angin lembut menampar muka
kicau burung menyanyi riang
dari benci terbitnya suka
dalam hati terbentang sayang
pangkin kayu tempat istirehat
sungai mengalir celahan batu
sudah terucap janji terikat
dalam lafaz dua menjadi satu
terbit fajar suasana nyaman
embun mengering katak teruja
jika sudah memang ketentuan
betul-lah kalau jodoh tak kemana
10 comments:
ini puisi manyak hepi lor.
:)
dill.
er...er...nak kawen ke??puisi di awang-awangan nih!!
gambo profile ganas tahap dewa.. bila berpantun indah sekali...
sungguh benar bagai dikata..
mungkin PM udoh nok berbini..
kihkihkih..err..rokok sebatang !
kalau hodoh tu dah tak ke mana, sila cari jodoh itu yang tak ke mana itu...
klu jodoh tak kemana... hurmmm
jodoh itu misteri kan...sentiasa berdoa...;-)
thanks weh. aku terharu dengan pantun yang kau bagi untuk aku nih.
*tetibe*
haha!
betul la tu.
kalau sudah ajal pun
tak kemana
aduh,
maaf aku agak merapu
aik. aku rasa aku ada komen hari tu. tak ada pulak
salam ,
gua ada benda nak bincang dengan lu , ada satu projek yang diberi nama PROJEK KITA yang mahukan lu turut serta sekali . projek tu menggabungkan 5 penulis . dan 4 telah setuju .
1) coretpujangga.blogspot.com ( Redhzuan Indera )
2) eyaazmi.blogspot.com ( Eya Azmi )
3) monologbising.blogspot.com (Marzuki Mahadi )
4) nadiamohaniz.blogspot.com (Nadia Mohaniz )
jadi , PROJEK KITA ini mahukan lu turut join sekali . harap lu boleh contact gua dekat fb .
inderaredhzuan@yahoo.com
salam .
Post a Comment