Thursday, August 16, 2012

cahaya aidilfitri

malam disimbah cahaya bulan
anak-anak berlari berkejaran
ibu-ibu sibuk membuat persiapan
ayah-ayah pula bersembang kawan-kawan

suasana kampung begitu meriah
menyambut syawal tiada bergundah

anak kecil itu duduk sendiri
beralas batu beratap pokok meranti
matanya berkaca hatinya sepi
mengenang ibu ayah tiada di sisi

"ayah..ibu dah lama pergi
pergi menyahut seruan ilahi
tinggal hamba seorang diri
tiada siapa ingin hampiri"

tersentak tatkala bahu dicuit
diangkat muka senyuman terpalit

...dalam banyak-banyak manusia
masih ada manusia yang manusia...


Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir & Batin

*bonus3
*wowowo balik kampung!

15 comments:

theHeroin. said...

selamat hari raya !

gdsbnga said...

selamat hari raya * hulur tangan minta duit raya * kehkeh

gdsbnga said...

selamat hari raya * hulur tangan minta duit raya * kehkeh

3no gr33ny said...

salam aidilfitri..

LelakiSemalam said...

beraya kita...

Fel said...

Selamat hari raya! :)

sang mantan, said...

tahun lepas kau tak balik raya kan?
tahun ni , raya puas-puas lah dengan bonus tuuuu.

reenapple said...

selamat hari raya juga..=)

dill said...

awak, selamat hari raya!

:)

dill.

Maii said...

selamat hari raya bro.

Pondok Usang said...

Salam Aidilfitrah.. Maaf Zahir dan batin.. =)

Nurarnida Sabrina said...

uncle, duit raya pls.haha

si ngokngek said...

tapi ibuayah takkan pernah dapat diganti dgn manusia manusia lain

salam aidilfitri maaf zahir dan batin

Asrul "iLham" Sany said...

selamat hari raya... tang puisi sedih...tapi tang bonus tu...hahaha

LelakiSemalam said...

pasti...