Wednesday, February 15, 2012

bukan kerana nama

untuk kesekian kalinya aku memandang doli.bezanya, kali ini pandangan aku berbaur persoalan bercampur geram.harus aku akui yang doli sedikit dewasa dari sebelumnya.sudah pandai bermain dengan kata-kata falsafah rekaan anak-anak muda sebayanya.tercalit sedikit rasa bangga namun masih kental rasa curiga.dimana agaknya mereka mengait bahasa pujangga era millenium.campuran dari mana agaknya ya?

tempoh hari doli datang berjumpa sambil marah-marah.bukan pada aku.err mungkin sedikit.selebihnya untuk rakan maya-nya.katanya rakan-nya itu kekwat.aku menggaru kepala dengan mimik muka yang pelik.dan ketika itulah marah si doli pada aku.kolot katanya.kekwat pun tak tahu makna.rakannya itu tak mahu berkawan lebih rapat jika dia tak hadam semua lagu m.nasir.doli bilang "siapa dia? siapa m.nasir? manusia juga.makan nasi juga.bukan makan besi."

aku terkebil-kebil.ada betulnya cakap doli.tak seharusnya berkawan mesti sealiran.doli benar.sedikit tidak aku nafikan.cumanya, aku pelik bila aku tanya doli kenalkah akan m.nasir? jawapannya tidak kenal.itu yang menimbulkan rasa geram aku pada doli.lantas aku tinggalkan doli sendirian.tiba-tiba aku rasa malas hendak melayan kerenah doli, budak zaman sekarang.

kita sama semuanya sama...apa yang ada hanyalah kehidupan...

Thursday, February 9, 2012

tentang-tentang

akhir kata usai sudah, ianya berpecah belah
penat bermadah jom berpaling tadah, menukar arah
bosan dengan kehidupan yang mengarah, meludah
berlari anak mencari cerah, jauh tinggalkan rumah
teman namanya indah, akalnya busuk bernanah
terguris pemikiran berdarah kekuningan merah
apa boleh buat rela dalam pasrah walau marah

banyak berbual mual, aku sombong
banyak kata terpalit, mereka sokong
hisap rokok sebatang minta pancung
minda pintar mereka ajak bertarung
asal kalah minta disambung, patung
dipijak lumat datang kawan mengusung
baru tahu aku gelaran si pitung!

ada yang bertanya kenapa dan mengapa
maaf, tiada jawapan sempurna untuk semua
biar apa yang ada aku simpan jadi rahsia
baru tiada yang terasa, tentang apa-apa
andai nanti satu hari bersua atau terjumpa
ingatkan aku siapa aku dulu sebenarnya
harap aku ingat asal usul dan tak lupa, tentang jasa

Wednesday, February 1, 2012

bernafas dalam lumpur

suka suka buat rasa suka
bila terkena luka buat-buat duka
mengerti perkataan tak kuasai bahasa
masih tergantung ayat-ayatnya buta
mula gerak geri langkah dibuka
mangsa tercarik umpan mengena
dibawa pulang ke singgahsana
dihadap buaya kenyang semuanya

permulaan cerita penuh suka dan angan
di akhirnya tiada lagi wujud persoalan
sebelum bermain fikirkan permainan
kalau bukan kuda jaguh buat persiapan
siap sedia dengan peta dan sarung tangan
baca bismillah mula dengan langkah kanan
jatuh tersadung bangun perlahan-lahan
kenapa masih berbaring di pembaringan?

pandangan manusia sememangnya tak sama
asal ada pro mesti ada kontranya
berlari berjalan tak usah bertanya
janji tiba ke destinasi kita empunya
disitu ambil semuanya, kita raja
kuasa dan takhta tunjuk kekuasaan
perihal yang remeh tidak dihiraukan
tangan bersilang tubuhnya berpelukan
masih qiam dengan suara bunyi-bunyian
tersedar mata hati bagai rasukan, setan!