sunyi yang membingitkan
tenang yang merunsingkan
masih mengolah penceritaan
kaku, buntu masih jawapan
dekat yang menjauhkan
lapang yang menyesakkan
tidak, bukan lari dari kewajipan
sekadar menurut angan-angan
mahu berkongsi kemenangan
mencurah ilmu pada memerlukan
walau dihadapan ada tentangan
doa kudus benteng pertahanan
berdialog dengan aku dalam aku
ah! semuanya serba keliru
asbab menikam minda tepu
tak mahu menjadi melayu-layu
*untuk mencapai sesuatu, perlu korbankan sesuatu-TomWankers
4 comments:
Minum secangkir kopi untuk singkirkan keliru. ;p
P/s : Link blog sudah ditukar.
stress lettew ~
Adalah lebih baik kita sama-sama merayu kepadaNYA.
kau juga tergolong dalam kategori manusia audio digital.
Post a Comment