Thursday, March 21, 2013

malam pesta

goyang kiri gelek kanan
terangguk-angguk kepala
bertegur sapa bagai kenalan
dengan pakaian menjolok mata

mata terpejam jari cucuk langit
bergesel badan keringat melekat
pandangan bersentuh dia mengenyit
aku senyum lalu kening terangkat

sedikit pendapat peribadi
mereka-mereka ini
umpama parasit atau daki
walau dibunuh pasti tumbuh lagi

mereka sememangnya tak mengerti
sini gig bukan kelab joli

6 comments:

ghost writer said...

jolok bintang ni memang tak kenal orang tepi-tepi, digasak semuanya. tersentuh, terpegang, teraba tuh biasa lah. ni bukan parasit, tapi meteor bro, dilihat jauh mmg menaksubkan, dilihat dekat sangatlah dahsyat.

parasit paling tepat pun iya.

the malay male said...

benda sedap

Hazmin said...

Haha.. Orang nak layan lagi, dia ingat tempat nak joget2 agaknya.

blog-tips-kurus said...

pastinya sesak pengudaraan di situ..

reenapple said...

Untung la pandai joget,... erk. Mohon tak keluarkan angin masa joget tu. Ehhh.

maitimie said...

hahahah!!