akhir kata usai sudah, ianya berpecah belah
penat bermadah jom berpaling tadah, menukar arah
bosan dengan kehidupan yang mengarah, meludah
berlari anak mencari cerah, jauh tinggalkan rumah
teman namanya indah, akalnya busuk bernanah
terguris pemikiran berdarah kekuningan merah
apa boleh buat rela dalam pasrah walau marah
banyak berbual mual, aku sombong
banyak kata terpalit, mereka sokong
hisap rokok sebatang minta pancung
minda pintar mereka ajak bertarung
asal kalah minta disambung, patung
dipijak lumat datang kawan mengusung
baru tahu aku gelaran si pitung!
ada yang bertanya kenapa dan mengapa
maaf, tiada jawapan sempurna untuk semua
biar apa yang ada aku simpan jadi rahsia
baru tiada yang terasa, tentang apa-apa
andai nanti satu hari bersua atau terjumpa
ingatkan aku siapa aku dulu sebenarnya
harap aku ingat asal usul dan tak lupa, tentang jasa
11 comments:
baiklah...
simpanlah dulu..
sambil tuh belek2lah buku Tentang-Tentang.
tentang hidup:)
lumrah hidup
Pembunuh Tanpa Byanag :
putaran hidup...
^_^ ..hadapi dengan tenang..
kehidupan yg sukar untuk dimengerti....
aku lemah dlm bab begini..kali ini aku gagal utk memahami..
sori la bro.. aku malu nih !
..sebab itu kehidupan ini sebenarnya adalah ujian dalam membuat pilihan..
mahu marah? Mahu berdiam? mahu lari atau apa saja yang mahu kau pilih atau terpaksa kau pilih...
kalau maaf boleh buat kita lupa semua benda baguslah.
ingat tau...
jangan sesekali lupa!! :)
Post a Comment