bayang bayang hitam
hilang dalam kelam
tembok iman dibina
apa musibah menjelma
hanyut dan khayal
fikiran dalaman akal
beradu dengan aku
tiada jawapan jitu
menanti sinar pagi
datangnya dan pergi
tak bersapa sang bulan
terasa hati dan ke-malu-an
malam terasa bahang
siang memanggil sayang
mimpi menggangu tidur
penyesalan penuh tersadur
hati kental rasa risau
berdarah tangan ditoreh pisau
katanya belati lebih pintar
mengadun jiwa hingga pusar
tak dijamah walau sepatah
penat kakinya melangkah
bersandar tiang rapuh
patah tiang jatuh bersimpuh
bijak mengait bahasa bangsa
tak bererti kau kau raja
tanam pokok insaf
lakon watak mualaf
senyum penuh dendam
esok lusa mati ditanam
kerusi meja disepak terajang
bukan kau sorang badang
masih banyak wayang ada
buat apa bukak baju besar kepala
longgar baju dipakai
seluar terlondeh jangan lalai
tengok cermin nampak hantu
kalau bukan hantu mesti aku
selalu marah bila kalah
belum buat sudah mengalah
dapat bunga macam kera luku
riang sorak menang belum tentu
tengok bulan teringat pungguk
tahu geleng-geleng angguk-angguk
rela dicucuk hidung macam lembu
biarkan orang lain memacu, maju
lihat kiri tengok kanan
siapa yang dipertuankan
duduk selesa baca berita
masih terasa dunia suka-suka
i'm a man who left alone
without pride without bones
told the world how i die
remember my name and goodbye.
14 comments:
ini betul2 puisi pensugihan dajjal dalam kemanusiaan dan dunia.
i am a man who left alone
without pride witout bone
told the world how i die~~~~~
fall in love with that quote
=')
dua dalam satu mungkin...
*diam*
aku tak selesa membaca berita...
betul2 tak paham. adik beradik puisi bisk ni. hihik
ampun.
tak paham sungguh
bagus.
aku suka entry ni
aku suka!
padat dgn mesej..
err..tempat aku kera luku dipanggil duku..berbeza sikit kan?
ada banyak cerita.
banyak rasa.
kisah hidup
seusai membaca ini,
kau membuat aku tersenyum dengan mata berkaca..
tulisan ini membaurkan rasa aku dalam pelbagai rencah..dan kesemuanya pernah teradun dalam hati aku..
tengs!
satu warkah, seribu erti. tulisan ini bisa mencuci mata kau yg pudar dek kabus hitam. terima kasih.
Pembunuh Tanpa Bayang :
termenung seketika...
good bye
Post a Comment