sedutan pertama pun bermula.sedap tapi tak mampu memuaskan hati.aku sedut kali kedua.rasanya pekat sedikit.aku hembus bersama angin keluhan sambil memejam mata.dalam kepala terbayang wajah dia.terngiang kata-kata 'bibir awak seksi.betul nie.saya tak tipu.' tiba-tiba doli terpacak depan muka.terangkat kaki aku akibat kejutan yang agak ganas.doli melopong melihat tingkah laku aku.aku diam sejenak.mencari kekuatan dan berkelakuan normal.dalam hati menyumpah."sedap sangat ke rokok tue sampai feeling tak hingat dunia?" doli menegur.aku membatukan diri.doli mengambil tempat di sebelah aku.
doli: bro busy ke? doli nak tanya something.
aku: kau masuk ikut pintu mana nie?
doli: pintu depan la.kenapa?
aku: dah tak reti bagi salam?
doli: eheheehe(gelak manja)
aku: kau nak tanya apa?
doli: nia sal balak baru doli.dia nie risau melampau sangat.dah rasa cam terkongkong pun ada.
aku: apa yang dia buat? dia risau camne?
doli: emm kalau doli keluar melepak dengan kawan, dia mesti tanya macam-macam.suruh balik awal la.jaga kelakuan la.itu la ini la.doli rimas la.
aku: kau melepak dengan kawan laki ke pompuan?
doli: kadang-kadang dengan pompuan.kadang-kadang campur.
aku: emm jawapan paling senang yang boleh buat kau paham, aku bukan balak kau.dan aku tak tahu apa balak kau fikir.
doli: alaa.bro kan lelaki.mesti bro tahu.tak banyak sikit mesti bro boleh terangkan.
aku: emm kalau kau ada seketul batu, apa kau buat? kat mana kau nak simpan?
doli: batu? emm doli tak minat sangat batu.letak je la kat mana-mana.
aku: kalau kau ada berlian?
doli: uihh kalau berlian, doli jaga baik-baik.simpan ketat-ketat.mahal oo berlian.
aku: mungkin balak kau anggap kau macam berlian.sebab tue dia jaga kau baik-baik.dia risaukan kau setiap masa.taknak orang lain kacau berlian dia.
doli: erk.tapi takkan la sampai camnie dia punya risau.
aku: berbalik pada berlian tadi, kau risau tak? even kau dah simpan kat tempat paling selamat?
doli: risau.hmm
aku: jadi, tue je jawapan yang mampu aku bagi.selebihnya kau bincang dengan balak kau.
doli tersenyum.mukanya tampak kemerahan.mungkin berpuas hati dengan jawapan yang aku bagi.perlahan dia bangun lalu menuju ke pintu rumah.dan untuk kali pertama, doli menutup pintu rumah perlahan-lahan.langsung takde bunyi.aku tersenyum sendirian lantas mencapai sebatang lagi nyawa.aku mahu sambung membayang sejarah.perghh nikmat betul.
19 comments:
nasi lemak. dengan banyangkan nasi lemak tu pon aku dah drooling. aku diet tak dapat makan nasi lemak T_T
Doli tu kucing ke?
short yang comel. hahaaha
penulis fiksyen untuk mana2 majalah / suratkhabar?
:D
awak,
nak jadikan awak berlian saye lah. lalala~
dill.
aku sebutir berlian.
10,000 tunai.
hehe
Doli keluar tu bagi salam tak. ni gua nak tanya lu kotak merah putih lu marlboro ke john limited? keh3..
jawapan ko pada soalan doli pun memaang cool lah..maybe penangan hisapan nyawa merah puting tu kot... huhu
Doli.. nama yg unik..
Hm.
Pandai kamu ye berikan jawapan.
*claps*
Hai si perokok tegar,
Seronok kan melayan kenangan indah
jwpn mmg co0lz bro~~
cayala..ahakz!
amboi jauh mengenang berlian awk -.-
berlian haruslah di jaga dengan baik...bak kata doli..ehehe
Bbir awk seksi?
Hey, itu aku selalu kata dan ucap kepada seseorang. Serious. Sebab bibir dia mungil, merah, dan gigi putih tersusun.Bila bercakap, bibir menjuih dan aku rasa itu sgt seksi bg seorang lelaki. Sangat.
hisap rokok lepas makan memang heaven
mcm pakar psikologi lak ko ni...pandai ko...antara batu dan berlian...hrrmmmm...tak terfikir lak aku...
salam kenal, terus follow sini...
tak payah nak rokok sangat la ey,
tak bagus utk kesihatan.
hehe, peace! ^_^
bibir seksi? kahkah.... ah, benci smoker...
nasi lemak! bestnya. tetiba rasa nak buat nasi lemak.:)
memang perokok tegar? hhhmmm...;)
chomeyl nya bagi nasihat macam tu... siap bagi perumpaan bagai ;)
Post a Comment