tika aku melayani hujan turun membelasah bumi tanpa belas, seakan cerita-cerita drama mahupun filem, fikiran aku mengulang tayang perkara yang berlaku dalam seminggu.perkara ini terjadi tak mengira masa.sedang mencangkung pun jika nak datang, tetap ia datang.saat itu, aku terkadang tersenyum, terkadang aku mengetap bibir, terkadang mengeluh.
pertambahan usia tidak meletakkan aku dalam zon matang alias zon serba tahu.masih juga aku tersadung kaki, jatuh kemudian bangkit memarahi batu yang statik dan menendang batu tersebut lalu mengaduh kesakitan.itu aku klasifikasikan sebagai 'bodoh sendiri'.masih aku memegang fitrah manusia normal, khilaf wujud dalam setiap helaian kamus hidup.
sekian lama aku pendam niat untuk tidak menjadi 'bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh ditumpang', namun niat itu sekadar berlegar dalam kotak hati ekoran dek panasnya darah yang mengalir disetiap urat saraf.mungkin aku perlu menuntut ilmu lagi.nak diharapkan ilmu jatuh dari keturunan, memang mustahil.tiada seorang dari lelaki dalam keluarga besar aku yang menuntut ilmu itu.
terkenangkan adik aku yang bongsu, aku jadi takut untuk melihat dia memilih langkah menjalani setiap tahap kehidupan.harap dia tidak seperti aku.
10 comments:
Hurm... apa2 pun aku doakan yang terbaik untuk kamu. :)
susah nak ubah kan
biar dibimbing, usah dibiar bersendirian. kelak tersasar.
dill.
slow2..
cari persekitaran baru
semuanya tentang pilihan
Tiada manusia yang sama. Jangan pernah menyesal kerana ianya tidak memberi sebarang erti.
sejatinya sifat lelaki..kihkihkih
it's a learning process..
lu mat kental beb...
Post a Comment