jika esok aku tiada
masihkah ada yang menjaga
emak abah kakak-kakakku
adakah mereka akan merindu?
jika esok aku tiada
apa akan jadi pada kita?
masihkah aku kau ingati?
atau kau pergi cari pengganti?
jika esok aku tiada
tolong khabarkan pada teman
betapa aku sayang mereka
betapa aku hargai semua kenangan
jika esok aku tiada
maaf kamu kamu kamu aku pinta
jangan disimpan benci di dada
agar tenang aku di alam sana
jika esok aku tiada
jangan dititis airmata
kerna aku takkan gembira
melihat kau dan mereka berduka
22 comments:
entry ini membuat aku terpk perkara yg sama..terima kasih kerna mengingatkan...
if i die tonight.lagu too phat.
aku tak mati lagi pun orang dah sibuk gantikan.lumrah.
kalau kau mati (kalau kau mati lagi awal dari aku ),aku akan ingat kau sebagai antara pengomen blog aku yang paling rajin.hehe.
tapi,kalau aku mati ( kalau aku mati lagi awal dari kau ) , tolong ingat aku sebagai orang yang berusaha.
hehe.
if you die tonight,
tears will be everywhere.
mine too.
dill.
rela sekali untuk itu...
if you die tonight,
tears will be everywhere.
mine too.
Tukang Karut.
sediakan semua benda untuk keluarga hg sebelum hg tiada.
mungkin nanti akan tiba juga masa kita
aku pun akan tiada.
Tapi,
Jika kau pergi dulu, kita jumpa disana saja :)
jika kau tiada
aku titipkan doa
semoga kau tenang
dan
bertemu di sana kelak
TIBA TIBA TERINGAT KAT MAK AKU. LIKE SERIOUSLY. UMMI !! :(
Gua sedang menanti saat menjadi gila, dan menghampiri saat2 utk hilang nafas, sikit demi sikit
inshallah semuanya baik - baik sahaja. mereka pasti ingat kau
Pisau Belati
aku takut jika aku tiada,siapa yang akan menjaga keluarga aku?
syukur sahaja ....
mati itu pasti..kita tak punya pilihan..
if i die tonight...
hu..mcm2 benda akan terfikir kalu tringat mende ni.
org akan sedih ke?
ke org akan hepi?
org akan ckp bende2 baik ke ttg kite?
or org akan ckp mende2 buruk je ttg kite?
DUH!!
ajal maut itu rahsia Allah.
jangan sia-siakan waktu mudamu dengan rokok. :)
tolong wasiatkan semuanya kat ai :D
http://ch000tz.blogspot.com/2012/01/errrrrkkterover-tweeets-lah-pulak-hehe.html
tbe2 aku rse sedey bace entry nie..
if i die young..
jgn lar tulis camnie..sensitive hang tau dak..HEHE
esok pasti akan tiba. bersedialah sehabis mungkin.
lama sudah tak kunjung kamu di sini. :)
sebelum pergi, lakukan yang terbaik di sini, sebelum ke sana..
Post a Comment