Tuesday, June 26, 2012

dari tuhan


tersentak dari menungan panjang
bersadur rasa yang tak terbayang
segaris senyuman minta dilayang
terpujuk hati resah segera terbuang
melantun azam yang tak pernah hilang

manusia didatangkan bersama masalah
harus di ingat ini cubaan dari Allah
walau sehebat mana dilanda musibah
ketenangan menanti yang cekal dan tabah
putus asa cuma untuk yang lemah
jangan berhenti mencuba dan berserah
sebalik tiap kejadian terselit hikmah

jika apa terhajati tak menjadi
andai cubaan gagal berkali-kali
setiap lecongan jalan penuh duri
berpatah balik pula menyiksa diri
jangan baring jangan kaku berdiri
ambil kata malique dalam cuba lagi
tukar niat baca bismillah mesti jadi
walau ada yang cemburu sakit hati
terus mencuba dan menyerah pada ilahi

jika masih lagi gagal dalam mencuba
usah gusar usah gundah gulana
mungkin ini petunjuk yang maha Esa
kita tak mampu menampung apa diusaha
mungkin kita berjaya di lain masa
persoalannya cuma bila dan dimana
sabar menanti ketentuanNya...
...dan jangan berhenti, terus mencuba

*pandai nasihat tak pandai buat

9 comments:

miza kimbum said...

ya ya lumrahnya memang mudah menasihati diri,tapi amat sukar untuk menggerakkannya,memang perit rasanya bila saat sukar itu tiba,

Tukang Karut said...

lagi satu... terima takdirnya...

Asrul "iLham" Sany said...

setiap masalah ada penyelesaiannya kannn...

delarocha said...

terussss cuba

eyqa amin said...

terima sgalanya dg berlapang dada. dandandan,,,jgn pernah bputus asa...:) trust urself.

ghost writer said...

dalam masa menanti untuk menemui jawapan pada persoalan itulah yang membuatkan kita give up!

3no gr33ny said...

sekurangnya dalam menasihati..diri turut mendapat tempias =)

pisau belati said...

Pembunuh Tanpa Bayang :


saling ingat mengingati.

si kiut lavender said...

itulah yang dikatakan kehidupan

cuba gagal cuba dan gagal lagi
tapi pasti ada kemanisannya nanti....:)