Wednesday, August 31, 2011

tawa dalam tangisan

jam menunjukkan pukul 6.15 pagi.apit bangun lantas dicapai tuala dan menuju ke bilik air office.setelah selesai menunaikan ibadat sunat, apit menyarung baju melayu warna maroon + ungu yang dibelinya di jalan TAR siap dengan sampinnya sekali.oh lupa pula.hari ini hari berbahgia.hari untuk semua umat islam bergembira menyambut kemenangan menundukkan nafsu.

"gemaa..takbir di subuh harii..menjelang sudahh..aidilfitriii..tapi hambaa..musafir dirii..kesana siniii..membawa diriii.."

radio makin giat memainkan lagu-lagu raya.sedikit hati apit tercuit.selepas bersiap apa yang patut, apit menyuap nasi himpit yang dicicah dengan rendang daging pemberian majikan sambil menunggu teman sekerja bersiap.kejap lagi apit dan rakan sekerja nak bergambar.ketika menyuap nasi himpit, sekali lagi hati apit tercuit.lebih kurang pukul 7.30 pagi, apit menghubungi emaknya.begitu seronok emaknya tatkala mendengar suara satu-satunya anak lelaki yang dihasilkan.selepas itu apit menghubungi kakak sulungnya.reaksi kakak sulungnya pun serupa.gembira bila mendengar suara apit.sepertinya mahu berborak sampai ke malam.

selepas itu apit menghubungi kakak nombor dua (kak ngah) yang merupakan kembar kepada kakak sulungnya.tatkala mendengar suara apit, kak ngah apit tetiba sebak lalu menangis.apit cuba menteteramkan kakaknya tapi dia pula yang sebak.namun di tahan suaranya yang bergetar.lalu dibuat lawak bangang di pagi raya.kali nie hati apit benar-benar tersentuh.seakan tumbukan padu tepat ke dada.

malamnya, saat mata apit mula merengek-rengek minta didodoi, telefon bimbitnya berbunyi.tertera nama 'abah' di skrin.apit membetulkan duduk lalu menjawab.kali nie, dua orang adik perempuan hasil cawangan baru abahnya pula menangis memohon maaf.apit terkedu.sekali lagi dadanya ditujah dengan sebak.di hujung talian terdengar suara abah apit sayup-sayup.hati apit jadi tak keruan.

rupanya masih ada yang menumpang sedih atas ketidakpulangan apit ke kampung.dalam sedu tercalit sedikit rasa dihargai.dalam terkilan masih punya setitis kegembiraan.jika kawan, rakan, sahabat, buah hati, langsung tak endahkan rasa sedih yang bertakhta tatkala itu, apit masih punya mak, abah, kak long, kak ngah dan adik-adik untuk berkongsi rasa.benarlah kata 'mereka'.keluarga lebih bernilai dari harta.=)

*ingat nak upload pix raya.tapi tak jadi la.

Saturday, August 27, 2011

puasa dan raya

sepuluh hari yang pertama
ramai yang berlumba-lumba
makanan apa nak di beli
bazar mana nak di pergi
sepuluh malam yang pertama
masjid surau penuh dengan manusia
mahu rebut peluang beribadah katanya
tak lupa juga merasa moreh jiran tetangga

sepuluh hari yang kedua
semua makin malas nampaknya
kedai tengah hari buta lagi dah buka
geng helmet tak putus membuat order
sepuluh malam yang kedua
berpusu-pusu mencari baju raya
tengok warna sampai rambang mata
walhal belum tentu penuh puasa

sepuluh hari yang ketiga
rumah dah siap terpasang pelita
sibuk pasang langsir, alas meja yang baru beli
yang anak-anak main mercun putus jari
sepuluh malam yang ketiga
ramai yang rasa teruja nak raya
banyak jugak promosi kereta besar
tapi zakat ramai yang lupa nak bayar

"tapi aku musafir hari raya
duduk office buat kerja
walau baju raya dah tersedia
semangat tue langsung tak ada
wajah mak abah kakak dalam kepala
almaklum la 1st time beraya jauh dari mereka"

Selamat Hari Raya Aidilfitri
&
Selamat Hari Kemerdekaan ke-54

*ampun maaf di pinta jika ada yang terkasar bahasa.

Monday, August 22, 2011

capital e

kemarau di dalam dada
basah bagai disirami

ibarat duri dalam daging
hati seperti telah gering
rasa seakan menghilang
walau masih punya sayang

duri itu tajam
benar-benar tajam
bisanya sungguh perit
walau dicabut masih terasa sakit

terlupa janji-janji indah
bila hidup semakin berubah

jika benar kau sayang
duri itu tolong buang
campakkan jauh-jauh
biar rasa itu sendiri sembuh

Saturday, August 20, 2011

dari jauh ku pohon maaf

seumur hidup apit, ini kali pertama baginya.langsung tak terlintas difikiran yang dia akan buat sedemikian rupa.mungkin kerana raya.mungkin kerana sayang.mungkin kerana ucapan itu tak terkeluar dari mulut.rasa malu ada.segan pun ada.saat menaip bait-bait perkataan yang datang dari lubuk hati, hati apit dicengkam rindu.disepak pilu.airmata bergenang lalu mengalir membasahi pipi yang tak berapa nak rata.

bila dikenang kembali, apit jadi sebak.perkataan yang selalu digunakan semasa raya dulunya, kini membuat hati jantannya tersentuh.mungkin dia akan jadi bahan ketawa mereka bila surat tersebut sampai di tangan.mungkin juga tiada perasaan yang terlintas tatkala membaca surat tersebut.biarlah.apit cuma mahu sampaikan apa yang telah lama terpendam.sepotong ayat yang cukup mudah tetapi sukar untuk diluahkan.

