bukan mudah mahu setia
andai terpisah jarak dan masa
andai hati tak kuat sayang
gadis genit depan lalu lalang
bukan mudah mahu setia
jika tiap hari tak bertentang mata
jika tiap malam mengenang hiba
pelepas rindu suara cuma
bukan mudah mahu setia
diluar banyak dugaannya
hari-hari ketemu yang baru
longgar lutut luruh setiaku
bukan mudah mahu setia
banyak cubaan datang melanda
ditambah dengan cemburu buta
hari-hari bergaduh la gamaknya
tapi itu bukan alasan
mahu mencurang pasangan
kerna bagi setiap yang setia
mahligai bahgia menanti gembira
9 comments:
setia.
bukan mudah. saye pernah terkena tempiasnya. dia tidak setia.
dill.
belajar untuk setia memang sakit. dah setia, nazak pula.
belajar untuk setia memang sakit. dah setia, nazak pula.
isk. aku setia selama ni. tapi ?
dill: kau belum jumpa yang sebetulnya kot.
nurarnida: betul cakap kau.susah kot
ifa: sabar je la.bila tue jalan yang kau pilih.
setia itu perit kadang kadang
tambah tambah jika setia pada sesuatu atau seseoorang yang kita tak yakin dia setia
tapi,
kita akan tersenyum bahagia
jika kesetiaan itu berbaloi
kau benar sara
hahaha...aku sering ketemu yang tidak setia...
masih ada yang setia..cuma tak jumpa
Post a Comment