Saturday, September 22, 2012

janjiku pada bulan

indah bulan kerna mentari
tiada mentari bulan menyendiri
begitu juga diriku ini
tanpa dikau apalah erti

gelap angkasa bintang kejora
warnanya indah ditatap mata
begitulah jika hendak diumpama
aku angkasa engkau bintangnya

ombak memukul memecah sunyi
datang bergulung pantai menanti
begitu juga perhubungan ini
pasang surut tak ku berubah hati

hamba lindungi anda...
...dengan seribu daya

sebatang lilin penerang jalan
kaki melangkah batas usia
andai niat diperkenan tuhan
moga bersatu jiwa berdua

*satu malam tak cukup untuk othello

15 comments:

bukankosong said...

bulan yer

Pas ke? hahaha

kidddin

Fel said...

Aku suka ini! :)

Dan aku juga sedang membaca Othello sekarang.

the malay male said...

Semua manusia suka berteman :-)

:: cikNuurul :: said...

like! :)

dill said...

awak, saye suke sangat entri ni :)

*rindu kamu, kawan ^^

dill.

Camy Alya said...

banyak yang aku suka

ghost writer said...

ada sayu di hujung masa
waktu berjalan dengan saksama
janganlah hidup terlalu terseksa
hidup kita ini bukannya lama



*mekasih membaca Othello :)

blog-tips-kurus said...

idop Otelo!!! (>.<)

Asrul "iLham" Sany said...

saya cukup benci dengan 'bulan'...

ch000tz axoera ヅ said...

aku cuba untuk bermain dengan bahasa diri tapi haramm............otak aku dah menjadi tepu kot

ishiko said...

aku angkasa.. engkau bintangnya?

gdsbnga said...

othello tu apa ?

Nurarnida Sabrina said...

Amin

reenapple said...

aku pun sedang menghadamkan bahasa Othello... =)

The Naked Writer said...

cuba dengar lagu "janjiku kepada bulan" - def gab c.