radio sudah bergema dengan lagu-lagu raya.tapi apit masih mendengar lagu rihanna.katanya dah jemu dengan lagu-lagu raya yang lama.lagu raya yang baru tak sesuai dengan jiwanya.hakikat sebenar, dia tak mahu airmata rindu jatuh lagi.apit memang ego orangnya.walhal tahun lepas dia yang beria menyanyi lagu raya ketika umat islam baru berpuasa dua hari.apit apit.tahulah kau tak balik beraya.jangan la sedih macam tue rupa.=)

Tuesday, August 16, 2011

kau yang satu

dalam menapak mencari kehidupan
terleka sejenak melihat keindahan
hinggakan terlupa tujuan sebenar
dalam gelap meraba sinar

jika aku punya sesaat
izinkan aku beribadat
menjalankan kewajipan
yang telah lama aku tinggalkan

jika aku punya seminit
mahu aku mendaki bukit
berkhalwat dalam gua
seperti rasul mu jua

jika aku punya sehari
mahu aku menyanyi
irama tentang kebesaran
yang sering aku abaikan

jika..jika..jika..

tuhan
berikan aku kesempatan
membawa kaki ke jalan kebenaran
mencari sinar kemaafan
menjunjung erti keikhlasan
mendakap cahaya keinsafan
mengecap nikmat keimanan
bukan sekadar kemewahan
tidak semua tentang kesenangan
yang ku mahu hanya kerahmatan
agar hidupku dalam keberkatan

Monday, August 15, 2011

teguh

sejarah mengajar kita
menjadi lebih dewasa

bintang terang bintang kejora
tangan tak terdaya menggapainya
begitu juga dengan bulan purnama
yang ku mampu hanya setia

mutiara sakti tujuh lautan
mana mungkin bisa ditawan
aku bukan hartawan mahu rupawan
tapi ku punya setitis keikhlasan

terbang megah si raja helang
gugur sehelai bulunya perang
tidak ku janjikan segala barang
yang ku genggam selamanya sayang

Saturday, August 13, 2011

kekasih awal dan akhir

tubuh itu makin tua.terlihat sedikit membongkok.kulit-kulit di muka dan lengan makin berkedut dan lembik.kuku kian merapuh.namun kudratnya masih kuat.meneruskan kehidupan yang tersisa.sepatutnya di umur begini, dia hanya duduk di rumah membelai pokok-pokok bunga.menyulam hobi yang lama ditinggalkan.apakan daya.terasa dirinya masih memikul tanggungjawab besar.sedangkan anak-anak sudah beranak pinak.


begitu banyak yang dia lalui sepanjang kehidupan.pahit manis sakit suka semuanya pernah dirasai.dari gadis desa yang comot, yang tiada pengetahuan tentang dunia luar, dia bangkit menjadi wanita yang berdikari setelah perahu layar impian musnah dipukul badai.demi mencari sesuap nasi untuk mengisi perut, demi kemahuan anak-anak yang meminta, pahit getir langsung tak terasa.dia wanita tabah.benar-benar tabah.


sedih tatkala menatap wajah tuanya sekarang.begitu banyak bezanya.terlalu banyak yang dia korbankan.demi kebahagiaan lelaki yang dia cintai, demi anak-anak tersayang, kebahagiaan hati ditolak ketepi.mahu saja aku membahagiakan dirinya.walau tak terbanding dengan apa yang diberi.walau secubit cuma, aku mahu dia bahagia.jika ditanya apakah dia menyesal dengan hidup yang dilalui? tak pernah terdetik sekali pun.aku sayang dia.sungguh.

"Selamat Hari Lahir Wanita Hebat"

faizal mengesat airmata lalu menutup buku catatan abangnya.sebak dia tiba-tiba.lalu terbayang kenangan ketika abangnya masih ada.selalu abangnya memberi kata-kata nasihat tentang menghormati ibu.tapi seperti mencurah air di daun keladi.memang perangainya semenjak kecil lagi degil.langsung tak mahu mendengar cakap ibunya.malah dilawan cakap lagi ada lah.faizal menghela nafas sepanjang-panjangnya sambil memerhati ibunya yang sedang menyapu halaman rumah.sekali lagi airmatanya berlinang.

*noraini binti ayob 13 Ogos 1963

Friday, August 5, 2011

kian

kala itu hati meronta-ronta
jiwa bergelodak bermacam rasa
rindu itu tak mampu dinafi lagi
terbayang wajah setiap ahli family

sepertinya begitu lama tak bersua
masa, kerja, ekonomi seakan cemburu
ditambah dengan kekurangan anggota
membuat hati semakin rindu pilu

maafkan anakmu yang buta
pentingkan kerja dari segala

sementelah punya waktu
pulanglah menatap wajah ibu
jenguk-jenguk tubuh abah
biar hilang semua resah


hati, tolong kuat
tolong nekad

Tuesday, August 2, 2011

jauh di sudut hati

dalam gembira terselit duka
dalam suka terpanggil hiba

umur sekadar angka
angka tiada apa bezanya
masih seperti dulu-dulu
masih mengejar sesuatu

kesal, gembira, terkilan, terharu
semuanya bercampur menjadi satu
bukan hadiah mahal yang aku mahukan
yang aku harapkan cuma ucapan

untuk tahun ini
aku cuma harapkan
doa ibu menjadi realiti
apa aku hajat diperkenan tuhan

*shahlan, ujang, apit, black, sara, pija, ika dan paling penting shamil@kacip.terima kasih tak terhingga  untuk semalam.aku sayang hangpa semua.