Thursday, August 23, 2012

tangisan salju di khatulistiwa

kalau mampu aku buka hijab cerita
sebaris demi sebaris empunya rahsia
yang ditulis dengan dakwat usia
dapatkah kau bezakan keduanya?
antara pembela dan penderhaka?

mesti tak tertanggung jiwa dek kerananya
tidur malam mengigau menjerit menganga
hasutan syaitan terdengar enak di telinga
menjentik saraf akal menimbulkan propa
senyuman lenyap dipermukaan wajahnya

mahukah kau berkongsi?
mahukah kau mengerti?
mahukah kau selami?

ke mari rapat jika kawan
pergi menjauh andai lawan
usah ditambah hati nan rawan
sudah cukup banyak persoalan...
...tentang aku,dia dan kehidupan

6 comments:

Fel said...

Terlalu banyak rahsia. Maka, perlu hati-hati ketika memilih si pendengar cerita.

LelakiSemalam said...

ikut rasa hati...

Mya said...

meaningful! sungguh.

Asrul "iLham" Sany said...

kalau dalam perhubungan dimaksudkan dalam puisi ni, amat bahaya... :D

fadh leyanie said...

bukan semua insan setia memegang rahsia..

Pondok Usang said...

ada rahsia sebalik rahsia ketika kita bersua...