Monday, August 15, 2011

teguh

sejarah mengajar kita
menjadi lebih dewasa

bintang terang bintang kejora
tangan tak terdaya menggapainya
begitu juga dengan bulan purnama
yang ku mampu hanya setia

mutiara sakti tujuh lautan
mana mungkin bisa ditawan
aku bukan hartawan mahu rupawan
tapi ku punya setitis keikhlasan

terbang megah si raja helang
gugur sehelai bulunya perang
tidak ku janjikan segala barang
yang ku genggam selamanya sayang

12 comments:

dill said...

cinta ikhlas pengutuh kasih sayang.

semoga awak bahagia sentiasa :)

dill.

Cik Cekodok said...

ehem.

kau berchenta ke?

monologtinism said...

setia
keikhlasan
sayang

semoga kekalnya hingga keSana

HEROICzero said...

terbang megah si raja helang
gugur sehelai bulunya perang
tidak ku janjikan segala barang
yang ku genggam selamanya sayang .

*senyum*

Nurarnida Sabrina said...

bintang terang bintang kejora
tangan tak terdaya menggapainya
begitu juga dengan bulan purnama
yang ku mampu hanya setia

Ayat manis2 gini boleh pakai lg ek bang?

Nadia said...

alah, ni yg syahdu ni :(

penjajah minda said...

dill: tanx cikgu. =)

cekodok: agak2 kau?

monolog: aminn.tanx =)

heroic: *senyum jugak*

penjajah minda said...

nurarnida: ikut pada rasa masing2. aku suka cara lama =)

nadia: jom layan mahligai syahdu

intan.maisarah said...

sejarah
mematang diri
mengajar agar lebih berhti hati




(kenapa aku tak perasan kamu dah update?

penjajah minda said...

sara: sebab kau busy =)

~Kenanga Suchi~ said...

ikhlas itu mahu digenggam kuat selalunya.

penjajah minda said...

kenanga: benar..benar..