Sunday, March 25, 2012

nostalgia curang rock 'n' roll

hari tue matahari terik.angin yang ada cuma angin panas.aku mengipas mencipta angin dengan surat khabar milik mak bedah, empunya kedai makan.pakcik-pakcik jiran sebelah menyebelah meja memandang sinis.geram sebab tak dapat baca surat khabar.aku buat muka selamber.aku memandang jam dengan sekilas pandang.masih berbaki 25minit sebelum habis waktu rehat.aku mencapai kotak helang merah.

temanku sibuk membelek surat khabar yang lain.tekun benar dia.sesekali dia menyelak helaian surat khabar kemudian tekun kembali.aku cuma memerhati perangai temanku."kedah kalah dengan negeri sembilan.apa dah jadi nie?" tiba-tiba dia menyoal sambil memandang ke arah aku.aku diam."bukan ke dulu kedah hebat? 3 piala dia rembat." aku teringat zaman kegemilangan pasukan bola sepak kedah ketika tue.memang kedah gah dibawah pimpinan azrai khor.

"sekarang kedah dah tak boleh blah kan? pehal ha?" aku memerhati muka kepelikkan temanku sambil menyedut baki nyawa yang tersisa.aku hembus perlahan."dulu kedah hebat sebab ada pak itam".temanku buat muka musykil lagi.aku menyambung "sekarang pak itam dah takda.dia buka kedai makan kat belakang opis kita nun." agak lama dia memikirkan cakap aku tadi.kemudian dia tergelak besar.aku hanya senyum sambil menyedut nyawa terakhir sebelum buang ke luar kedai mak bedah.

*sapa paham, angkat berat.hehe

7 comments:

ghost writer said...

paham sangat. dulu bergantung ngan kehebatan striker dan mesin gol pemain import. tapi bukan dulu kata nak bagi peluang pemain tempatan. masa nih lar nak pamer kehebatan. atau takde pemain tempatan yang hebat? takkan lah kan...

a.samad jaafar said...

agak agak..jurulatih mana2 peringkat kena turun padang cari bakat2 yg hebat.. nun kat kampung aku sendiri aku tengok ada yang bagus2..sgt bagus tp peluang tak diberi.. eh! org asli tak pandai main bola ke ?

lieynanilaz said...

eheh..tak reti nak bagi komen sebab tak ikuti sangat pasal bola..

dill said...

pencarian bakat perlu dibuat. ade banyak bakat baru kat kampung2 sane tu. usah tgk kat bandar je

dill.

spitITout said...

jatuh berat..mmng x paham.

Faaizz d. Zul said...

haha.
marlon james power dulu, maka kedah power.

*pak itam kampus aku minat benor red warriors. serius rare*

O CIKTEDDY said...

dh xde bisa skrg..cuma ade racun yg x mematikan :)