i.
berapa tuan mahu dipatuh
berapa tuan mahu disembah
tangan menghidang kelak jatuh
kaki menampung kelak rebah
asal luar tuan berlagak
bagai british di tanah malaya
sedar diri dimana berpijak
setiap benda ada empunya
ii.
perang seribu malam tiba
aman yang dibangga hilang kemana
duabelas waktu bersurai
keluar si raja berantai
apa sudah lupa tigabelas dulu?
jalan merah langit kelabu?
keturunan tersadai bergelimpang
melutut atasnya selendang terbang
*sp! bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
5 comments:
Cerah minda baca entri ni :)
terasa seperti belajar dalam kelas sastera melayu (:
lupa diri mungkin..hanya menumpang
* sedari dari mana asal usul kita. Kesedaran menjadikan berhati-hati dalam pilihan
*tragedi 13 mei 1969 cukuplah sekali, cerita datuk nenek, ibu ayah kita jumpa.
* sukakan patriotik. Hidup Malaysia !:)
Well said, Penjajah Minda.
Tiba-tiba rasa mood patriotik tu ada bila aku baca.
Post a Comment