sini kawan disini aku
bukan disana, disana berpenunggu
orang bilang cerminnya retak seribu
jangan berhias nanti nampak hantu
kawan sini, sini ada aku
usah berlama kau disitu
kelak ada yang mengganggu
mulut sopek tangannya berbulu
aku disini kawan, disini
jangan biar aku sendiri
tidak betah sakit menanti
atau sememang minta aku mati?
7 comments:
sini kawan.sini aku.
tapi kau seperti tidak mengenaliku.
aku di sini kawan.
yang setia menunggu dirimu.
*nanges!!!*
halimunan
isolated.
hey, gi hang out sana dengan kengkawan, buat satu sesi 'kopi darat'. istilah blogger indonesia bila mau laypark kat mana2.
jangan biar kawan tercari
moncolkan diri
bergaul realiti
walaupun kita tahu yang hidup ini 'suck' tapi peduli apa. rayakan hidup yang singkat ini seadanya.
Teman yang jauh dari teman baiknya bertemu dengan si durjana yang menghancurkan hidup. Adakala, takdir menjumpai yang lebih baik. Itulah kestabilan antara teman yang jauh dan dekat.
Tahu untuk menghargai, sedar diuntung. Syukur, pantun ini melegakan jiwa kerana faham apa yang dimahukan jiwa. Sarat dengan makna.
Post a Comment