Friday, October 28, 2011

before i forget

beri betis nak paha
dapat paha nak dada
mengada.

sekali bagi nak lagi
berkali bagi tak peduli
tuli.

buka mata dengarkan
pasang telinga fikirkan
guna minda renungkan
"harta orang bukan hak persendirian"

Tuesday, October 25, 2011

syurga idaman

angin lembut menampar muka
kicau burung menyanyi riang
dari benci terbitnya suka
dalam hati terbentang sayang

pangkin kayu tempat istirehat
sungai mengalir celahan batu
sudah terucap janji terikat
dalam lafaz dua menjadi satu

terbit fajar suasana nyaman
embun mengering katak teruja
jika sudah memang ketentuan
betul-lah kalau jodoh tak kemana

Saturday, October 22, 2011

antara sutra dan bulan

karim memberhentikan motosikalnya dengan kadar segera lantas menoleh ke belakang.dalam kepalanya bermain bermacam persoalan.karim menunggu.satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, sebelas, dua belas. "apa yang kau cari tue?" karim menyoal seakan berbisik.timah terkejut dan sedikit melompat.

"apa kau nie karim.buat aku terkejut je.eh bila kau sampai?" timah menyoal kembali.karim menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal."dari tadi aku tercegat kat sini pun kau tak perasan? kusyuk betul kau nie.kau cari apa?" karim membidas.timah diam sambil matanya melilau mencari sesuatu.lama sedikit timah menjawab dengan suara bergetar."aku cari kalung yang pakwe aku bagi.semalam aku jalan-jalan kat sini.balik je rumah baru perasan kalung tue dah takde.mungkin jatuh kat kawasan nie."

"alah mintak la dia belikan yang baru." karim memberi pendapat.dengan tak semena-mena, timah menangis.karim dah gelabah biawak.orang yang lalu lalang mula memberi perhatian pada mereka berdua."weh dah la tue.ramai orang tengok.malu weh" karim cuba meredakan tangisan timah."kau tak tahu karim.kalung tue ibarat cinta kami.aku jaga lebih dari nyawa aku.sekarang dah hilang.maknanya cinta kami mesti terputus.aku taknak..." timah melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya.karim menghidupkan enjin motornya kemudian terus berlalu meninggalkan timah.saat itu muka karim merah padam.

Monday, October 17, 2011

dalam aku ada hantu

budi menunjuk hati
bahasa merujuk bangsa
bila diri terasa tinggi
hilanglah timbangrasa

jika bahasa disusun rapi
terserlah budi dalam kata
tapi bila cakap menyombong diri
entah apa yang nak dinama

kalau mahu dihormati
hanya kerana umur tua
baik fikir berkali-kali
jika tiada budi bahasa

Friday, October 14, 2011

budi setahun segunung intan

berjalan mengadap matahari
tak sedar kaki terpijak duri
hilang sebak sedih di hati
tidur rindu mengulit mimpi

tunduk melihat luka cedera
tak tersedar hari sudah senja
bertanya bila tahan satu rasa
adakah sekejap atau selamanya?

unggas malam bermain gelap
terbit bulan pungguk merayu
usah dibiar pelita malap
rasa itu jangan dicabar selalu

Monday, October 10, 2011

pawana

pak abu membetulkan kopiahnya.rokok daun yang dikepit di celahan jari dihala ke bibir hitam.lalu disedut saki baki asap yang tinggal.dihembus dengan perlahan mengikut rentak angin petang.agak panas suasana di warung kopi milik pak jabit petang tue.boleh katakan semuanya bermuka serius kecuali abu hurairah yang sibuk melayan facebook dalam ipad2 yang dibeli di osama bundle.kejap-kejap tersengih.kejap-kejap tersenyum kambing.

"apa kabo orang kampong?!" husin seakan menjerit tatkala tiba dengan motor handle basikalnya.namun teguran husin disambut sepi oleh pak abu dan lain-lain.masing-masing menyepi.seolah semuanya sedang berkabung.husin tercengang seketika.dalam kepala otaknya tergantung bermacam persoalan.husin menongkat motor lalu mengambil tempat sebelah usop.tiba-tiba pak abu bersuara.

