begitu banyak yang dia lalui sepanjang kehidupan.pahit manis sakit suka semuanya pernah dirasai.dari gadis desa yang comot, yang tiada pengetahuan tentang dunia luar, dia bangkit menjadi wanita yang berdikari setelah perahu layar impian musnah dipukul badai.demi mencari sesuap nasi untuk mengisi perut, demi kemahuan anak-anak yang meminta, pahit getir langsung tak terasa.dia wanita tabah.benar-benar tabah.
sedih tatkala menatap wajah tuanya sekarang.begitu banyak bezanya.terlalu banyak yang dia korbankan.demi kebahagiaan lelaki yang dia cintai, demi anak-anak tersayang, kebahagiaan hati ditolak ketepi.mahu saja aku membahagiakan dirinya.walau tak terbanding dengan apa yang diberi.walau secubit cuma, aku mahu dia bahagia.jika ditanya apakah dia menyesal dengan hidup yang dilalui? tak pernah terdetik sekali pun.aku sayang dia.sungguh.
"Selamat Hari Lahir Wanita Hebat"
faizal mengesat airmata lalu menutup buku catatan abangnya.sebak dia tiba-tiba.lalu terbayang kenangan ketika abangnya masih ada.selalu abangnya memberi kata-kata nasihat tentang menghormati ibu.tapi seperti mencurah air di daun keladi.memang perangainya semenjak kecil lagi degil.langsung tak mahu mendengar cakap ibunya.malah dilawan cakap lagi ada lah.faizal menghela nafas sepanjang-panjangnya sambil memerhati ibunya yang sedang menyapu halaman rumah.sekali lagi airmatanya berlinang.
*noraini binti ayob 13 Ogos 1963
*noraini binti ayob 13 Ogos 1963
12 comments:
Selamat Hari Lahir, Puan Noraini. Moga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Ilahi. ^^
p/s: nama mak dill pun, Noraini :)
dill.
dill: aminn.mak kita serupa ea? tanx cikgu
Selamat hari lahir, Puan Noraini. :)
hebatnya wanita bergelar ibu itu tiada tandingnya. tinggal hebat mana kita menghargainya sahaja.
semoga sentiasa dirahmatiNya.. aminn
awak kuat marah?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jangan-marah.html
seorang wanita bernama ibu memang tiada tolok bandingnya,
hebat.
selamat hari lahir kepada pn.noraini
selamat hari jadi
:)
selamat hari lahir Pn Noraini~...
hargainya selamanya...
=)
haikal: tanx bro.aku sokong kata kau =)
L: aminn.tanx =)
monolog: kau benar.tanx =)
sara: tanx =)
cik hati: akan menghargai selamanya.tanx =)
Selamat hari lahir buat ibu kamu~ ^^
Alangkah bersyukurnya bila kita sedar bilamana ibu kita masih bernafas..~
cik sal: alhamdulillah..tanx =)
selamat hari lahir aunty.
nurarnida: tanx. =)
Post a Comment