esoknya husin melepak bersama kawan.cerita semalam belum habis.dengan suara lantang dia menceritakan balik adegan dalam filem yang ditontonnya semalam.habis tangannya ke sana ke sini menggayakan aksi.sambil di tangan terkepit rokok.kawan-kawan husin terpegun mendengar ceritanya.seakan melihat siaran langsung disebalik tabir.
tanpa husin dan kawan-kawannya sedar, meja disebelah memandang perlakuan dari mula mereka duduk lagi.husin masih ralit bercerita.jari yang mengepit rokok dihalakan ke setiap sudut.gaya ceritanya bak abang-abang.semuanya dia tahu.itu tanda apa.ini buah nangka.meja sebelah makin panas.mungkin ada gelas yang pecah malam itu.
seperti yang dijangka, husin di 'kutip' oleh mamat-mamat meja sebelah.itupun selepas mereka kenalkan diri.husin telah diceramah dengan mulut, kaki juga tangan.dan malam itu husin dapat satu pengajaran dalam hidup.jangan terbawa-bawa dengan filem.
dengar kata yang putrajaya nak saman filem.apa motif?
7 comments:
tenggelam dalam fantasi, terbawa ke realiti. kadang2 makan diri sendiri :)
dill.
0uhh,
siap masuk paper nak saman tu,,
dill: itu la.jangan terikut sangat filem
mutiara: ntah apa yang nak disaman pun tak tahu
terikut2 filem, konon aktor di pentas sendiri. Syok sendiri
terikut yang baik takpe.ini yang tak baik.haishh
sekurang-kurang neuron neuron otak bergerak, memikirkan kenapa itu, kenapa ini daripada menonton tak masuk otak fikiran. itu lagi bodoh.
fikir tak salah.yang salah bila terikut dengan cerita-cerita tue.bagi aku tue kerja bodoh.
Post a Comment