kerana terasa hati
kerana patah kaki
kerana keinginan meninggi
melebihi tinggi diri
nasib, aku perjudi
telah lama memendam rasa
telah lama mencuba-cuba
telah lama hasrat disimpan cuma
namun asyik gagal mencuba
hingga terasa mahu putus asa
dipujuk hati agar ketawa
dipujuk jiwa agar menerima
dipujuk muka agar tak mencuka
melekat satu kata dalam kepala
"sabar-sabar, rezeki belum ada"
Alhamdulillah, ini rezeki aku
Alhamdulillah, ada membantu
Alhamdulillah, mudahnya begitu
walau tak mewah ini saja mampu
cukup untuk apa yang diperlu
*ada open blog tak? aku nak datang beraya.hehe
15 comments:
Suka yang ini. :)
Teruskan mengayuh dengan basikal tua itu.
jngan berhenti di situ sahaja..
p/s : datanglah ke halaman hamba..ada buat open blog selama2nya =)
pelan pelan kayuh
setuju dgn the malay male | pelan2 kayuh ye (:
bia lmbt asl selamat.. kikiki
jangan pernah rasa celaka, nikmat itu akan sentiasa ada. sedikit sedikit mungkinnya. kuat!
akhirnya..
bila bersamamu mampu tersenyum menyembunyikan sebak pilu..
Hidup harus diteruskan walau kau kecewa berjuta-juta kali. =)
asalkan tak menyusahkan orang lain kannnn... :D
mereka berkata
'life must be go on'
:')
mereka berkata
'life must be go on'
:')
tidak mengapa kehendak tidak terlaksana, asal keperluan cukup dan dipenuhi.
belajar menghargai nikmat diberi..
kayuh basikal pun not bad..hirup udara segar..haha
Berani ko xvisit blog aku heheheheh nanti aku bakooor blog ko secara besar-besaran hehehe
Post a Comment