir awak seksi.betul nie.saya tak tipu.' tiba-tiba doli terpacak depan muka.terangkat kaki aku akibat kejutan yang agak ganas.doli melopong melihat tingkah laku aku.aku diam sejenak.mencari kekuatan dan berkelakuan normal.dalam hati menyumpah."sedap sangat ke rokok tue sampai feeling tak hingat dunia?" doli menegur.aku membatukan diri.doli mengambil tempat di sebelah aku.

doli: bro busy ke? doli nak tanya something.
aku: kau masuk ikut pintu mana nie?
doli: pintu depan la.kenapa?
aku: dah tak reti bagi salam?
doli: eheheehe(gelak manja)
aku: kau nak tanya apa?
doli: nia sal balak baru doli.dia nie risau melampau sangat.dah rasa cam terkongkong pun ada.
aku: apa yang dia buat? dia risau camne?
doli: emm kalau doli keluar melepak dengan kawan, dia mesti tanya macam-macam.suruh balik awal la.jaga kelakuan la.itu la ini la.doli rimas la.
aku: kau melepak dengan kawan laki ke pompuan?
doli: kadang-kadang dengan pompuan.kadang-kadang campur.
aku: emm jawapan paling senang yang boleh buat kau paham, aku bukan balak kau.dan aku tak tahu apa balak kau fikir.
doli: alaa.bro kan lelaki.mesti bro tahu.tak banyak sikit mesti bro boleh terangkan.
aku: emm kalau kau ada seketul batu, apa kau buat? kat mana kau nak simpan?
doli: batu? emm doli tak minat sangat batu.letak je la kat mana-mana.
aku: kalau kau ada berlian?
doli: uihh kalau berlian, doli jaga baik-baik.simpan ketat-ketat.mahal oo berlian.
aku: mungkin balak kau anggap kau macam berlian.sebab tue dia jaga kau baik-baik.dia risaukan kau setiap masa.taknak orang lain kacau berlian dia.
doli: erk.tapi takkan la sampai camnie dia punya risau.
aku: berbalik pada berlian tadi, kau risau tak? even kau dah simpan kat tempat paling selamat?
doli: risau.hmm
aku: jadi, tue je jawapan yang mampu aku bagi.selebihnya kau bincang dengan balak kau.

doli tersenyum.mukanya tampak kemerahan.mungkin berpuas hati dengan jawapan yang aku bagi.perlahan dia bangun lalu menuju ke pintu rumah.dan untuk kali pertama, doli menutup pintu rumah perlahan-lahan.langsung takde bunyi.aku tersenyum sendirian lantas mencapai sebatang lagi nyawa.aku mahu sambung membayang sejarah.perghh nikmat betul.

Saturday, November 19, 2011

call me when you're sober

pandai makan pandai simpan
letak bawah tudung saji
buat jahat jangan kesan
esok-esok kantoi lagi

buat baik berpada-pada
buat jahat jangan sekali
cerita semalam belum reda
jangan tambah sakit hati

buai tinggi-tinggi
sampai pokok sena
jangan sombong diri
nanti hidup merana

pelanduk sering lupakan jerat
namun jerat tak pernah lupakan pelanduk

Tuesday, November 15, 2011

hakikat sebuah cinta

dari renungan mata
dari gerak bicara
terbit satu rasa

demi satu cinta
demi satu rasa
dia merana

aku bukan di kedudukan
yang boleh ku selitkan pesan
tapi aku sedikit tercuit perasaan

jangan hanya kerana lelaki
kau ikutkan kehendak hati
mungkin bukan jodoh ilahi
cerita kau dan dia berakhir disini

bertemu dan berpisah
sudah menjadi lumrah
isikan hati secubit kesabaran
hadapi harimu dengan senyuman
semoga satu hari nanti
kau ketemu lelaki mithali

Friday, November 11, 2011

november rain

karim menjenguk ke luar tingkap kereta.memerhatikan deretan kereta yang bersidai di tepi jalan.sepertinya seakan ada pesta ria yang sedang berlangsung.karim menoleh ke arah seman yang sedang memberi tumpuan pada jalan.mengimbangi kereta sambil sesekali menoleh ke arah cermin pandang belakang dan sisi.karim teringat satu cerita mengenai seman, sahabat yang sudah hampir 12 tahun bersama menempuh suka duka kehidupan bersama-sama dengannya.pada orang lain seman mungkin seorang yang keras kepala dan banyak mengikut hati.cakap lepas dan kuat merungut.namun bagi karim, luar dalam diri seman sudah dapat dia hafal.dia lebih kenal seman berbanding orang lain.

