Monday, July 2, 2012

join me in death

"bro buat apa kat sini? selalu cuti lepak rumah je." doli membuka perbualan.aku cuma tersenyum sambil mengangkat bungkusan plastik tertera nama popular.dengan muka yang sedikit kehairanan doli menyambar bungkusan plastik lalu menilik isi di dalam."eh sejak bila bro layan novel cintan cintun nie?" lily cuma memerhati dengan muka tak ambil pusing."kau nie jangan serkap jarang boleh tak? tengok dulu sinopsis kat belakang tue." lantas doli cepat-cepat memusingkan buku tersebut sambil mulutnya kumat kamit membaca perkataan yang tertulis sambil aku mengeluarkan kotak helang merah dari beg silang.

"ooo bro suka baca novel ganas-ganas ea." doli bersuara setelah menamatkan pembacaannya."baru-baru nie je minat tue datang." aku membalas sambil menyedut asap dari batang helang merah.lily seakan dalam alamnya sendiri.merenung lantai sambil bermain-main dengan rambut."kenapa lily? macam orang putus cinta je." aku cuma membuka perbualan dengan lily.tak semena-mena, riak wajah lily berubah.seperti menahan empangan airmata kesedihan dari pecah.aku menoleh ke arah doli.dia mengisyaratkan supaya aku mengunci mulut.dalaman aku rasa bersalah dengan situasi yang aku wujudkan.

beberapa minit kemudian, setelah lily agak tenang, doli membuka cerita yang tersirat.katanya lily baru ditinggalkan kekasih yang agak jauh beza umurnya.aku sekadar mendengar dengan teliti.memang seperti yang dijangka.cuma aku agak tersentak bila doli menyatakan sewaktu hangat bercinta dahulu lily telah menyerahkan mahkotanya pada sang kekasih."manusia nie mudah suka.tapi lagi mudah lupa." aku bersuara setelah agak lama kami mendiam."nak diundur masa, bukan kuasa kita.nak ditangis sampai keluar airmata darah sekalipun tak guna.cuma yang boleh dibuat, berjaga-jaga di hari muka.aku nak cakap lebih-lebih pun aku bukannya baik sangat." aku diam sejenak mengingatkan sesuatu sambil menelan liur.

"abah aku pernah cakap, cinta tue ibarat mencampak batu ke dalam air.letakkan diri kau sebagai batu, air sebagai suasana/situasi dan kedalaman air sebagai pengukur rasa cinta.kau lontarkan diri kau dalam suasana cinta kemudian dengan rasa cinta itu kau makin jauh tenggelam menghampiri dasar air.makin kau cinta makin kau menghampiri dasar.bila kau tersedar cinta yang kau kejar itu palsu, mampukah kau kembali ke atas untuk bernafas?" doli mengerutkan dahi.lily pula hanya tunduk memandang lantai."jadilah sesuatu yang kurang tumpat dari air tapi tidak pula terapung seperti sabut.memang susah tetapi ironinya begitu." aku menghabiskan kata.kala itu fikiran aku menerjah lipatan noda sendiri sambil pandangan aku buang keluar kedai memerhati rintik-rintik hujan menimpa dada bumi.

14 comments:

Tukang Karut said...

berfikir......... tink... blank...

dill said...

cinta itu indah. tapi manusia cemari dengan nafsu menggila.

menghapuskan cinta.

dill.

O CIKTEDDY said...

terfikir perenggan last tu..beto gak..ah sambung fikir balek -_-

Asrul "iLham" Sany said...

kompleks agaknya cinta walaupun sebenarnya manusia yg gila :D

Fatimah Ali said...

apa tajuk novel ganas yg hg baca tu?

delarocha said...

pening doli nak pikir maksud tersirat apa yg abah ko cakap tu

miza kimbum said...

bila nafsu menguasai diri .......

ILA HonEyBuNNy said...

ok..tengah bayang campuk batu dalam air neh...hehe :)

Faaizz d. Zul said...

hurmm, deep.

mau berkerut dahi anak-anak kalau bapanya seorang filsuf. a a aa

reenapple said...

cinta tu kadang3 sakit kadang2 tak.. entah. Persepsi setiap orang berbeza.. tapi akus etuju dgan kata2 abah kau.. 100% setuju!!!

ishiko said...

ironinya mmg begitu

Nurulee said...

Kalau bercinta tu pikir2 lah jugak, tak payah jadi bodoh sbb cinta =D Hehe, peace.

Camy Alya said...

anehnya cintaa

si kiut lavender said...

apa yg abah kau cakap tu aku tak faham...-_-