Monday, October 3, 2011

pudarnya satu nama

hari nie aku pulang agak lewat.selalunya jam di thumb print pukul 7 aku terus angkat kaki.tapi hari nie aku macam malas nak balik awal.lebih kurang pukul 7.15 baru aku gerak balik.bertemankan tenggiling kesayangan, aku membelah angin senja.masih teringat tika 'awek' aku merajuk bila aku cakap tenggiling nie bini nombor dua dan dia bini ke tiga aku.mukanya merona dengan warna cemburu.tersenyum aku sendirian.

sesampainya di rumah, aku terperasan selipar perempuan.aku kuak pintu dan menjengah ke dalam rumah.macam yang aku agak, doli.pelik aku dengan budak sorang nie.kejap ada kejap hilang.macam biskut pulak.

doli: eh bro, baru balik ke?
aku: taklah.baru nak keluar.dah berapa lama kau sampai nie?
doli: baru je.ada bawak balik makanan tak?
aku: eh camne kau boleh masuk rumah aku nie?
doli: macam la tak tahu bro simpan kunci rumah kat mane.

aku tinggalkan doli dan terus masuk bilik nak salin pakaian.dalam kepala otak aku nie, macam-macam persoalan bergantungan. budak doli nie tak tahu atau buat-buat tak tahu.rumah yang dia suka hati datang lepak nie rumah bujang lelaki.dia tak takut ke? sedang aku memikirkan jawapan pada persoalan minda aku sambil menyalin pakaian rasmi orang bujang, doli masuk ke bilik aku dan terus landing atas katil aku.dicapainya komik buatan zint tanpa hiraukan aku.

aku: kau tahu tak jantina aku?
doli: tahu. dah ada ekor kat depan mesti la lelaki. lagipun doli panggil bro, bro kan.
aku: mane kau tahu aku ada ekor kat depan? kau penah tengok ke? (dalam hati)

aku capai rokok jenama helang merah lalu terus ke ruang tamu.takut lak aku duk berdua dengan budak bawah umur dalam bilik.baru dua tiga pam aku sedut helang merah, doli datang merapat.lenggok macam bini mithali gamaknya.aku ambik sedikit jarak.

doli: bro suka doli tak?
aku: suka je. kenapa?
doli: bagus la. tapi bro macam tak suke je doli lepak sini.
aku: aku tak kisah pun. aku dah anggap kau macam adik aku. tapi orang lain tak fikir camtue.
doli: peduli la apa orang nak cakap. yang penting kita tahu apa kita buat.
aku: sekarang nie dah akhir zaman. fitnah ada kat mana-mana.
doli: ah pape je la.

tetiba doli bangun terus menuju ke pintu.aku kaget sejenak.sekali dia menoleh ke arah aku sambil membuat muka tak puas hati.aku senyum nipis sambil berpesan, "pintu tue dah nak roboh. tolong tutup perlahan-la..." BAMM!! belum sempat aku menghabiskan ayat, doli bertindak lebih awal.doli doli.tiap kali kau lepak rumah aku, mestikah kau period?.haishh

21 comments:

dill said...

awak, saye tak tau nak komen ape. saye gelak je lah ye.

dill.

penjajah minda said...

dill: hehe gelak pun boleh

Nurarnida Sabrina said...

cerita kau ? cerita minda kau? cerita org?

Nadia said...

fitnah akhir zaman adalah ancaman :D

penjajah minda said...

nurarnida: cerita rekaan yang ada kena mengena dengan realiti..hehe tapi banyak yang fantasi..

nadia: true!

HEROICzero said...

cara dia , mengingatkan aku pada seseorang . =)

lieynanilaz said...

kelakar entry ni..tapi yg bro kata tu betul..dunia dah akhir zaman..fitnah ada kat mana-mana..:)

penjajah minda said...

heroic: terkenang masa lampau lewtue hehe

lieyna: kat mane yang kelakarnye tue? hehe

monologtinism said...

memang macam tu la. er

ILA HonEyBuNNy said...

diam itu lebih baik kan....hehe..;)

penjajah minda said...

monolog: err apa macam tue? hehe

cik bunny: diam juga takkan ubah apa2..=)

Ifa Olsen said...

hehe hai doli. kerap PMS ye?

penjajah minda said...

ifa: entah la.tanya dengan doli sendiri.hehe

intan.maisarah said...

cakap kat doli
kalau nak datang
bgtau dulu

penjajah minda said...

sara: doli budak degil.tak paham bahasa hehe

ORLANDO AHMAD said...

doli, meh kat abang meh

delarocha said...

ahaksss...

ghost writer said...

sayang seribu kali sayang...

penjajah minda said...

orlando: doli cakap taknak.haha

de3larocha: hehe

ghost: apa yang seribu sayang tue?

a.samad jaafar said...

bahaya tu bro..nati lu kene sebat woo..eer.. boleh kongsi???? hahahaha...

lu tak update..kene la gua terjah n3 lu yg lama..

penjajah minda said...

samad: haha tak boleh share!