Thursday, December 29, 2011

ceritera

kemana saja kaki melangkah
masih tersimpan rasa tak tertumpah
kesukaan kegemaran kecintaan
namun tidak pula disuarakan

dalam lembut ada kerasnya
dalam perlahan ada lajunya

jati yang tersisa dari keturunan
semangat yang diwarisi berzaman
walau tak terikut rentak irama
walau bermusim menyimpan cita

dalam bunga ada buahnya
dalam irama ada pencaknya

teringat tika kecil dahulu
dihulur kaki terkunci siku
serang menyerang tepis menepis
tangan berjabat usainya majlis

*ada sesapa yang sempat belajar?

20 comments:

dill said...

tak sempat. adeh :(

dill.

Pok Amai-Amai said...

Tak pnh try pun

si ngokngek said...

dlm hati ada taman..#eh..haha
takpernah rasanya,yg ingat main tuju guli..hee

monologtinism said...

silat ke ni.
aku suka. *tetiba.

Faaizz d. Zul said...

bab martial art, silat aku xpernah blajo. teringin juga

Fatimah Ali said...

aku pon tak pernah cuba -_-"

ILA HonEyBuNNy said...

tak pernah dan tak pernah...ehheheh

3no gr33ny said...

rindunya untuk membuka kekuda yang tersimpan lama..mungkin sudah berkarat juga

Adra Muira said...

Itu yang tinggal pusaka bangsa,
apa daya kita buta.
*aku sempat,sedang dan masih.

Nurarnida Sabrina said...

dalam lembut ada kerasnya? i lah yg lembut tuh tapi keras bila bersuara. Muahahahaha

Itu Aku said...

aku pernah bljr silat cekak masa sek teknik dlu

skrg x pon
:(

Aween Md Zahir said...

silat. aku pernah belajar dari ayahku. tp tak abes juga :P haha

maCy said...

dan dalam keras juga ada lembutnya, bukan

lieynanilaz said...

tak penah..huhu..

ORLANDO AHMAD said...

tak habis blajar huhu

Waqheh said...

dalam keras ada apa?

Pondok Usang said...

pasti seni silat gayong fatani..

selamat tahun baru.. =)

nitnot said...

gua pernah , silat cekak hanafi , sampai buah 20 jaa . sobsob .

si para para said...

dah berkarat..

boleh asah lagi ke ni..

ishiko said...

dalam berlaku
ada hikmahnya ^^,