Friday, September 30, 2011

biarkan berlalu

setelah terucap kata mati
tiada apa lagi yang mampu
ego, dendam terukir di hati
dan aku pula lebih malu

ah persetankan rasa kita
yang penting kan masa depan?

duri semalu bertaut rapat
tersangkut jari terasa ngilu
kenangan itu jangan diingat
kelak diri terasa sayu

hujan petang penyejuk cuaca
pelangi muncul hampir senja
walau banyak kenangan bersama
demi masa depan, buangkan semua

terbit bulan pungguk menanti
suara unggas menghambat pulang
jika nanti kau bercinta lagi
jangan lupa pesan-pesan ku, sayang.

Monday, September 26, 2011

still got the blues

buku yang setahun
dilitupi dengan dedaun
aku teliti dengan tekun

sehelai demi sehelai
dari mula hingga usai
tapi kusut belum terurai

setahun aku sangka lama
rupanya sekelip mata cuma
tebal sudah buku tak bernama

buku tue aku tutup kembali
sambil merenung ciptaan ilahi
tiap kejadian pasti ada sebab tersendiri

aku masih tersenyum

bulan bintang matahari
taknak guna ayat tue lagi
aku mahu tunduk kebumi
sedar dimana tempat berdiri

Friday, September 23, 2011

suatu masa

di situ.di daerah tiada nama.buatan rahsia minda.seman terjelupuk sendirian.meraung meminta belas kasihan.dengan tangan terikat.mulut dikunci rapat.mata dibutakan.hanya telinga mampu menjalankan tugas.menangkap segala bunyi bunyian yang lalu lalang.pathetic.

sesekali pukulan padu menerjah ruang dada, seman hanya mampu menjerit sakit dalam hati.tiada upaya melawan.hanya bertahan.berlinangan airmata mengemis simpati pada bunyi yang melintas.tiada respon.seman tiada pengetahuan tentang apa yang terjadi.cuma menerima hukuman seperti pesalah.

ya.mungkin seman pesalah.salah dalam semua perlakuan.salah dalam semua pemikiran.salah dalam semua percakapan.ideologi yang diterapkan semua salah.falsafah yang digenggam semua salah.dan seman menerima hukuman.salah tetap salah.kerana cuba memaparkan apa yang salah.

Tuesday, September 20, 2011

dari kerana mata

perlukah kau tunjuk segala
apa saja yang kau punya
demi menarik perhatian
terutamanya kaum jantan?

kau sarungkan pakaian ketat
kau biarkan tubuh kelihatan sendat
biar meleleh air liur mata memerhati
kata kau "tengok je pun, takkan rugi"

tiada rasa bersalah-kah
pada lelaki-lelaki yang lemah
sedangkan kau pun tahu
jantan itu punya satu nafsu

bila segalanya terdedah
dan kau mula mengambil mudah
akhirnya kecundang di pelukan buaya
masih juga kau tunding jari tutup mata

perlu di ingat wahai wanita
kecantikan bukan saja paras rupa
bukan juga pada pakaian terbuka
tapi jelas terlihat pada perlakuannya

Sunday, September 18, 2011

andai ku miliki semalam

walau ribut melanda
rasa ini tetap sama

andai badai menjelma
kita hadapi bersama

biarpun malam gerhana
kita tetap bersama selamanya

itu dulu
waktu cinta rindu

sekarang sudah berbeda
rasa dulu sudah tiada
tinggal hanya kenangan kita
di lorong sepi tak bernama

walau berparut luka
biar derita sengsara
demi cinta yang dibina
tetap gagah menanti disana

Saturday, September 17, 2011

tiada lagi

kitaran roda selalunya akan berbalik kepada asal.dari mana ianya mula berputar dan disitu juga ia akan berhenti.dan seterusnya ia akan membuat kitaran lagi.berulang-ulang.sehingga roda itu haus dimamah jalan.sehingga rosak gandar.sehingga ia tak mampu lagi membuat putaran.

hidup tak banyak bezanya.berani cuba.takut diam.mengenali seseorang mengambil masa yang cukup singkat.cukup cepat.tetapi nak mengekalkan itu cukup susah.cukup payah.orang yang kita lama kenal dulu, sekarang bukan lagi.manusia itu berubah.benar.manusia itu cepat berubah.mengikut peredaran juga persekitaran.

takdir tak bersalah dalam hal nie.setiap pertemuan mesti diakhiri perpisahan.samada perpisahan itu bersifat sementara atau berkekalan.belajar untuk tidak cuba bergantung kepada orang lain.melakukan semuanya sendiri.kerana ada ketikanya kita akan menghadapi satu masa dimana tiada siapa yang peduli.tiada siapa yang berkongsi.

*jika kau baca nie, harap kau tabah.teruskan hidup kau dengan keriangan.jangan pernah sesekali toleh ke belakang.aku doakan kebahagian kau.=)

Wednesday, September 14, 2011

pelangi petang

terkadang aku senak
fikirkan hutang yang banyak
fikirkan kerja tak macam kerja
fikirkan nasib yang tak kaya-kaya

teringin rasanya nak berkereta
tapi takut pula bayaran bulanannya
sekarang makan pun masih sangkut
kalau berkereta, alamatnya ikat perut

berangan nak beli rumah batu
yang harga beratus ratus ribu
tapi deposit pun aku tak mampu
belum lagi surat dokumen mana yang perlu

selalu bermimpi nak berumahtangga
ada tiga anak sorang isteri mithali
biar makan pakai makin terjaga
tapi duit hantaran mana nak dicari

kata orang tuah ayam nampak dikaki
tuah manusia siapa yang tahu
mungkin esok lusa ada rezeki
dapat lah aku kecap semua tue

Sunday, September 4, 2011

cinta pembodohan

jika niat kau berpacaran
hanya sekadar menikmati kemewahan
dan kau cagarkan tubuh badan
apa bezanya dengan jalangan?

andai niat kau berpacaran
cuma sekadar suka sukaan
rasa yang ada kau permainkan
tidakkah itu kebinatangan?

jika niat kau berpacaran
cuma sekadar ikut ikutan
mahu merasa nikmat kecelakaan
bukankah itu kezaliman?

andai begitu niat kau berpacaran
dan kau tiada setitis keikhlasan
dalam menerima baik buruk pasangan
apakah itu erti kecintaan?

tolong terbitkan secalit kasihan
pada hati-hati yang begitu mengharapkan
ataupun secubit rasional pemikiran
usah dirobek masa depan pasangan
jangan bermain tentang rasa kalian
sebaiknya rungkaikan-lah ikatan
agar kalian miliki kebahagiaan...

...apa itu juga akan menjadi satu kesalahan?