Thursday, June 21, 2012
balada pemuzik jalanan
sinar pagi mentari terang
angin menghembus suasana tenang
burung-burung bersiul riang
aku bangun mengeliat senang
ibu sediakan sarapan, kenyang!
indah sungguh dunia ini, nikmatnya
menyuap sarapan sambil melihat berita
kelmarin bergaduh kerana kuasa, harta
hari ini berjabat tangan berpeluk mesra
tiada kata pengkianat atau penderhaka
tiada langsung wujud dalam kamus, tiada
muka surat seterusnya, baju seragam
segak bergaya tangan menggengam
membantu yang susah melayan segala ragam
senyum di bibir tak pernah lekang
wang dihulur tangannya menghalang
selagi kotor belum bersih, perang tetap perang
selak muka seterusnya, rasa gembira
bola sepak didominasi negara tercinta
tua muda bersorak gembira tak terkata
gawang dibolos bergegar searena
kembang dada suka, sangat-sangat bangga
piala dijulang, seantero dunia kita juara!
sebenarnya cuma cerita reka mereka
dunia yang ada sudah mati nadinya
mana mungkin ini terjadi di malaysia
kerana kita lebih suka dengan suka-suka
mudah alpa dengan 'dah terhantuk baru terngadah'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
ya,setuju,begitulah yang berlaku kini,semakin alpa dan leka,
malas nak terhantuk dah...
ni guna tajuk lagu sape yek??
*indahnya duduk dengan mak.. (",)
baca suratkhabar ke ni?
kenapa perlukan lebih dari Google Translate?
sebab grammar saya nazi kot!? haha. =p
itu bukan setakat kebiasaan tapi rutin kesukaan.
agak mustahil utk di Malaysia
dah terhantuk banyak kali sampai tercedera teruk pun masih tak sedar2 lagi
Post a Comment