jika niat kau berpacaran
hanya sekadar menikmati kemewahan
dan kau cagarkan tubuh badan
apa bezanya dengan jalangan?
andai niat kau berpacaran
cuma sekadar suka sukaan
rasa yang ada kau permainkan
tidakkah itu kebinatangan?
jika niat kau berpacaran
cuma sekadar ikut ikutan
mahu merasa nikmat kecelakaan
bukankah itu kezaliman?
andai begitu niat kau berpacaran
dan kau tiada setitis keikhlasan
dalam menerima baik buruk pasangan
apakah itu erti kecintaan?
tolong terbitkan secalit kasihan
pada hati-hati yang begitu mengharapkan
ataupun secubit rasional pemikiran
usah dirobek masa depan pasangan
jangan bermain tentang rasa kalian
sebaiknya rungkaikan-lah ikatan
agar kalian miliki kebahagiaan...
...apa itu juga akan menjadi satu kesalahan?
15 comments:
manusia. memilih jalan mudah utk gembira. tidak sedar memijak luka orang lain utk terkinja2 sehingga alpa.
dill.
orang muda berchenta tak hingat dunia akhirat tu.
terasa. Sebab waktu zaman sekolah dlu-dulu , zaman berpacaran suka-suka. Cinta monyet. Rasa yg ada aku main-main kah.
Kebinatangan lah aku?
klu nak mendefinisikan cinta, byk jenis 'perangai' cinta.
cinta dtg, pergi. cinta surut, pasang. cinta ikhlas, tak jujur. cinta dasar nafsu, cinta dasar mewah, cinta dasar rupa.
semua benda byk ada pangkal cinta.
cinta tak perlu ada pertikaian. cinta itu tak betul, tak salah :)
p/s: aku cinta kekasih aku walaupun dihujungnya nampak samar, nampak tak pasti.
tengah sedap nak bercinta..apa dikisah semuanya
permainan nafsu semata. jodoh syaitan cilaka.
aku nak kawin terus.
siapa masuk minang je aku trima terus.
bukankah manis camtu.
hi.
dill: tue la selalunya manusia.
mantan: aku masih terasa muda.haha
nurarnida: monyet yang bercinta.kita yang suka.hehe
virgin: ada tak perangai cinta mati?
fndrocka: menda sedap kan.
lock nain: susah nak pastikan mana jodoh mana bodoh.
monolog: kau taknak selidik dulu sape yang masuk meminang tue?
dalam berpacaran, jadilah pasangan sebagaimana kamu mahu pasangan anak kamu seadanya.. kelak.
mengharapkan cinta unuk mendapa keredhaan Ilahi
bukan kemurkaan
syok hanya seminit....itupun kalo thn lama...
sara: itu yang sebaiknya
wagheh: haha tak leh blah!
asal jangan memijak bahagia orang lain..
cik hati: mintak simpang.
Post a Comment