ramai yang berlumba-lumba
makanan apa nak di beli
bazar mana nak di pergi
sepuluh malam yang pertama
masjid surau penuh dengan manusia
mahu rebut peluang beribadah katanya
tak lupa juga merasa moreh jiran tetangga
sepuluh hari yang kedua
semua makin malas nampaknya
kedai tengah hari buta lagi dah buka
geng helmet tak putus membuat order
sepuluh malam yang kedua
berpusu-pusu mencari baju raya
tengok warna sampai rambang mata
walhal belum tentu penuh puasa
sepuluh hari yang ketiga
rumah dah siap terpasang pelita
sibuk pasang langsir, alas meja yang baru beli
yang anak-anak main mercun putus jari
sepuluh malam yang ketiga
ramai yang rasa teruja nak raya
banyak jugak promosi kereta besar
tapi zakat ramai yang lupa nak bayar
"tapi aku musafir hari raya
duduk office buat kerja
walau baju raya dah tersedia
semangat tue langsung tak ada
wajah mak abah kakak dalam kepala
almaklum la 1st time beraya jauh dari mereka"
Selamat Hari Raya Aidilfitri
&
Selamat Hari Kemerdekaan ke-54
&
Selamat Hari Kemerdekaan ke-54
*ampun maaf di pinta jika ada yang terkasar bahasa.
21 comments:
Salam Aidilfitri, awak. sabar banyak2 ye
p/s: nnt poskan saye duet raya
dill.
dill: haha pejabat pos cuti awal.kad raya pun dah terkandas. selamat hari raya cikgu dill.jangan main mercun tau
kesiannya pakcik ni, beraya kat ofis.
Psttt , kalau tk ada akaun cinabank . Post kt alamat pun boleh. By hand pun boleh.
Hihihihih
kesian gila kau weyhhh beraya dalam ofis. ko anggap lah paper tu lemang, pen tu dodol ye? ye?
HAHA!~ (AKU GELAK BESAR NI TAU) =p
p/s : aku pun tak rasa nak raya lagi weyh. aku belum khatam. uwarkkkkkkkkkk!
kesimpulan akhir ramadan yg kemas..ok paper work lu diterima.. approved!! keh3
jgn meraung sorg sorg kat opis nnt, buroks....
neway, slamat ari raya ;)
akan ku kirim cekodok untuk mu yang jauh di sana. haha
aku yang bersama family pun tiada mood beraya. feel tu takde sebab tukang isytihar raya dah lain org. hihi
selamat hari raya maaf zahir dan batin.
nurarnida: memang kesian. kalau nak duit raya datang opis aku.hehe
bebel: perghh menganjing kot.takpe lah.aku redha.(tiru ayat zizan)
waqheh: haha harap-harap dapat A+ ngan duit raya.
cik ratu: takdelah.meraung berdua.hehe selamat hari raya jugak =)
cekodok: orite gak tue.kirim rendang sekali.boleh cicah ngan cekodok.hehe
venus: haha alasan tak leh blah.
mantan: pehal sedih-sedih nie.raya kena happy tau.selamat hari raya.
selamat hari raya :)
raya bukan utk membesar-besarkan,beraya sekadar termampu. yang penting, kau rasa nikmat kemenangan.
hitam manis: selamat hari raya =)
virgin: aku takde rasa apa2.cuma rindu perasaan zaman kanak2.
alal~ tak pe , jauh di mata dekat dihati , nanti skype pagi2 raye k
selamat hari raya , maaf zahir batin juge ~
anis: kol sudah.skype kang takde sape nak layan aku.hehe selamat hari raya =)
selamat hari raya komrad.. x pose x leh raya..
monster: lama menghilang.posa sehari boleh raya gak kan? haha
dr ben: selamat aidilfitri jugak!
SELAMAT SELAMAT HARI MERDEKA RAYA...AHHHHH..MERDEKA?KIFKIFKIF
bloghok: selamat bro..selamat..hehe
Post a Comment