suka suka buat rasa suka
bila terkena luka buat-buat duka
mengerti perkataan tak kuasai bahasa
masih tergantung ayat-ayatnya buta
mula gerak geri langkah dibuka
mangsa tercarik umpan mengena
dibawa pulang ke singgahsana
dihadap buaya kenyang semuanya
permulaan cerita penuh suka dan angan
di akhirnya tiada lagi wujud persoalan
sebelum bermain fikirkan permainan
kalau bukan kuda jaguh buat persiapan
siap sedia dengan peta dan sarung tangan
baca bismillah mula dengan langkah kanan
jatuh tersadung bangun perlahan-lahan
kenapa masih berbaring di pembaringan?
pandangan manusia sememangnya tak sama
asal ada pro mesti ada kontranya
berlari berjalan tak usah bertanya
janji tiba ke destinasi kita empunya
disitu ambil semuanya, kita raja
kuasa dan takhta tunjuk kekuasaan
perihal yang remeh tidak dihiraukan
tangan bersilang tubuhnya berpelukan
masih qiam dengan suara bunyi-bunyian
tersedar mata hati bagai rasukan, setan!
9 comments:
bila kuasa bermaharajalela..bagai dilupa usulnya dimana
lu sekadar pipit jer beb...yg kuasa tu semua helang..cengkaman yg maut..lu makan sisa helang jer..yg kuasa masuk habis habisan..lu kalo masuk pun hanya sekadar hasyafah...
sastera.
bila lidah mula berpujangga... minda kusut mentafsir makna.
hanyut
semua salah setan...
Allah kurniakan kita bukan setakat otak, tetapi 'aql utk kita gunakan.
tetapi kite sering alpha.
p/s: ape dill merepek ni, awak?
dill.
berada dalam persaingan,fikirkan kemenangan.
biar pedih kasih memanjang...
sentimental lu bro. hoho
Post a Comment