malam minggu malam untuk berlibur.angin gelodak nafsu datang menampar muka.aku sibuk bercerita tentang dia pada seorang sahabat.kataku, tak pernah aku mencintai wanita selama aku mencintai dia.mantan-mantan kekasihku malahan buah hatiku sekarang pun tidak aku cintai selama aku mencintai dia.bagi aku, sampai ke kubur aku bawa rasa cinta nie.
menyelak kenangan aku dengan dia, terlampau banyak yang aku kesalkan.banyak salah dan silap aku terhadap dia.segunung permata belum tentu dapat menebus kesemua kesilapan aku dahulu.namun, walau sedalam lautan atau setinggi awan dosa aku akan dia, tetap dia tersenyum memaafkan.apa jua yang aku lakukan, tetap dimaafkan.betapa malaikatnya dia pada aku.
aku tahu, dalam banyak-banyak, aku kesayangan yang utama.aku harapan, aku kemusnahan.aku madu, aku racun.dalam apa jua keadaan atau pilihan yang aku buat, sentiasa dia dibelakang menompang aku dari terlentang.betapa dia syurga anugerah tuhan yang dipinjamkan pada aku saat ini.untuk nikmat yang sementara ini, aku cuba sedaya mungkin menggembirakan hati dia.semoga kita bersatu di alam sana sebagaimana kita bersatu di alam nie.amin.
tiada sesiapa selain dia.cuma dia dan hanya dia.
*Noraini Binti Ayob 13 Ogos 1963
15 comments:
Insan yang bernama ibu? :) Memang satu dalam sejuta.
amin..
someone like her
kasih dan cinta dia tak akan mampu setanding dengan orang lain
semoga panjang umurnya. :)
tiada kata2 yang dapat dikatakan...
hilang yang tiada ganti :)
doa anak soleh untuk ibu tersayang..
umur mak kita sama..
saya anak bapak hahaha
selamat ulang tahun buat ibu mu (:
gua anak kesayangan omak . ehem .
adeih..rasa ngilu di sudut hati..!
:) sayang emak
aku senyum sahaja baca ini. =)
#kirim salam kat mak. =D
kasih ibu smpai ke syurga :)
rindu emak. wuu~
dill.
Post a Comment