tatkala melintas gerai handbag, amoi aku menarik tangan masuk ke gerai tersebut.selepas puas menilik bag-bag yang ada disitu dan melalui proses tawar menawar, kami pun melangkah keluar dengan muka kepuasan berpihak pada dia dan muka tawar takda gula oleh aku.selang beberapa gerai, mata aku tertangkap satu imej gerai yang selalu aku singgah tapi jarang membeli sesuatu.aku pun melangkah laju untuk membelek barangan yang dijual di gerai tersebut.
satu-satu barangan yang dijual aku tilik.saat leka dengan proses menilik, sekumpulan remaja lepasan spm (aku agak je) menyinggah ke gerai tue lantas salah seorang dari mereka mengambil tempat di sebelah aku.sambil membelek sambil dia menerangkan kepada kawan-kawan betapa gembiranya dia melihat barangan ditangan.satu-satu diperjelaskan sehingga jelas.tiba-tiba "bang, t-shirt kurt cobain nirvana nie berapa satu?" sambil memandang ke arah aku.
aku agak dalam lima saat mereka menunggu aku melontar kata.pelan-pelan aku menjawab tanpa memandang ke arah mereka "saya nak jawab pun saya tak tahu.sebab saya pun datang nak tengok-tengok jugak." aku dapat rasakan wajah remaja tersebut bertukar warna kemerahan.aku menoleh ke arah amoi yang sedang terkekah-kekah ketawa dengan sebuah renungan tajam.sebelum melangkah keluar aku memandang wajah mereka seorang demi seorang lalu menghadiahkan sekuntum senyuman palsu.
motif cerita nie? aku pun tak tahu.
*selamat hari ibu untuk mak-ibu
*selamat hari guru untuk cikgu-guru
9 comments:
haha, sabar je laa
letak je rm 300... habis cerita...
haha;
aku pernah juga dulu. ada makwe order aku sendukkan nasi untuk dia di warong self-service. aku jadi gentleman sekejap sebelum gelak2 evil. bes juga. ;p
haha. biasalah tu weh. aku penah kena jugak tapi kena di tempat main archade tu. taktau lah macam mana nak eja archade. haha. ada budak ingat aku tokey situ. sigh.
ade bakat jadi penjual baju. yeah!
dill.
bang baju thom yorke de x?? hahah.. ;p
kahkahkah....:P
-mieza
boleh buat part kat situ,rupa ada dh..haha
perabis macho lah tu kannn hahaha
Post a Comment