cerita bermula ketika karim dan seman masih di bangku sekolah menengah.sama-sama satu sekolah tapi berlainan kelas.seman ada menaruh hati pada seorang budak perempuan bernama mira, budak kelas karim.tapi seman malu untuk membuat luahan hati jadinya, seman meminta tolong karim.sebagai seorang sahabat, karim menolong seman seberapa daya yang mampu.segala gerak geri mira dikhabarkan pada seman.dalam masa yang sama memberi semangat pada seman untuk berterus terang tentang perasaannya pada mira.satu pagi, karim memberitahu mira yang seman mahu berjumpa waktu rehat di kantin.seperti yang dijanjikan, mira datang bertemankan tiga orang kawan perempuannya.manakala seman hanya berseorang.seman menarik nafas sedalamnya dan terus memberitahu tentang perasaannya pada mira.dari jauh karim memerhati kelakuan mereka berlima.

dari jauh karim hanya memerhati kelakuan mereka.tak lama kemudian mira dan teman-temannya berlalu meninggalkan seman.karim bergerak menuju ke arah seman.wajah seman sedikit mendung.sebelum sempat karim membuka mulut seman bercerita."aku dah luahkan apa yang aku pendam.walau ambil masa selama 3 tahun untuk tue.tapi ternyata mira pun mengambil masa yang sama lama dengan aku untuk beritahu tentang perasaan dia." seman diam sekejap lalu menyambung."mira sukakan kau, bro.3 tahun dia pendam." karim tersentak.jantungnya seakan terhenti.dalam kepalanya bermacam-macam soalan.seman menepuk bahun karim."elok la tue bro.kau pun tak pernah bercinta.apa kata kau on je dengan mira.pasal aku kau jangan risau.aku ok.cuma aku mintak kau jaga mira sebaiknya.ok?"

"woi kau pehal ushar aku camtue? nak kena terajang? nie kita dah sampai.turun cepat." karim tersentak.dengan kadar segera karim meloloskan diri keluar dari kereta.seman menunggu karim sambil mencekak pinggang.karim hanya senyum malu."nie pehal senyum kambing ngan aku lak? nak kena lempang? yang kau tinggal bini kau dalam kereta tue buat apa? cepat la bawak masuk hospital.kang terberanak pulak dalam kereta aku." seman membebel.karim hanya menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.terlupa pulak akan bininya, mira yang sarat mengandungkan anak sulung mereka.

Tuesday, November 8, 2011

merisik khabar

bila disebut janji
haruslah ditepati
bukannya berganti-ganti
dengan janji janji lagi

bila dijanji itu ini
telinga mendengar naik lali
namun masih tidak sedar diri
janji itu ini tinggal janji

lembu dipegang pada tali
manusia dipegang pada janji
tapi ternyata manusia selalu lupa
setiap kejadian dengan kehendakNya

macam mana pun kau janji
bila tuhan tak restui
duduk dan fikir jawapan
ada sesuatu yang tuhan aturkan

Saturday, November 5, 2011

aku hanya serangga

berani cuba takut diam
cakap mudah buat tergamam
ludah ke langit inderapuri
jatuh terkena muka sendiri

jika esok ternyata tiada
jangan berharap pada bintang

sudah sudah dengan matahari
belum tentu cahaya sampai
cuba belajar untuk berdikari
berusaha agar impian tercapai

andai semalam tak tercipta
hari ini tak tahu siapa

hidup tak terlalu mudah
tidak juga terlalu sukar
lupakan apa yang sudah
biar kenangan memekar

*salam aidiladha untuk semua rakan muslim.

Tuesday, November 1, 2011

tunjuk satu bintang

tit tit.jam tangan aku berbunyi.aku menoleh malas.tepat jam 3 pagi.badan aku betul-betul penat tapi mata aku sikit pun taknak lelap.walhal lagi 4 jam nak masuk kerja.puas aku ubah posisi baring.kejap ke kanan kejap ke kiri.takde satu pun yang selesa.dengan tangan kanan atas dahi, mata memandang ke atas, kepala ligat berfikir perkara yang aku sendiri tak tahu, umpama orang mati bini gamaknya.

sedang fikiran menerawang tanpa hala tuju, aku terfikirkan perbualan aku tempoh hari dengan doli.macam biasa kesudahan perbualan kami mesti berakhir dengan hempasan pintu rumah aku oleh doli.aku pun tak tahu kenapa budak doli nie selalu sangat hempas-hempas pintu rumah aku.tak mungkin kerana sayang.mungkin sebab perangai budak-budak zaman sekarang memang dah macam tue kot.aku cuma mengagak.

dalam banyak-banyak perkara yang kami bualkan tempoh hari, ada satu ayat yang buat aku tersentak tambah terkejut.satu ayat yang aku tak jangka langsung akan keluar dari mulut doli, budak perempuan comel bawah umur.yang pada pandangan aku masih mentah dalam hal-hal kehidupan nie.mungkin jugak sebab aku dah masak dengan perangai doli, jadinya, setiap jawapan dia, aku boleh agak.

"kalau pandangan setiap orang sama, dunia hanya akan ada satu warna.kena belajar terima pendapat dan pandangan orang walau hati kita sulam lain."