Tuesday, June 26, 2012

dari tuhan


tersentak dari menungan panjang
bersadur rasa yang tak terbayang
segaris senyuman minta dilayang
terpujuk hati resah segera terbuang
melantun azam yang tak pernah hilang

manusia didatangkan bersama masalah
harus di ingat ini cubaan dari Allah
walau sehebat mana dilanda musibah
ketenangan menanti yang cekal dan tabah
putus asa cuma untuk yang lemah
jangan berhenti mencuba dan berserah
sebalik tiap kejadian terselit hikmah

jika apa terhajati tak menjadi
andai cubaan gagal berkali-kali
setiap lecongan jalan penuh duri
berpatah balik pula menyiksa diri
jangan baring jangan kaku berdiri
ambil kata malique dalam cuba lagi
tukar niat baca bismillah mesti jadi
walau ada yang cemburu sakit hati
terus mencuba dan menyerah pada ilahi

jika masih lagi gagal dalam mencuba
usah gusar usah gundah gulana
mungkin ini petunjuk yang maha Esa
kita tak mampu menampung apa diusaha
mungkin kita berjaya di lain masa
persoalannya cuma bila dan dimana
sabar menanti ketentuanNya...
...dan jangan berhenti, terus mencuba

*pandai nasihat tak pandai buat

Thursday, June 21, 2012

balada pemuzik jalanan


sinar pagi mentari terang
angin menghembus suasana tenang
burung-burung bersiul riang
aku bangun mengeliat senang
ibu sediakan sarapan, kenyang!

indah sungguh dunia ini, nikmatnya
menyuap sarapan sambil melihat berita
kelmarin bergaduh kerana kuasa, harta
hari ini berjabat tangan berpeluk mesra
tiada kata pengkianat atau penderhaka
tiada langsung wujud dalam kamus, tiada

muka surat seterusnya, baju seragam
segak bergaya tangan menggengam
membantu yang susah melayan segala ragam
senyum di bibir tak pernah lekang
wang dihulur tangannya menghalang
selagi kotor belum bersih, perang tetap perang

selak muka seterusnya, rasa gembira
bola sepak didominasi negara tercinta
tua muda bersorak gembira tak terkata
gawang dibolos bergegar searena
kembang dada suka, sangat-sangat bangga
piala dijulang, seantero dunia kita juara!

sebenarnya cuma cerita reka mereka
dunia yang ada sudah mati nadinya
mana mungkin ini terjadi di malaysia
kerana kita lebih suka dengan suka-suka
mudah alpa dengan 'dah terhantuk baru terngadah'

Thursday, June 14, 2012

ku membisu

petang tue agak redup.aku mengagak sekejap lagi mesti awan akan memuntahkan isi yang berupa cairan ke dada bumi.aku mempercepatkan langkah menuju ke tenggiling putih kesayangan aku.sewaktu mahu melintas ke seberang jalan dimana aku tinggalkan tenggiling putih, aku terdengar suara memanggil.sekilas aku menoleh.gadis yang berada di salah satu meja makan starduck itu melambai ke arah aku.sambil membuat muka hairan bin ajaib, aku menunjukkan jari telunjuk ke arah badan sendiri untuk memastikan orang yang dilambai gadis tersebut adalah aku.gadis tue mengangguk lalu aku lambat-lambat berjalan ke arahnya.

hampir saja aku ke arah gadis tersebut, aku kaget."doli? lain benar gayanya.macam mana aku boleh tak perasan?" sempat lagi aku bermonolog.ada seorang gadis turut bersama dengan doli yang aku kira sebaya dengannya.gadis tue memakai seluar jeans dan berbaju t warna kelabu dengan handbag/bag seperti budak-budak basikal kaler maler.manakala doli pula mengenakan baju kebaya moden berwarna biru laut tanpa hijab.sungguh doli terlihat seperti bidadari yang sering muncul dalam mimpi aku.

tatkala aku sampai pada mereka, doli bangun lantas menghulurkan tangan untuk bersalam.aku menyambut lambat-lambat.saat tangan doli dalam genggaman aku, doli merendahkan kepala lantas meletakkan dahi di antara tangan dia dan tangan aku.layaknya bagai seorang adik bertemu abang.gadis disebelah doli pula pantas bangun lalu menyambar tangan aku dan meniru perlakuan doli sebentar tadi.tak semena-mena dada aku kembang kucup.terharu? bangga? heh jangan cakap la.

doli memperkenalkan aku pada gadis disebelahnya.namanya lily.aku cuma tersenyum sambil mempersilakan mereka duduk.aku berganjak sedikit ke belakang untuk mengambil kerusi kosong di meja belakang.setelah memastikan tiada empunya, baru aku menarik kearah meja doli dan lily.aku terdengar doli berbisik pada lily "nie la bro xxex aku aku selalu cerita tue." lily kelihatan hanya mengangguk lemah.aku jadi curiga dengan perlakuan doli.takpa lah.balik nanti aku tanya sendiri dengan doli.

bersambung....

Wednesday, June 6, 2012

begitu indah

kenangan rasa yang tercipta
walau sedetik cuma
walau serba sederhana
walau dalam maksud sebenarnya
tidak terasa oleh mereka
mungkin kerana tidak suka
atau sengaja pura-pura lupa
mampukah kita menahan?
bila terjentik saraf pemikiran
kita dan mereka berpasangan
tetapi hati jiwa tidak sehaluan
bisakah meneruskan perjalanan?

dihiris rasa ngilu
dipotong rasa pilu
dibuang rasa sayang
disimpan rasa bimbang


mahu tak mahu, ke depan itu perlu
meskipun tak tahu kemana hala tuju
angan tersimpan dalam saku, beku
buat kenang kenangan bila berlalu
ketika itu baru tahu lalu terharu
setiap butir bicara tingkah laku
buatkan kita rindu
pada satu...pada sesuatu...