Tuesday, April 23, 2013

slip away

kelegaan yang tak mungkin diperolehi dengan campuran dosa dan suka
semakin hari semakin bertambah catatan raqib yang sedia ada
pusingan paksi insani yang makin tenggelam dalam pembohongan
benar kata guruku si bijak berbicara, dunia indah khabar dari rupa
namun masih belum ku temu maksudnya yang tersirat dalam kata
hidupku untuk matiku.matiku untuk hidup selama-lamanya
terasa jurang dalam pembahagian azimat antara kami berlima
dia dengan kata pegangnya, dia pula dengan langkah sembahnya
dan aku yang bongsu dalam segala hal, dibekalkan cangkul sumbing

semakin hilang punca bila berhadapan musuh pembawa bencana
mahu ku lari mengikut daeng menyusur ke keramat puaka
tiada ku sanggup bersoal jawab dengan pemberi makna manusia
mahu ku tentang dengan langkah lincah jebat penderhaka
rasanya tiada berdaya.ditangannya kerambit tidak nampak di mata
sedangkan ditanganku cangkul sumbing berhulukan mantera
bagaimana bisa aku calarkan rohnya agar kemenangan milik aku
walhal baru digertak aku, putus nafas senak perut terbaring kaku

tikaman halimunan ke arah kiri dan kanan rusuk menusuk tembus
rasanya seperti meletak cili api ditumbuk ke dalam hidung
teringat kata ayahku yang tidak suka bermain sembah tari
disaat aku menceritakan hal hantu berkaki panjang, mimpi
serangan yang disambut dengan serangan, hanya kepantasan menjadi ukuran
lalu aku ukir katanya menjadi tangkal azimat  perang
disana aku kebal senjata, kebal tuju-tuju tapi bebal memanjang
tiada ku sangka bulu beracun pantang tujuh petala
menyembur darahku rebah tubuhku mencium asal

phoenix hanya mitos yang mengkhayalkan minda
tapi mampu meniup semangat ke dalam jiwa

Tuesday, April 9, 2013

ride the lightning

sunyi yang membingitkan
tenang yang merunsingkan
masih mengolah penceritaan
kaku, buntu masih jawapan

dekat yang menjauhkan
lapang yang menyesakkan
tidak, bukan lari dari kewajipan
sekadar menurut angan-angan
mahu berkongsi kemenangan
mencurah ilmu pada memerlukan
walau dihadapan ada tentangan
doa kudus benteng pertahanan

berdialog dengan aku dalam aku
ah! semuanya serba keliru
asbab menikam minda tepu
tak mahu menjadi melayu-layu

*untuk mencapai sesuatu, perlu korbankan sesuatu-TomWankers