Monday, April 21, 2014

mistikus cinta


aku berseorangan.dimeja kopi sebuah kedai makan.mengadap secawan teh yang suam.mengelamun memikirkan tentang kehidupan.lama aku menatap cawan itu.cantik pembuatannya.dengan ukiran yang halus dan warna yang mampu menawan hati setiap yang menatap.cawan tembikar.buatan tangan.ya aku kenal akan cawan itu.

hatiku memberontak dengan persoalan.akalku ditujah mahukan jawapan.tentang cawan.tiada ku kenal siapa pembuatnya tapi aku yakin ada yang membuatnya.aku balikkan cawan itu.dibawahnya tertera nama sang pembuat.karim.hati bertanya siapa karim.namun disitu sudah ku dapat sedikit jawapan walau tidak memuaskan benak.karim yang membuat cawan itu.

kemudian aku diasak lagi untuk memikirkan cara pembuatannya.tidak aku tahu secara terperinci kerana aku bukan dibidang itu.tetapi aku tahu asalnya dari tanah liat.bagiku tanah liat itu berupa tanah lumpur.yang berwarna coklat.tapi bagaimana ia diadun dan dibentuk menjadi cawan, tidak ku ketahui.mungkin aku dapat mengetahuinya melalui yang arif di bidang itu.

ku renung kembali sambil minda ligat berkerja.cawan itu, untuk apa ia dibuat? adakah untuk hiasan atau fungsi yang lain? aku merenung air teh dalam cawan itu.akalku menyatakan cawan itu bertugas untuk memegang air.dan kerana ianya tembikar, makanya ia berupaya menyejukkan air yang dikandung.itu aku pasti kerana aku pernah diajar dahulu.

aku tertunduk.melihat tangan diri.tiada ku kenal siapa yang menjadikan tapi aku tahu Dia yang menjadikan.Tuhan yang menciptakan alam dan segala isinya.yang nama-Nya Allah."Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur'an itu adalah benar".puas aku bertanya pada diri hati dan akal minda, siapa Allah, empunya segala apa yang diciptakan, namun hampa.seperti cawan tadi, aku yakin Allah yang menciptakan.aku memegang dada.

dan aku mula berfikir asal kejadian.dari pati tanah dan setitis mani.lalu menjadi seketul darah dan menjadi seketul daging.Dia mengadunkan mata tangan hidung telinga kaki dan otak.lalu ditiupkan roh untuk menghidupkan mata tangan hidung telinga kaki dan otak.“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih pada tempat penetapan yang kukuh".disitu aku berfikir.tanpa roh dari-Nya, berfungsikah segala apa yang diadunkan? aku tertunduk.

aku kembali berfikir.apa tujuan aku dijadikan.cukup sifat cukup rasa.adakah sekadar perhiasan dunia? atau bagaimana? sepi menguasai diri ketika itu."tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku".tapi apa yang aku buat dahulu? sekarang? adakah aku memenuhi kehendak-Nya? aku menahan sedu.

"Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari air benih? Dalam pada itu(setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya"

Sunday, April 20, 2014

asyik

ada sesuatu sedang aku fikirkan
andai kau berjubah juga berserban
mulutmu kumat kamit sambil berjalan
adakah mereka ingat kau memuji tuhan?

bagaimana pula jika kau kemiskinan
seluar lusuh baju berkeronyotan
rambut serabai, kumat kamit kau seorangan
apakah mereka ingat kau dalam kegilaan?

dan bayang pula kau dalam keramaian
masing-masing gelak tawa tepuk bertamparan
terkumat kamit kau seolah sendirian
apakah mereka ingat kau kera sumbingan?