Saturday, October 22, 2011

antara sutra dan bulan

karim memberhentikan motosikalnya dengan kadar segera lantas menoleh ke belakang.dalam kepalanya bermain bermacam persoalan.karim menunggu.satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, sebelas, dua belas. "apa yang kau cari tue?" karim menyoal seakan berbisik.timah terkejut dan sedikit melompat.

"apa kau nie karim.buat aku terkejut je.eh bila kau sampai?" timah menyoal kembali.karim menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal."dari tadi aku tercegat kat sini pun kau tak perasan? kusyuk betul kau nie.kau cari apa?" karim membidas.timah diam sambil matanya melilau mencari sesuatu.lama sedikit timah menjawab dengan suara bergetar."aku cari kalung yang pakwe aku bagi.semalam aku jalan-jalan kat sini.balik je rumah baru perasan kalung tue dah takde.mungkin jatuh kat kawasan nie."

"alah mintak la dia belikan yang baru." karim memberi pendapat.dengan tak semena-mena, timah menangis.karim dah gelabah biawak.orang yang lalu lalang mula memberi perhatian pada mereka berdua."weh dah la tue.ramai orang tengok.malu weh" karim cuba meredakan tangisan timah."kau tak tahu karim.kalung tue ibarat cinta kami.aku jaga lebih dari nyawa aku.sekarang dah hilang.maknanya cinta kami mesti terputus.aku taknak..." timah melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya.karim menghidupkan enjin motornya kemudian terus berlalu meninggalkan timah.saat itu muka karim merah padam.

13 comments:

monologtinism said...

eh ni macam kelaka.
kenapa muka en karim merah padam
marah ke malu

Pondok Usang said...

bak selembut bak sehalus sutera disiram angin terasa...

Monster Globalisasi said...

kiranya dia mencari cintanya yang hilang lah..

dill said...

kutip. cari.

mungkin jumpa. tapi tak tahu bila.

dill.

Wadi AR said...

hulamakk karim gune blusher la

Tukang Karut said...

errr... tiga kali aku baca... tapi masih tak faham... hoho...

lieynanilaz said...

er...er...aku pun x paham...

si para para said...

jaga lebih dari nyawa...
maknanya...

Dreamer said...

moral of the story..?? sumpah blurr... @_@

Nadia said...

karim marah lah

penjajah minda said...

monolog: karim bengang ngan timah yang bangang

pondok: ahaa memang tepat lagu tue

monster: tak.dia cari kalung.hehe

dill: semacam je bunyinya.hehe

wadi: hahaha sedap tekak je.marah karim nanti

penjajah minda said...

tk: hehe manusia yang membiarkan benda tentukan sesuatu.

lieyna: hehe aku malas la nak terangkan.boleh tak camtue?

si para2: terlampau sayang kot

dreamer: moral of the story? aku pun tak tahu.hehe

nadia: kau jugak yang dapat tangkap.nah twisties perisa jagung.

a.samad jaafar said...

aku rasa karim saje tak nak tolong timah carik kalung tu.. nanti dia datang balik, cari kalung tu..pastu jumpa..jual..boleh beli rokok danhil..betui tak bro..