Tuesday, October 15, 2013

'itiraf

"Allahu akbar! Allahu akbar!" hati hasan bagai dipalu.tiba-tiba kenangan yang bertahun lama menerpa.kenangan ketika dia masih hingusan. ketika itu emaknya sedang menyiapkan dia untuk ke satu majlis.hasan yang ketika itu masih tidak tahu menahu apa yang akan dilakukan untuk majlis itu nanti, hanya menurut bagai kerbau dicucuk hidung.

setibanya mereka di majlis itu, hasan disuruh ke belakang tabir sambil ditemani emak tersayangnya.emaknya masih sibuk membetulkan baju hasan sambil mengomel yang hasan tak reti menjaga baju.hasan mendongak melihat emaknya.bibir itu bergerak-gerak.seketika kemudian nama hasan dipanggil.hasan melangkah dengan yakin.

"Allahu akbar! Allahu akbar!" dengan sepenuh hati hasan melaungkan azan.sempat dia mengerling ke arah emaknya sebelum turun dari pentas. "baguih anak mak.camni la mak sayang.sedap sora anak manja mak ni." hasan tersenyum bangga.tiba-tiba pipi hasan ditujah dengan ciuman. hasan bahagia diperlakukan sebegitu.

air mata hasan berlinang.masih asyik dengan perasaan.hasan tersedar saat bahunya dicuit.dia menoleh dengan mata yang berair.warga pakistan itu tersenyum sambil menunjukkan ke arah jemaah yang sudah dalam saf.cepat-cepat hasan mengesat matanya lalu beriringan dengan warga pakistan tersebut. "ya Allah, jadikan aku hamba-Mu yang sebenar benar hamba.jadikan aku anak yang soleh, ya Allah." hasan berdoa dalam hati.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Wednesday, October 9, 2013

sepi seorang perindu

usah bertanya bila itu dan ini
sedangkan kau sendiri tidak ketahui
apa yang tertulis sejak azali
ketentuan itu mesti juga kau lalui

setiap baharu, perubahan tidak lari
setiap permulaan itu akan diakhiri
kecuali apa yang tlah diberitakan
dan jangan timbulkan lagi persoalan

sejauh mana kakimu melangkah
mencari cinta yang tidak kalah
tegapkan jiwa ingatlah seperkara
dan lupakanlah seperkara lainnya

"sejengkal kau hampir, sehasta
sehasta kau dekat, sedepa
berjalan kau datang, berlari"

Tuesday, October 1, 2013

seribu bayangan

cinta
resah ku mencari merata
tidak berjumpa tiada bersua
namun ku yakinkan jiwa
cintaku ada dimana-mana

rindu
lama leka ku makin tersedu
tika siang juga malamku
tidak pernah aku jemu
rindu bertandang mencari cintaku

kasih
tiada apa yang akan tersisih
tatkala terlalai merudum pedih
terbit rindu menangis sedih
"apakah sukatanku, wahai kekasih?"

kerana cinta kekasih, aku lari
kerana rindu kekasih, aku mencari
kerana kasih kekasih, aku pergi

ku bawa lari sekeping hati
azam terus berusaha mencari
sejauh manapun aku tetap pergi
andai itu aku beroleh cinta abadi