Sunday, July 8, 2012

kembara di tanah gersang

pagi
terbitnya matahari
dengan sejuk tak terperi
membangunkan sekalian isi
atas bawah kiri kanan bumi
untuk memulakan hari
samada ketua atau kuli
masing-masing punya persepsi
gaya dan cara tersendiri
barokah tidak bererti
walau ada yang ambil peduli
bilangannya kecil sekali

tengah hari
cahaya panas mentari
peluh menempek di dahi
terkejar ke sana sini
untuk urusan peribadi
atau urusan kroni
berpusu-pusu memenuhi
lorong dan jalan diselusuri
ramai terlupa akan urusan hakiki

petang
mentari kurang menggarang
condong ke barat bayang-bayang
ada yang beransur pulang
ada yang masih berperang
memerah keringat membuahkan wang
demi keperluan yang tersayang
teralpa dengan suasana sekarang
sedangkan hidup tidak panjang

senja
memuntahkan cahaya
gemerlapan warna jingga
unggas memenuhi angkasa
pulang menemui keluarga
masih berpeleseran sini sana
sakan bergelak ketawa suka
musuh mendakap angguk kepala
tertunai sudah janji berkota

malam
matahari kelam
namun tidak hitam
beraksi aksinya seram
meniti lerengan curam
datang berpusu-pusu menikam
lemah kuat semua diterkam
berbaki sedikit yang muram
mengenang esok mulut tergamam
menggeletar tangan membaca kalam
menitis tangis matanya sebam

*di simpang berbuai persoalan

7 comments:

O CIKTEDDY said...

sesudah selesai sehari baru nak menadah pd Ilahi..ok latu drpd lgsung x sedar diri..

miza kimbum said...

moga sentiasa beringat,

ghost writer said...

pada masa-masa itu juga kita tak pernah berhenti makan.

Tukang Karut said...

esok? tak adakah?

the malay male said...

cerita satu hari

si kiut lavender said...

awesomelah..

penuh penceritaan tentang kehidupan dlam satu hari

Teenager Housemaid said...

suka puisi ini.
komplit utk satu hari.