Saturday, February 23, 2013

sesat dalam rindu

Pangg!! penampar yang entah keberapa kali hinggap di muka.berdesing sekejap telinga."aku bagi pensel.aku bagi buku.hantaq hang pi sekolah.nie yang hang bagi aku??".aku menepis penampar yang menghinggap.abah dah naik hantu.matanya merah.urat-urat dileher dan tangan menimbul ibarat nak pecah.aku hanya mampu berserah apa yang akan jadi seterusnya.terus menerus aku diasak dengan penampar, penumbuk dan penerajang.aku cuba menepis seberapa banyak mungkin serangan yang menyakiti tubuh.tiba-tiba abah berhenti.mukanya penuh dengan perasaan tak puas hati.manakan tidak, dari sepuluh serangan berupa penampar, penumbuk dan penerajang cuma dua tiga yang mengenai sasaran.abah berlalu ke dapur kemudian datang kembali dengan wayar av/tv di tangan.aku dah nampak nasib aku seterusnya.

ini cerita aku kantoi menghisap rokok disekolah semasa tingkatan 3.esoknya, aku diharamkan bermain skateboard, bergaul dengan rakan-rakan tatkala petang, dan lebih sadis bila balik sekolah aku harus melalui beberapa sesi spotcheck.aku dengan abah memang tak sebulu.selalu bertekak dan akan berakhir dengan bertelagah.apa saja yang aku buat tak kena dimata abah hinggakan aku rasa abah tak pernah suka aku.

kali terakhir aku bergaduh dengan abah sewaktu tingkatan 4.hanya kerana sekeping surat tak hadir ke sekolah.abah ajak aku berentap.oh lupa nak beritahu yang abah seorang penggiat silat.pencapaian paling tinggi, wasit negeri kedah ketika itu.malam tue rusuk kiri aku diterjah penyepak sendeng yang membuatkan aku tersunggur depan bilik air.seminggu aku tak bertegur dengan abah.modal abah memujuk aku, ajak makan kfc.bukan senang dia nak belanja makan.makanya aku cair dengan pujukan abah.

tapi semenjak abah hantar aku sambung belajar, aku mula paham erti hidup dalam persepsi seorang anak.aku kerap menelefon abah tapi kurang berborak panjang.cuma bertanyakan hal-hal penting.aku jadi kekok bersembang dengan dia.menyesal dengan perlakuan aku dahulu, mungkin.sampailah tahun lepas.selama bertahun aku hidup merantau disini, itu pertama kali dia datang menjengah.itupun atas urusan kerja.dan sekarang alhamdulillah aku dengan abah dah macam kawan.boleh bergurau.boleh bercerita pasal awek-awek.boleh bertukar pendapat.aku banyak merujuk pada abah sebelum membuat satu-satu keputusan yang aku ragu-ragu.

"kadang-kadang kita nak semua orang terutama mak ayah faham diri kita.tapi pernahkah kita faham mereka? pernahkah kita bertanya apa susah payah mereka besarkan kita? dari tapak kaki sekecil dua jari mereka bela kita sampailah sekarang, kenapa kita tergamak tinggi suara dengan mereka? tergamak melawan mereka? ingat satu je.anak yang mengguris hati mak ayah takkan cium bau syurga." aku mengalih pandangan ke luar tingkap.menyembunyikan mata yang bergenang.aku perasan doli sedang memerhati.dia bangun lalu mengadap tepat ke muka aku."mata aku masuk habuk." doli tersenyum."tak salah pun kalau lelaki menangis." aku buat-buat tak dengar.

9 comments:

reenapple said...

Aku aku.. ah.. entry ni buat aku tacing. Aku pun tak rapat dengan abah aku sebab dia bagi orang lain besarkan aku kot.. huuu

faaizz d. zul said...

dalam Quran, ada janji Allah untuk kumpulkan semua ahli keluarga dalam syurgaNya,(At Thur 21)

dan Abah aku kata, semua "Abah" kat dunia ni tahu dan mahu itu jadi realiti nanti.

*doa untuk Abah*

;)

maitimie said...

nak nanges je rase ~.~
rindu ayah......

the malay male said...

kasih bapa lain, bapa amik berat hal anak2 lain caranya berbanding cara mak amik berat... anak2 kadang2 tersalah anggap.

miza kimbum said...

arghh,rindu arwah ayh aku,

Syaza Shaker said...

Bro! This is so.. deep. Membuatkan aku teringat khilaf yang lepas.


Ayoh, kawe ghindu Ayoh :(

farra fajima said...

aku seorang yang degil yang
tersangat lah amat kalau dengan mak abah ni.
tapi yang pawernya abah aku,
aku tak tau la dia buat cmne kan
dia cakap sekali dan simple je
terus terdiam aku.

differ bila aku bercakap dengan mak aku
aku selalu rasa nak bidas apa yang mak aku cakap tu
walaupun dah sah2 fakta.

entoh ar.
yang pastinya aku anak abah.
:D

si kiut lavender said...

ah...

sangat bermakna...
ayah...

Kidal Abadi said...

airmata lelaki hanya layak ditumpahkan oleh sebab mereka yang 'muhrim' sahaja. makwe2 tak layak. hehe