dalam menapak mencari kehidupan
terleka sejenak melihat keindahan
hinggakan terlupa tujuan sebenar
dalam gelap meraba sinar
jika aku punya sesaat
izinkan aku beribadat
menjalankan kewajipan
yang telah lama aku tinggalkan
jika aku punya seminit
mahu aku mendaki bukit
berkhalwat dalam gua
seperti rasul mu jua
jika aku punya sehari
mahu aku menyanyi
irama tentang kebesaran
yang sering aku abaikan
jika..jika..jika..
tuhan
berikan aku kesempatan
membawa kaki ke jalan kebenaran
mencari sinar kemaafan
menjunjung erti keikhlasan
mendakap cahaya keinsafan
mengecap nikmat keimanan
bukan sekadar kemewahan
tidak semua tentang kesenangan
yang ku mahu hanya kerahmatan
agar hidupku dalam keberkatan
18 comments:
dan memohon agar Tuhan
mendengar luahan
isi hati :)
semua manusia hanya tahu minta JIKA.
termasuk aku.
sama sama lah menambah amal untukNya.
jalan kebenaran terbentang luas. terpulang kpd kita bagaiman mahu merentangi.
alam milik Tuhan.
dill.
kesempatan sentiasa di beri. dah tertutup kesempatan itu apabila kau dah dijemput menemuiNya
berikan kami kesempatan
berikan kami kekuatan
Tuhan, aku mohon
keredhaan
ak memohon keredhaanMU ..
jom berdoa?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html
mohon padamu tuhan.
dekatkan aku padaMu, sedang kau sentiasa dekat padaku..
sara: dah lama aku doa.tapi rasa2nya dah terlepas
cekodok: tambah amal ea bukan tambah lauk sotong besar tapak tangan hehe
dill: cikgu nie selalu benar.
nurarnida: moga2 sempat untuk kita semua.
monolog: aminn.
L: aku pun
macy: kita yang menjauh kan?
dan sekarang kita ada masa kan .
=)
heroic: =)
jangan pernah putus asa meminta tau.
sara: never say never hehe
niceeee one. beautifully written.
but penjajah minda, mungkin ada hati yang tersakiti oleh kita. jadi layaknya untuk memohon maaf kepada tuhan, harus terlebih dahulu memohon maaf pada tuan empunya badan yang disakiti. kerana redha tuhan juga terletak pada redha orng di sekeliling kita.
habluminallah
habliminannas
insyaAllah.
#i'velearnedthelesson.
#bercakapberdasarkansecebispengalaman
bebel: kau benar.secebis pengalaman tue yang buat kita kuat dan tak alpa dengan dugaanNya
insyaAllah,
semoga kau berada dalam rahmatNya.
selamat mengejar keberkatan ramadhan.
=)
kita mohon dengan kuat hati.
Tuhan pasti beri bukan.
Tuhan sayang kita.
yakin.
bebel: moga-moga.terima kasih
kenanga: tuhan memang sayang kita.kita je belum tentu sayang tuhan.=)
Post a Comment