"kalau kome sume dah kabo ghupe itu, teman pun dah malas nak panjang-panjang cerita.belanjawan tahun 1988 kampung pisang nie, teman tarik balik.bior pak jabit dengan usop je yang buat.teman kan dah tua.teman patut rehat je kat rumah.tak gitu abu hurairah?".abu hurairah masih lagi seperti tadi.kejap-kejap tersengih.kejap-kejap tersenyum kambing sambil menekan-nekan ipad2nya.dalam hati husin "oh patut la.ramai yang tak puas hati dengan belanjawan kampung tahun depan ghupenye."

Saturday, October 8, 2011

kembali pulang

jika kau datang
dengan muka riang
menutur kata sayang
hati selamanya senang

andai kau datang
dengan muka garang
bersendikan kata dendam
hati langsung tak tenteram

luahkan apa yang terbuku
apa sebab kenapa begitu
jangan dilindung dengan nista
kelak ada yang akan merana

Thursday, October 6, 2011

heavy chains

dari kerana mata
dari kerana telinga
dari kerana lidah
segalanya punah

hanya kerana bicara
hanya kerana minda
hanya kerana perlakuan
semua tinggal kenangan

tak terbias rasa
tak terbias luka
tak terbias angkuh
sekarang, mengeluh

*abah aku cakap cinta itu ibarat campak batu dalam air.apakah maksud beliau?

Monday, October 3, 2011

pudarnya satu nama

hari nie aku pulang agak lewat.selalunya jam di thumb print pukul 7 aku terus angkat kaki.tapi hari nie aku macam malas nak balik awal.lebih kurang pukul 7.15 baru aku gerak balik.bertemankan tenggiling kesayangan, aku membelah angin senja.masih teringat tika 'awek' aku merajuk bila aku cakap tenggiling nie bini nombor dua dan dia bini ke tiga aku.mukanya merona dengan warna cemburu.tersenyum aku sendirian.

sesampainya di rumah, aku terperasan selipar perempuan.aku kuak pintu dan menjengah ke dalam rumah.macam yang aku agak, doli.pelik aku dengan budak sorang nie.kejap ada kejap hilang.macam biskut pulak.

doli: eh bro, baru balik ke?
aku: taklah.baru nak keluar.dah berapa lama kau sampai nie?
doli: baru je.ada bawak balik makanan tak?
aku: eh camne kau boleh masuk rumah aku nie?
doli: macam la tak tahu bro simpan kunci rumah kat mane.

aku tinggalkan doli dan terus masuk bilik nak salin pakaian.dalam kepala otak aku nie, macam-macam persoalan bergantungan. budak doli nie tak tahu atau buat-buat tak tahu.rumah yang dia suka hati datang lepak nie rumah bujang lelaki.dia tak takut ke? sedang aku memikirkan jawapan pada persoalan minda aku sambil menyalin pakaian rasmi orang bujang, doli masuk ke bilik aku dan terus landing atas katil aku.dicapainya komik buatan zint tanpa hiraukan aku.

aku: kau tahu tak jantina aku?
doli: tahu. dah ada ekor kat depan mesti la lelaki. lagipun doli panggil bro, bro kan.
aku: mane kau tahu aku ada ekor kat depan? kau penah tengok ke? (dalam hati)

aku capai rokok jenama helang merah lalu terus ke ruang tamu.takut lak aku duk berdua dengan budak bawah umur dalam bilik.baru dua tiga pam aku sedut helang merah, doli datang merapat.lenggok macam bini mithali gamaknya.aku ambik sedikit jarak.

doli: bro suka doli tak?
aku: suka je. kenapa?
doli: bagus la. tapi bro macam tak suke je doli lepak sini.
aku: aku tak kisah pun. aku dah anggap kau macam adik aku. tapi orang lain tak fikir camtue.
doli: peduli la apa orang nak cakap. yang penting kita tahu apa kita buat.
aku: sekarang nie dah akhir zaman. fitnah ada kat mana-mana.
doli: ah pape je la.

tetiba doli bangun terus menuju ke pintu.aku kaget sejenak.sekali dia menoleh ke arah aku sambil membuat muka tak puas hati.aku senyum nipis sambil berpesan, "pintu tue dah nak roboh. tolong tutup perlahan-la..." BAMM!! belum sempat aku menghabiskan ayat, doli bertindak lebih awal.doli doli.tiap kali kau lepak rumah aku, mestikah kau period?.haishh