Monday, May 7, 2012

masihkah kau ingat


untuk segala kesabaran
untuk semua keikhlasan
agarnya teguh ikatan
setelah menterai perjanjian
ku hulur sepotong garapan
berhias lilin-lilin kecintaan
selamat ulang tahun kelahiran

masihkah kau ingat
kita berlari-lari
di kaki langit
mencari pelangi

terima kasih tak terhingga
masih utuh menerima seadanya
masih kukuh memberi kasih dan cinta
masih sabar melayani perangai mengada
masih dan masih itu,  ku harap selamanya

*Norul Natasya Ahmad Jafri 7 May 1988

6 comments:

dill said...

Selamat Hari Lahir utk dia jugak :)

dill.

Adra Muira said...

manis :)

delarocha said...

jiwang jugak ko ni ye

monologtinism said...

dah kawin apa ni.

Nurarnida Sabrina said...

masihkah kau ingt.setiap kali aku baca ayat tuh, aku menyanyi2.haha

c'axoera ヅ said...

aku akan ingat jika kau ingatkan :p